Pelawa 3 Kanak-Kanak ‘Berkaki Ayam’ Makan Di Sebuah Restoran. Tiba² Salah Seorang Berhenti Makan Dan Berkata…..

27
COM

Pelawa 3 Kanak-Kanak ‘Berkaki Ayam’ Makan Di Sebuah Restoran. Tiba² Salah Seorang Berhenti Makan Dan Berkata…..



Jom Share...
Seperti biasa sepasang kekasih sedang menjamu selera di sebuah restoran makanan segera, sehingga mereka menyaksikan sesuatu yang sangat istimewa.
Apa yang disaksikan oleh pasangan ini adalah seorang lelaki yang telah mempelawa sekumpulan anak-anak muda jalanan untuk makan. Tetapi, apa yang membuatkannya sedih ialah perbualan di antara lelaki dan salah seorang budak tersebut.
Patrisha Capillan bersama dengan teman lelakinya berada di sebuah restoran Jollibee di Filipina, dia telah ternampak tiga anak jalanan yang berkaki ayam di luar restoran itu.
Pada mulanya dia melihat seorang lelaki membeli begitu banyak makanan, mungkin lebih banyak daripada apa yang seseorang boleh makan. Setelah memesan makanan itu, lelaki itu memanggil anak-anak jalanan, dan mereka duduk di atas meja untuk makan bersama.
Selepas menyaksikan tindakan mulia lelaki ini, Capillan memutuskan untuk merakamkan perbuatan mulia lelaki tersebut dan memuat naiknya ke Facebook, di mana ia telah dtonton lebih daripada 1.7 juta kali.


Dalam video itu, Capillan merakam lelaki itu makan bersama tiga anak itu. Dia berasa tersentuh ketika dia memerhatikan mereka. Tetapi yang paling menyentuh adalah apabila salah seorang daripada kanak-kanak tersebut yang memakai pakaian warna hijau berhenti makan, dan lelaki itu bertanya mengapa.

Kanak-kanak itu menjawab bahawa dia mahu membawa makanan pulang kepada ibunya supaya ibunya juga dapat menikmati makanan itu. Perbualan mereka begitu menyentuh perasaan membuatkan Capillan menangis.
Apabila mendengar jawapan anak itu, lelaki tersebut telah pergi untuk memesan makanan lain untuk dinikmati oleh anak itu. Walaupun Capillan memulakan rakaman selepas perkara ini berlaku, adegan dalam klip video pendek ini tetap sangat menarik.
Selepas video itu dimuat naik ke Facebook, ramai netizen telah memuji lelaki itu, dan juga mengucapkan terima kasih kepadanya kerana memberi inspirasi kepada mereka.
Beberapa orang netizen berkata: “Saya sangat berbangga dengan anda.” Netizens lain juga menyatakan penghargaan mereka dengan berkata, “Tuhan memberkati, dan memberi rahmat kepada lelaki itu di atas kebaikannya.”
Tonton video yang sangat menyentuh hati di bawah:

Kredit : erabaru



ZALIM ! Hakim Terduduk Dengar Pengakuan 4 Pelajar Perempuan Yg Cabul Rakan Perempuan Mereka ! Rupanya Lebih EXTREME !

15
COM

 


Kejadian berlaku di Ayer Keroh. Empat pelajar perempuan yang kini menuntut di sekolah pemulihan akhlak telah dihadapkan ke mahkamah seksyen pada hari ni kerana tuduhan memasukkan botol deodoran ke dalam kemaluan rakan perempuan mereka sendiri pada awal bulan ini.

Walaubagaimanapun, mereka berempat yang kini berumur antara 18 dan 19 tahun telah membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapan mereka di hadapan Hakim bernama Ahmad Sazali Omar.

Menurut pertuduhan yang telah di buat, keempat-empat tertuduh telah didakwa melakukan penderaan seksual dengan cara yang ekstrim iaitu dengan memasukkan botol dedoran ke dalam lubang kemaluan seorang rakan perempuan mereka yang berusia 16 tahun 10 bulan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik di sekolah di berkenaan, kira-kira jam 5 petang, pada 9 April lalu.

Kesemua tertuduh telah didakwa atas seksyen 377CA kanun keseksaan dan juga seksyen 34 kanun sama yang boleh di kenakan hukuman yang berat iaitu penjara maksimum 30 tahun dan juga sebatan dika mereka bersalah.

Selain itu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi tidak membenarkan jaminan atas faktor semua tertuduh hampir tamat tempoh perintah di sekolah itu dalam tempoh terdekat dan mencadangkan jaminan RM30,000 bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan dikenakan jika mahkamah menggunakan budi bicara.

Bagaimanapun, semua tertuduh dalam rayuan menerusi peguambela Andrew Lourdes memohon jaminan RM5,000 setiap seorang dengan alasan dari keluarga berpendapatan rendah.

Ahmad Sazali kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 setiap seorang dengan syarat tambahan perlu meneruskan perintah di sekolah terbabit hingga kes selesai, jika jaminan dibayar.

Mahkamah menetapkan 17 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan perubatan mangsa.