Komen Mengejutkan Roberto Carlos Setelah Faiz Subri Menang Fifa Puskas Award



Zurich: Kemenangan Mohd Faiz Subri meraih Anugerah Puskas 2016 sudah diduga legenda Brazil Roberto Carlos.
Menurut Carlos, gol dihasilkan pemain Pulau Pinang itu cukup menarik dan mengakui jaringan itu seakan-akan gol ajaibnya menerusi sepakan percuma ketika menentang Perancis dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 1997.
“Saya menyaksikan jaringan itu, gol yang cantik. Saya suka cara gol itu dijaringkan.
“Gol itu hampir sama dengan yang pernah saya hasilkan dulu,” katanya yang sempat bertemu dengan Faiz di Zurich kelmarin.
Carlos yang memenangi Piala Dunia 2002 dan juga bintang Real Madrid dikenali sebagai pakar sepakan percuma deras dengan tendangannya boleh mencecah 169 kilometer sejam.

Sumber  : Harian Metro

1 comment: