Perkara Pelik Yang Berlaku Di Majlis Pemasyhuran Yang Dipertuan Agong Baru

0
COM

Perkara Pelik Yang Berlaku Di Majlis Pemasyhuran Yang Dipertuan Agong Baru

Perkara Pelik Yang Berlaku Di Majlis Pemasyhuran Yang Dipertuan Agong Baru. Sultan Muhammad V(ke-5) iaitu Sultan Kelantan telah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Agong yang baru bagi menggantikan Sultan Kedah yang telah berakhir tempoh khidmatnya pada 12-12-2016 lalu.
Sultan Muhammad V akan memegang jawatan Yang Dipertuan Agong yang baru bermula hari ini (13/12/2016) sehingga 5 tahun akan datang. Majlis yang dihadiri VVIP yang berlangsung awal pagi tadi (13/12/2016) di Ibu Negara berlangsung lancar. Rata-rata rakyat Malaysia senang dan gembira dengan pelantikan Yang Dipertuan Agong yang baru ini.
Disebalik majlis pemasyhuran Yang Dipertuan Agong yang baru ini terdapat beberapa “perkara pelik” yang belaku. Di sini kami menyenaraikan 5 perkara pelik yang berlaku ketika majlis pemasyhuran itu.

Buat pertama kali dalam sejarah istiadat melibatkan YDPA:

1) Segala perarakan DYMM tidak diiringi walau seorang perempuan bukan mahram.
2) Sejurus pengisytiharan pemasyuran Sultan kelantan sebagai YDPA, Penyimpan Mohor Raja-raja melaungkan kalimah suci ALLAHU AKBAR
3) YDPA tak salam perempuan bukan mahram.
4) YDPA berangkat tanpa isteri atau Raja Perempuan Kelantan.
5) YDPA berjalan cergas sepanjang karpet sehinggakan jurugambar terkejar-kejar mengikuti langkah tuanku.
ALLAHU AKBAR ✊✊✊
ALLAHU AKBAR ✊✊✊
ALLAHU AKBAR ✊✊✊

Sultan Muhammad V Tiba Di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

GAMBAR TERBARU SULTAN KELANTAN
Sumber Gambar: JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
SEPANG, 13 Disember 2016 – Sultan Muhammad V Tiba Di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Bagi Menyempurnakan Istiadat Perlantikan Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke XV | Sumber Gambar: JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V Melafaz Sumpah Jawatan Sebagai Yang di-Pertuan Agong XV

sultan kelantan angkat sumpah
Sumber Gambar: JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR, 13 Disember 2016 – Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV, pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong XV, di Istana Negara hari ini. Sumber Gambar: JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Sumber AsalNur Adyani Mohamed

Sayang Abg Minta Maaf Ye. Tindakan Suami Buat Ramai GERAM !!! Nota Terakhir Buat Ramai Hiba..

0
COM

 

