Setelah Mengetepikan 4 Pemain JDT Inilah Senarai Pemain Baru Yang Dipanggil Oleh Nelo Vinganda

6
COM


Ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada dijangka akan mengetepikan 4 pemain dari Johor Darul Ta’zim dan akan digantikan dengan 4 pemain baru. 

Aidil Zafuan Abdul Razak, S. Kunanlan, Azrif Nasrulhaq dan Fazly Mazlan akan digantikan dengan 2 muka baru iaitu pertahanan kiri Pahang Mohd Faisal Rosli dan Nazrin Syamsul Bahari dari skuad PKNS FC.
2 lagi pemain yang dipanggil untuk menyertai latihan skuad kebangsaan itu adalah Nazirul Naim Che Hashim (Perak) dan pertahanan Pahang, Afif Amiruddin. 
“Ini tidak bagus untuk pemain, pasukan kebangsaan dan JDT kerana pemain-pemain perlu berehat beberapa hari. “
“Kalau seseorang pemain dilanda kecederaan dan tidak boleh diturunkan, kami akan membawa masuk pemain lain. “
“Saya tidak akan meratapinya atau tidak nyenyak tidur,” ujar jurulatih negara, Nelo Vingada.  
Siapa Calon Kapten Skuad Kebangsaan?
Beliau juga memberitahu bahawa ada kemungkinan lilitan kapten skuad kebangsaan akan diberikan kepada Safiq Rahim. Calon lain yang dilihat mampu menggalas peranan tersebut adalah Safee Sali dan Amri Yahyah.
Menurut Nelo lagi, mereka bertiga merupakan orang lama dalam pasukan serta mempunyai kekuatan karakter tersendiri ketika beraksi di atas padang. 
“Sudah tentu saya akan memilih pemain yang mempunyai karakter yang kuat dan menjadi orang perantaraan kepada saya di dalam padang.”
“Saya mempunyai tiga calon, iaitu Safiq Rahim, Safee dan Amri.”

Satu Rakaman Amatur Telah Menunjukkan Apa Yang Berlaku Selepas Ceres Negros Menjaringkan Gol Penalti

0
COM



perhatikan minit 1:10 player ceres tendang bola yg farizal nak ambil