Nasril Nordin Dedahkan Kenapa Beliau Gagal Menepis Sepakan Ajaib Faiz Subri



Penjaga gol Pahang mengakui bukan faktor silau lampu stadium yang menggagalkan beliau membuat andaian tetapi bola sepakan Faiz Subri tiba-tiba berubah arah.
Nasril Nourdin berkata beliau sudah berada di tempat yang betul untuk menyambut bola penyerang Pulau Pinang tetapi tidak menyangka ia boleh berubah arah ke sebelah kiri gawang.
“Bagi saya, gol Faiz itu memang terbaik, terutama dari segi teknik sepakannya. Pada masa sama, mungkin ada bantuan angin yang kuat sehingga menyebabkan bola itu berubah arah ketika menuju ke pintu gol.
“Sebenarnya saya sudah berdiri di tempat yang betul dengan membuat jangkaan bola itu akan ke kanan. Tapi tiba-tiba saya tengok bola itu berpusing dan masuk ke bahagian atas kiri gol tanpa saya dapat buat apa-apa.
“Ada orang kata, mungkin cahaya lampu limpah membuatkan saya silau sehingga tersalah membuat andaian laluan bola. Tapi tidak, bukan kerana cahaya tapi bola itu sendiri yang tiba-tiba berubah arah,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/mata-saya-tidak-silau-bola-faiz-tiba-tiba-berubah-arah-kata-nasril#sthash.VE5Ucyuv.dpuf

No comments:

Post a Comment