Sayang Abg Minta Maaf Ye. Tindakan Suami Buat Ramai GERAM !!! Nota Terakhir Buat Ramai Hiba.. |Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….
Gambar Hiasan
Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan.harap ustaz tidak bosan mendengarnya..Saya merupakan seorang suami kepada seorang isteri yg amat baik dan setia.namun ustaz..,saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya kerana pada waktu itu mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.
Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai.dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya.,seorang yang tidak pandai bergaya.,tetapi kuat pegangan agamanya..,bertudung labuh,bersopan santun..,baik budi bahasanya.,Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini segala-galanya diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia.
Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain..cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat.Ustaz, selepas berkahwin dengan isteri saya itu jiwa saya menjadi kacau dan keliru.saya amat marah kepada isteri saya.kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami.,saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya.dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya.,namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar.pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya.tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik.,dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah.dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya:“Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”
Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya.apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya.perasaan geram.,marah., dan rasa terhina bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya.,dia menangis terisak-isak.saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.
Ustaz pernah suatu hari.,dia ingin bermanja dengan saya,membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng untuk saya.pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone..ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya,saya tolak pinggan sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya.,dengan linangan air mata dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…
Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah.dan saya kira itu adalah balasan apabila saya terlibat dengan kemalangan…tulang paha saya patah dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun.hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya..,ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali.berak kencing saya dia tadahkan dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan keji mahupun geli.dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya..bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam berdenyut-denyut sakitnya dialah yang bangun dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit sehingga saya rasa lega dan tertidur..tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi..,risau saya mengerang kesakitan lagi.
Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan.,dia sendiri tidak akan makan melainkan setelah saya kenyang.dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya.Bila saya kenangkan kembali.,sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat.kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun dia tidak mahu lagi menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang.dulu.,dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya..ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan.Ustaz…..saya…kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya.besarnya dosa saya.,amat menyesal rasanya.
Ustaz….ketika saya boleh berjalan sedikit demi sedikit dan saya beransur pulih.,isteri saya jatuh sakit.badannya menjadi kurus kering.,tiada selera makan..,terbaring..tak bermaya..kata doktor yang merawatnya isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak kerana saya tahu sayalah puncanya.
Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk..mukanya makin pucat…tetapi dia tetap senyum.saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya.dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”.berderai airmata saya hancur hati saya.,pilu bercampur sebak yang amat sangat diikuti dengan perasaan menyesal.
Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan.,saya menjaganya setiap hari.saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir.”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya..malah ada yang memuji saya kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.
Ustaz…..isteri saya ada berkata.,dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir.saya meraung..merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya.tapi katanya.,setiap yang hidup pasti akan mati dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya.ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.
Ustaz…tepat jam 3.00 ptg setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya..dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.
Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…? apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat..,berbuat baik..,takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati.lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati..kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu dia harapakan dari saya….
Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…sayang abang….selamanya.”
Ustaz..saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang…Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah….
Terima kasih ustaz….doakan saya…….
Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright….tajuknya now and forever by richard mark.
P/s dr saya: kita cuma akan menghargai sesuatu bila kita dah kehilangannya..hargailah ia sementara masih ada, semoga roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, sungguh berbahagia penduduk langit menyambut kehadiran isteri solehah sepertinya..Semoga si suami itu mendapat ketenangan sakinah yang ia cari selepas ini..amiin ya Rabbi.. 🙂
Sumber : Anymous

Suami Baru Meninggal Dunia. Apa Aku Temui Di Laci Ofisnya Buat Aku Terus REBAH !!!

0
COM

 


Suami Baru Meninggal Dunia. Apa Aku Temui Di Laci Ofisnya Buat Aku Terus REBAH !!! | Terima kasih admin sbb approve kisah aku ni. Nama aku Farhana. Suamiku kini telah tiada tetapi penyesalanku akan terus mengharu jiwaku, Ini adalah kisah benar di dalam hidupku. Seorang suami yang kucintai, kini telah tiada. Begitu besar pengorbanan suamiku pada keluargaku. Begitu tulus kasih sayangnya untukku dan anak-anakku. Suam#iku adalah seorang yang bekerja keras. Dia bersungguh-sung#guh berusaha membina kehidupan yang sebaiknya untuk kami sekeluarga. Kehidupan yang kami tempuh akhirnya adalah suatu yang lebih baik dari kebanyakan orang lain. Ianya adalah suatu yang kami rasa sudah leb#ih dari cukup.

