SAYU :MAAFKAN AISYA ..WANI MAUT LEMAS AISYA PARAH KINI BERTARUNG NYAWA DI HOSPITAL KUALA PILAH (4GAMBAR)


JEMPOL : Perjalanan dua sahabat berakhir dengan tragedi, kereta yang di pandu Aisya terbabas melanggar tiang elektrik sebelum terhumban kedalam takungan air sedalam dua meter yang menyebabkan sahabat baik nya Syawani maut lemas didalam kereta terbabit.

Utusan melaporkan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) maut apabila kereta yang dinaiki bersama seorang rakannya terbabas ke dalam parit kecil di tepi jalan di Kilometer 22 Jalan Bahau-Kemayan di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang itu, penumpang kereta, Syazwani Izati Kamarudin, 23, yang berasal dari Muar, Johor meninggal dunia akibat lemas di dalam takungan air sedalam kira-kira dua meter. 


Warkah pilu sahabat mangsa yang maut : 

Allahuakbar..baru dpt berita pg td😢😢😢..
Kwn sy,Wani telah meninggal dunia..mohon sedekahkan alfatihah buatnya..
Kpd yang mengenalinya,maafkan segala kesilapannya dan mohon halalkan mkn minumnya spjg prkenalan..
Al fatihah..

Moga wani tenang di sana dan moga roh dicucuri rahmat..
Sesungguhnya wani sorg kwn yang sngt baik,last jumpa dia akhir bln 8,mse sorg kawan berkahwin..
Lps tuh tumpangkan dia blik rumah,smbil tuh borak2 dgn dia n janji nnt akn jumpa lg bila dia balik Muar😭😭😭..

Ya allah,tak sangka..sesungguhnya ajal maut di tangan Mu ya Allah😞 -Da
 
mia Erin Nasirah

Ketua Polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, pemandu kereta, Wan Aisyarizan Azreen Wan Abdul Rashid, 21, dari Jengka, Pahang  pula cedera parah. 

Katanya, kereta jenis Proton Saga dari arah Kemayan menuju ke Bahau itu dipercayai terbabas ke kiri jalan lalu terlanggar sebatang tiang elektrik.

"Kereta itu kemudian masuk ke dalam parit kecil di bahu jalan. Kejadian berlaku ketika hujan," katanya di sini hari ini.

Noorzainy berkata, kedua-duanya yang merupakan penuntut di UiTM kampus Lendu, Alor Gajah, Melaka telah dihantar ke Hospital Jempol.

Ujarnya, kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Al fatihah buat wani , semoga Aisya cepat sembuh.

No comments:

Post a Comment