Sekadar Gambar Hiasan.
Hari ini, setelah suamiku tiada, aku kembali mengingatinya. Aku malah tidak dapat melupakannya. Aku merasa sangat berdosa ketika teringatkan bagaimana satu hari, suamiku pulang dari tempat kerjanya dan aku men#yambutnya dengan keadaan yang amat marah. Ianya suatu yang tidak sepatutnya. Mengenangkannya aku jadi m#alu sendiri. Aku tidak dapat maafkan diriku yang berkelakuan begitu terhadap seorang suami yang sangat baik. Bukan sekali dua sebaliknya itulah watakku terhadap suamiku. Panas baran, mengherdik, meleter dan memarahi suami adalah kebiasaaanku.
Aku masih ingat betapa aku memarahi suami malah menengkingnya hanya kerana dia lambat pulang untuk membawaku ke rumah ibuku yang mahu berangkat ke tanah suci. Aku sedar, suam#iku pada hari itu – seperti kebiasaaannya lambat pulang kerana urusan kerja. Dan aku pun tidak perlu tergesa-gesa sebab ibuku hanya akan ke tanah suci 5 hari lagi.
Tetapi itulah watak diriku. Aku selalu menempelak suamiku bahawa dia lebih mementingkan kerjanya berbanding diriku sedangkan aku sangat yakin suamiku tidak melakukan apa pun melainkn demi untuk membahagiakan kami sekeluarga. Sepatutnya aku boleh bertolak ansur walaupun aku sudah berjanji dengan ibuku. Inikan suami ku. Dia lebih patut dan wajib aku utamakan dari ibuku!!
Apapun aku sebenarnya dilanda cemburu. Aku bimbang suamiku dipikat oleh wanita lain di tempat kerjanya atau oleh kenalannya atau oleh siapa saja. Ianya berasas kerana sua#miku kacak dan menarik sedangkan aku sendiri terasa sudah mula berusia dan semakin tidak menarik. Wajahku pun bukanlah cantik.
Hakikatnya aku tidak rela dimadukan. Aku tidak sanggup berdepan dengan situasi suamiku berkahwin lain. Aku lebih rela diceraikan daripada berkongsi suami dengan orang lain. Itulah akibatnya bila aku didorong nafs#u untuk bertindak sebegitu terhadap suamiku.
Tapi kini aku tahu. Semua ucapan dan tindakanku selama ini salah dan hanya menjadi penyesalanku karena suamiku telah tiada. Setelah 2 hari kematiannya, seorang rakan kerjanya mengatakan padaku bahawa rupanya suamiku selalu membanggakan aku – isterinya dan anak-anaknya di depan rakan-rakan sekerjanya. Tidak ada yang negatif tentang diriku dan anak-anak melainkan semuanya hal-hal yang baik dan yang sangat dihargainya terhadap keluarganya.
En Ramli, rakan sekerja suamiku itu berkata, “Abang Ha***** sangat positif orangnya. Beliau selalu menyebut bahawa keluarganya adalah suatu yang amat bermakna di dalam hidupnya. Sebab itu kami tengok dia sanggup bersusah payah demi kebahagiaan keluarganya”.
Aku sedar, itulah diri suamiku. Aku memang mengenalinya begitu tetapi aku tidak mampu bermujahadah melawan nafsu. Akibatnya aku selalu menyakitkan hatinya. Ada saja yang aku bebelkan di depannya. Kada#ng-kadang ketika bersama jiran atau di depan keluarga pun, aku masih sanggup mengeluarkan kata-kata yang mengguris hatinya. Teruknya aku!!
Kata En Ramli lagi’ “Abang Ha**** bukan jenis orang biasa. Jiwanya sangat kuat dengan Tuhan. Ibadahnya sangat dijaga. Dia merupakan seorang pemimpin di tempat kerja yang berwibawa. Kata-katan#ya dituruti, pandangannya dan buah fikirannya selalunya tepat dan dapat memberi penyelesaian atas apa saja masalah syarikat. Begitu juga, kami selalu mendapatkan nasihatnya kalau kami menghadapi masalah peribadi atau keluarga”.
Aku pun tertegun, memang aku sepatutnya menghargai suamiku sepenuh hati melebihi orang lain. Tetapi apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur. Dia sudah pergi buat selama-lamanya. Aku menahan air mataku kare#na aku tidak ingin menangis di hadapan En Ramli. Aku sedih kerana penyesalanku sudah tidak bermakna.
Jenis isteri apakah aku ini sebenarnya?
Aku sesungguhnya hairan dengan sikap penyabar suamiku. Sabarnya luar biasa. Apa yang aku pasti, suamiku banyak menghabiskan malamnya dengan solat dan menangis. Cuma hatiku yang masih keras. Aku tidak berubah dari terus membentak dan memarahinya. Mungkin jiwaku yang sangat sensitif menjadikan aku tidak berupaya menahan rasa marah kalau hajatku tidak dilayan oleh suami. Pernah den#gan kasar aku menyuruh suamiku membancuh air minumnya sendiri. Aku malas, itulah alasanku.
Sekarang, aku teringat betapa hancurnya perasaan suamiku ketika itu. Tapi dia memang manusia luar biasa. Dia hanya diam saja. Malah sambil tersenyum dia pergi ke dapur me#mbuat teh atau kopi yang dihajatkannya sendiri. Sedangkan aku sendiri sedar, sebagai ketua keluarga, aku tidak sepatutnya melayan suamiku sedemikian.
Aku teringat kerapnya aku memarahi suamiku, dengan hamburan kata-kata bahawa dia selalu menyibukkan diri dengan pekerjaannya – sehingga tidak peduli dengan anak-anak. Namun itu semu#a salah. Ianya hanya sangkaan jahat dari seorang isteri yang jahat sepertiku. Mengejutkan bila En Ramli meninggalkanku dengan beberapa dokumen peribadi suamiku yang ada di dalam laci meja kerjanya. Ketika membacanya, aku tidak dapat menahan tangis.
“Ke hadapan isteriku yang tersayang!
abang telah disahkan mengidap sakit darah tinggi.
Itulah penyebab abang selalu pening dan rasa hendak pitam.
Abang bimbang dengan keadaan abang sebegini…..
apapun kepada Tuhan abang berserah..
Abang akan berusaha menjaga kesihatan.
Apa yang abang ingin sampaikan di dalam catatan ini ialah
abang sangat mencintai sayang. Abang doakan sayang berubah
menjadi isteri yang lebih baik dan solehah.
Perjalanan kita masih panjang dalam mendapatkan kasih sayang Tuhan.
Kita begitu memerlukan Tuhan. Keluh kesah, merungut dan mengeluh
adalah tanda hati kita masih jauh dengan Tuhan.
Sepatutnya sebagai hamba Allah, kita sangat merendah diri
dan tahu untuk bersyukur atas segala nikmat Tuhan kepada kita.
Bersikap redhalah dengan apa jua ketentuanNya.
Itulah kebahagiaan kita yang hakiki.
Sukalah abang nyatakan di sini:
Apapun yang sayang lakukan terhadap abang,
abang telah maafkan. Kalaupun abang tidak dapat berikan semua hajat
dan hasrat yang diminta oleh sayang selama ini, tetapi abang hadiahkan
keampunan dan keredaan dunia akhirat dari abang terhadap sayang.
Jika abang pergi terlebih dahulu, sayang pasti tahu, tidak mudah bertemu
dengan orang seperti abang di dunia ini!
Mohon ampunkan abang dan redhalah dengan apa jua
kelemahan serta kekurangan abang!! – suamimu Abdul **** Bin Haji Abdul *****.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!! Aku hanya mampu membiarkan air mataku mengalir semahu-mahunya. Aku menyesal tapi apakah lagi yang mampu aku berbuat melainkan sebanyak-banyaknya meminta ampun dengan Allah swt. Tidak ada lagi kebahagiaan atau keceriaan di dalam hidup#ku kini dan selamanya. Moga Tuhan ampunkan aku dan moga benar-benarlah aku berpeluang mendapat redha suamiku.
Akhirnya aku berpesan kepada anda semua para isteri dan para suami;
Untuk para suami, Jadilah seperti suamiku! Teruslah bersabar dengan karenah isteri. Kami memang dilahirkan tidak sempurna. Watak kami lemah dan mudah tunduk dengan godaan nafs#u dan syaitan. Jiwa kami mudah mengalah dengan kesempitan dan kesulitan walaupun ramai wanita pilihan yang berjaya menjadi wanita solehah atau wanita contoh. Kami hanya orang biasa. Sukarnya kami untuk merendah diri.
Ampunkanlah kami dan teruslah pimpin kami. Didiklah kami dengan iman dan Islam. Bantulah kami untuk merasai kebesaran Allah swt. Kami perlukan suami yang tidak mudah putus asa dalam mendidik kami. Kami akan sanggup bersusah payah untuk membahagiakan suami jika nafsu kami berjaya dijinakkan oleh suami. Jadilah mod#el seperti suamiku di dalam rumah tangga kami (walaup#un aku sendiri tidak menghargainya sepanjang hidupnya) dan….. memang benar kata-kata suamiku, aku memang sukar mencari seorang lelaki sehebatnya di dunia ini!!
Untuk para isteri, berubahlah apabila anda membaca kisah sedih aku ini. Kita para isteri yang kurang ajar dan menderhakai suami kita memang patut menerima keperitan dan kesakitan. Tuhan pasti aka#n menghukum kita dengan berbagai cara. Yang pastinya ianya perit untuk kita tanggung jika kita belum mampu mendidik nafsu kita.
Bayangkan hukuman Tuhan di dalam kubur dan di akhirat!! Bagi yang masih ada suami, jadikanlah suami anda benar-benar sebagai pemimpin anda. Jadik#an beliau tempat anda merujuk dan bertanyakan panduan serta meminta pimpinan. Buanglah ego sejauh-jauhnya untuk tunduk berkhidmat setulus hati terhadap suami a#nda. Banggalah dengan suami anda kerana itulah jodoh yang telah disusun Tuhan untuk anda. Terimalah suami seadanya. Mungkin dia ada kelemahan tetapi kelemahan kita sebagai isteri berganda-ganda lagi banyaknya.
Jadikanlah suami sebagai jambatan mendapatkan Tuhan menuju keselamatan dunia dan akhirat. Aku sebenarnya malu menyampaikan nasihat ini tetapi ak#u rasa didorong-dorong untuk menulis#kan sebagai tatapan orang lain. Semoga penyesalanku menjadi iktibar untuk orang lain. Tuhan ampunkanlah aku!!!!
– Isteri yang berdosa. via Admin

Bekas Mufti Johor NAMPAK Muka Allahyarham Mohamad Thaqif Ada…. Subhanallah !!!

0
COM

Bekas Mufti Johor NAMPAK Muka Allahyarham Mohamad Thaqif Ada…. Subhanallah !!!| Datuk Nooh Gadut, bekas mufti johor yang melihat wajah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi sebagai bercahaya, tersenyum, berseri serta luar biasa. Beliau melawat jenazah Thaqif bersama beberapa pegawai Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Hospital Sultan Ismail memuji kebesaran Allah serta fadhilat membaca Al-Quran yang diamalkan oleh pelajar tahfiz tersebut seperti yang dilaporkan oleh Mstar Online.

“Saya lihat wajah Allahyarham memang luar biasa. Betullah seperti yang diperkatakan bahawa Al-Quran adalah cahaya. Cahaya bukan sahaja dalam tetapi terserlah di wajah Allahyarham. “Saya melihat dengan sahabat-sahabat yang lain wajahnya tersenyum, berseri dan macam orang hidup lagi. Itulah kelebihan (orang yang membaca Al-Quran),”

Saya berharap kisah ini ada hikmah, ada rahsia yang akan dijadikan kesedaran semua pihak, pihak sekolah dan lain-lainnya,” Datuk Nooh Gadut juga kagum apabila diberitahu hasrat Allahyarham yang ingin menghafal 30 juzuk Al-Quran. Beliau juga turut terharu melihat ketabahan ibu bapa Mohamad Thaqif yang menerima ujian tersebut sebagai qada dan qadar.
Sumber:KakiShare

[Video] Gol Ajaib Dari Baddrol Bakhtiar Ketika Menentang Perak Sebentar Tadi

0
COM





Baddrol sebelum ini turut menjaringkan gol cantik ketika menentang JDT


KISAH SAYU Suami Terpaksa Berbohong Kereta Rosak… Sangat Menginsafkan!

0
COM

KISAH SAYU: Suami Terpaksa Berbohong Kereta Rosak… Sangat Menginsafkan!

KISAH SAYU: Suami Terpaksa Berbohong Kereta Rosak… Sangat Menginsafkan!
Dalam 2 kilometer nak sampai dia soh aku benti kat tepi jalan..masa Tuh Memang Betul2 Aku saspen..Aku pun benti le…tetiba bro,saya nak mintak maaf sesangat dengan bro. Apsal?Rupanya??Mengalir Air mata Bila Tahu Dia Terpaksa Berbohong Kepada Isterinya yang kereta rosak
KISAH SAYU: Suami Terpaksa Berbohong Kereta Rosak… Sangat Menginsafkan!
Kisah%2BSuami%2BBerbohong%2BKereta%2BRos
– Gambar sekadar hiasan –
Harus diingatkan dalam kita yang serba serbi hidup dalam kemewahan, masih ramai lagi insan di luar sana yang hidupnya kurang bernasib baik seperti kita. Kisah ini benar-benar membuat diri menginsafi.Kisah ini telah dikongsikan menerusi sebuah laman Facebook Wong Bo Sie menceritakan seorang lelaki yang dalam perjalanan menjemput anaknya namun sepanjang perjalanan terjadi sesuatu yang tidak diduga.
Ikuti kisah selanjutnya:-
Maafkan saya bro
Petang tadi masa aku gi jemput anak, sampai satu tempat tu tenampak le satu kereta berhenti kat tepi jalan. Bonet depan terbukak. Keta rosak le ni (hati aku cakap). Aku pelahan le. Nampak le sorang mamat ni tengah bebelek enjin. Dalam kereta aku perasan ada gak penumpangnya. Memandangkan tempat tu ok, aku berenti le
Masa jalan ke kereta tu, aku nampak dalam kereta tu ada dua pompuan dewasa, seorang budak kecik dan seorang budak lelaki. Mungkin sekeluaga le ni
Asalamualaikum bro. Pehal ni? Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata keta buat hal. Minyak macam tak naik, tetiba mati katanya sambil pegang spana hidup. boleh saya tengok? Aku tanya dia. Bro pomen ke? Dia tanya aku balik.tak ahhtapi saya penah kena cani dulu aku bagitau dia. Takpe la bro,gase saya boleh setel ni. Oook la kalu cantu kata aku sambil bepusing nak blah. Tetiba aku dengar suara pompuanmasuk ni dah 2-3 orang nak nolong, awak tanak pulak. Tak paham la saya apa masalah awak ni !.
Aku pun pusing balik kat dia. Aku soh dia ke tepi. Aku cabut salur minyak yang datang dari oil pump. Memang takde minyak. Aku mintak spana idup yang dia pegang dan bukak oil pump. Check ada main ke tak. Aku tengok ok jeDalam hati cakap, takkan le sampai minyak kering cani. Setau aku, kalau pun oil pump gosak minyak mesti akan meleleh sesikit dari salur tu bila kita cabut dari oil pump.
Aku mintak masuk keta dia, on kunci dan tengok meter minyak tak naik langsung!! Meter tu rosak katanya.
Tapi aku perasan, riak muka dia ada lain sikit. Malas banyak cite aku klua dan terus ajak dia cari pomen. Memula dia tanak. Tapi lepas bini dia membebel keta buruk la, tak beguna la, apa la dia pun setuju. Anak lelaki dia ikut sama.
Masa dalam keta tu,aku cadangkan supaya beli minyak dulu. Mana le tau kut-kut minyak tak sampai pulak. Tetiba anaknya menyampuk bagitau dia lapar dan haus. Dia diam jesampai stesen minyak dia cakap nak gi tandas kejap. Aku lak terus masuk dalam,beli air soya dua kotak besar,2 bantal roti bun (ntah kenapa aku boleh tepikey nak belikan) dan bayar temasuk minyak.
Aku bagi bebende tu kat anak dia. Lepas isi minyak dalam bekas yang memang sentase ade dalam keta aku. Dia nak bayar,tapi aku cakap kang la, macam la begatus
Mungkin tegase nyusahkan aku,dia cakap takyah cari pomen. Dia mintak aku hantar kat keta dia balik. Aku ok je ladalam 2 kilometer nak sampai dia soh aku benti kat tepi jalan. Anaknya tanya apsal? Dia cuma cakap ada hal nak bagitau aku. Ahh sudahaku punye la saspen mase tu tuhan je yang tau.
Aku pun benti letetibabro,saya nak mintak maaf sesangat dengan bro. Apsal? Aku tanya. Kelopak matanya bekaca digenangi air.
Sebenarnya saya bohong. Keta saya tak rosak pun bro. Keta saya tu memang habis minyak. Aku tak dapat cakap apa dahSaya memang tade duit nak isi minyak. Saya ingat minyak keta sampai la ke gumah,tapii Aku masih diamduit bro ni kang pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya bro Aku bagitau dia,pasal duit tu. Takpeaku halalkan.
Dia sambung lagi. Percaya tak kalu saya cakap yang Allah dah makbulkan doa saya? Demi Allah brodekat dua jam kami kat sana tadi. Memang ada dua tiga orang yang benti. Tapi tak buat macam yang bro buat ni. Diowang cuma tanya,tengok sesikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya. AlhamdulillahAllah hantar bro untuk saya.
Aku cakap takkan la sampai camtu sekali aihh Dah memang kebetulan pun aku lalu sini nak ambik anak. Ada masa aku tolong leTapi dia tetap begiye ucap tima kasih kat aku. Lantak le hei
Lepas tu dia pandang anaknya.
Abang,maafkan babah ye. Babah belom dapat nak belikan kasut yang abang nak tu. Babah memang dah tade duit. Tadi babah dah belikan barang dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi? Anaknya angguk kepala.
Lagi satu,abang jangan marah ibu ye. Ibu bising pasal keta kita tu sebab kesian kat abang, kakak dan adik. Ibu taknak anak anak-anaknya susah. Depan pakcik yang baik ni babah buang gase malu babah ni. Biarlah pakcik ni nak anggap babah apa. Babah malu dengan ibu,malu dengan anak-anak babah. Tapi babah nak abang tau. Babah sentase beusaha untuk senangkan ibu ngan anak-anak babah. Babah harap abang paham ye. Katanya lagi dalam sedu sedan. Anaknya terus peluk dia. Dua beganak tu bepelukan sambil menangis. Aku klua ketaSumpahDemi Allah,aku pun nanges sama
Sambil lap lap air mata,aku masuk keta balik. Aku hantar dia ke keretanya. Tanganya terus memegang bahu aku. Lepas enjin ketanya hidup,aku salam dan selit sikit duit kat tapak tangannya. Pantas dia peluk aku. Jangan bro,saya dah banyak menyusahkan. Maafkan sayasaya janji akan bayar balik apa yang bro dah bagi saya ni. Dia mintak nombo tipun aku.Ndak tak ndak aku bagi
Aku panggil anak lelakinya tadi. Aku pelukaku pesan sikit kat dia. Nak,belajar rajin-rajin ye. Jaga ibadatBesok kalu dah bejaya, jaga babah ngan ibu macam babah jaga nenek sekang. Doa bebanyak supaya babah tu sentase sehat dan tabah. Sambil aku selitkan duit yang babahnya tanak tadi ke kocek seluarnya. Anaknya angguk sambil lap air matanya.
Allahu Akbarsepanjang pemanduan hati aku sebak semacam. Sikit doa aku titipkan untuk bro tu semoga dia terus tabah menempuh kehidupan membela keluarganya. Terdetik dalam hati betapa besyukurnya hidup aku
Ya Allah. Dalam aku sentase mengeluh dan mengenang kesusahan,Kau sedarkan aku yang selama ni sentase lupa bahawa ada owang yang lebih susah dari aku. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku menyembah dan memohon pertolongan.
Bukan niat aku untuk betakbur riak,sekadar buat renungan dan peringatan betapa besyukurnya hidup kita.
#PeringatanDiaUntukAkuYangKaliKeberapaNtah
Sumber: bro1despatch

“IA NAMPAK SEPERTI KESAN GIGITAN NYAMUK BIASA SAJA..DAN BAYI SAYA TAK BERASA GATAL..KAMI FIKIR KALAU IA GIGITAN PEPIJAT, NANTI PASTI IA AKAN SEMBUH SENDIRI…TAPI SELEPAS 2 MINGGU..” SEPASANG KELUARGA KONGSIKAN DETIK HITAM SEHINGGA ANAK MEREKA TERPAKSA DI BEDAH..JOM BACA DAN SHARE UNTUK LANGKAH BERJAGA JAGA

0
COM
“Ia nampak seperti kesan gigitan nyamuk biasa saja..Dan bayi saya tak berasa gatal..Kami fikir kalau ia gigitan pepijat, nanti pasti ia akan sembuh sendiri..Tapi, selepas 2 minggu pun masih belum sembuh. Kami lihat ia seperti melecur. Tapi tanpa nanah..tolong ibu bapa..bukan semua pepijat biasa-biasa, pepijat ini sgt2 bahaya..jgn sampai anak anda terjadi seperti anak kami…tolong sebarkan secepat mungkin..”
“Ia nampak seperti kesan gigitan nyamuk biasa saja. Dan bayi saya tak berasa gatal”, ulas Joey mengenang kembali tentang bengkak pada kaki anak lelakinya. Bayi tersebut berusia 8 bulan ketika itu.
“Kami fikir kalau ia gigitan pepijat, nanti pasti ia akan sembuh sendiri”, Joey meneruskan bicara.
“Tapi, selepas 2 minggu pun masih belum sembuh. Kami lihat ia seperti melecur. Tapi tanpa nanah.
Jadi kami fikir mungkin kesan lecur ini akan kering dengan sendiri dalam tempoh 2 hari akan datang.”
Kesan gigitan pepijat masih belum sembuh
“Bila tiada tanda-tanda kesan gigitan itu akan sembuh, kami terus berjumpa dengan doktor. Doktor memberikan krim topikal yang mengandungi steroid. Selepas seminggu memakai krim itu, kesan gigitan masih belum sembuh.
“Maka kami pergi ke pakar kanak-kanak di Raffles Medical untuk bantuan pula. Masa itu, kesan gigitan tersebut kelihatan seperti kulat atau pertumbuhan bakteria. Lalu doktor beri krim antiseptik dan suruh kami berjumpa pakar kulit jika ia masih belum sembuh.”
“Seminggu berlalu dan masih tiada perubahan. Oleh itu, kami terus ke pakar kulit di Raffles Medical. Pakar kulit memberikan pelbagai krim berbeza dengan steroid yang lebih kuat, beserta dengan dos antibiotik. Tapi semua gagal.”
Satu-satunya pilihan: Pembedahan?
“Kami kemudiannya dirujukkan kepada pakar bedah kanak-kanak di hospital yang sama untuk pemeriksaan, sebab kesan gigitan tersebut telah membengkak.
Hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat jangkitan bakteria di sesuatu tempat dan badan bayi saya telah terlebih bertindak balas ke atasnya.
Doktor juga mengatakan ia seolah-olah parut tisu. Maka beliau memberikan krim Dermatix untuk merawat parut. Tapi semuanya tidak berjaya menyembuhkan kesan ini. Malah ia semakin membesar!
Pemeriksaan kali ke-3 mendapati bahawa kesan ini adalah Juvenile Xanthogranuloma.”

Apakah Juvenile Xanthogranuloma
Menurut Wikipedia, Juvenile Xanthogranuloma (JXG) adalah sejenis penyakit dermatologi yang jarang berlaku tetapi lebih banyak memberi kesan kepada bayi yang berusia satu tahun ke bawah. Namun penyakit ini juga boleh dijumpai pada kanak-kanak yang semakin membesar dan orang dewasa.
Doktor mencadangkan pembedahan bagi memotong kesan gigitan ini. Joey ketika disoal mengimbas, “Anak kami masih belum mencapai usia satu tahun. Jadi kami memilih untuk tidak menjalani pembedahan lagi.
Kerana pembedahan ini perlu ubat pelali. Ubat pelali tidak disyorkan buat bayi kerana bimbang ia akan menghalang tumbesaran otak mereka. Lagipun, kesan gigitan ini tidak membahayakan nyawa, jadi kami boleh menunggu sehingga si manja kami lebih besar.”
“Kami akhirnya mengeluarkan kesan gigtan tersebut melalui pembedahan bulan ini. Nasib baiklah semuanya berjalan lancar.”
Yikes! Ini bukan pepijat biasa! Ini pepijat ‘bug bite’ yang gigit hingga bengkak!
Dua hari pertama selepas pembedahan, bayi saya tidak banyak bergerak. Tapi masuk hari ketiga, dia sudah boleh berjalan. Ia kelihatan seperti satu potongan besar dengan 7 jahitan. Mungkin ada parut nanti. Tapi kami akan beri krim parut.

Ambil langkah berjaga-jaga
“Kami masih berjumpa dengan pakar bedah kanak-kanak itu. Kami juga mengamalkan langkah berjaga-jaga. Jika si manja saya digigit serangga, kami akan guna krim gigitan biasa seperti Lucas Paw Paw. Kalau masuk hari ke-2 kesan gigitan masih tidak sembuh, kami akan terus pakai krim yang diberi doktor.”
Pengalaman ini dikongsikan oleh Joey, seorang ibu daripada Singapura. Beliau dan suaminya, Eric bekerja dalam industri pelancongan. Si manja mereka kini berusia 15 bulan dan telah sembuh.

Sumber: gengviral/viralicious