Aksi Kejam Pemain PKNS Safee Sali Ditendang Dan Disepak Oleh Pemain Pahang Namun Tiada Kad Merah Dilayangkan

0
COM




SEGENGGAM DUIT SYILING PERNAH MENJADI BANTUAN SAAT AKHIR JEP KETIKA KELAPARAN SEWAKTU SEBELUM MENJADI ARTIS

0
COM

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu sebelum menjadi artis

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu sebelum menjadi artis..Susah perit kehidupan hanya ALLAH sahaja yang tahu..Jep KONGSI Kisah Kehidupan sebelum menjadi artis yang ramai orang TIDAk TAHU



jep+hujan.jpg
Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.
Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup, kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!, ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong, ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.

Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak, kongsi
sumber : www.gengviral.com
Sumber: gengviral

TERLIHAT Budak 5 Tahun MINTA TOLONG Tepi Jalan. Apa Yg Ditemui Amat MENYERAMKAN !!!

1
COM
TERLIHAT Budak 5 Tahun MINTA TOLONG Tepi Jalan. Apa Yg Ditemui Amat MENYERAMKAN !!! | Artikel penuh adalah dalam English. Siapa yang tak reti baca English, admin tolong ringkaskan kisah inspirasi tentang seorang budak 5 tahun bernama Lexi. Ibu bapa, Lexi dan adiknya umur 3 bulan baru balik dari berenang sebelum kereta mereka jatuh ke dalam gaung.

Sekadar Gambar Hiasan.
Dalam keperitan dan keparahan fizikal badan, Lexi keluar dari kereta, panjat gaung tu dan melambai-lambai di tepi jalanraya dan menarik perhatian seorang pemandu yang terkejut apabila mengetahui ada kereta remuk dalam gaung… Alhamdulillah mereka semua selamat atas asbab keberanian budak 5 tahun tu. Baca kisahnya di bawah…




Wanita Sangkakan Dia Sedang Solat Dengan Kawan. Rupa2nya Dia Sedang Solat Dengan.. !!!

1
COM


Wanita Sangkakan Dia Sedang Solat Dengan Kawan. Rupa2nya Dia Sedang Solat Dengan.. !!!| Nama Aku Nani. Haritu ada viral pasal video yang solat dengan hantu tu kan? Jin islam nama dia. Yaa kes aku lebih kurang macam tu, cuma dia tak berimamkan aku, dia sebelah aku. Kalau ada kesilapan teknikal maaf naa, aku bagitau apa yg aku nampak ja. 7hb Feb, kami 7 orang (Aku, CM, Kak Pino, Nuoi, Leha, Naima, Mumu) pegi rumah anak usrah aku yang baru kehilangan bonda tercinta *Al-Fatihah*. Kami nak pegi bagi semangat dan nak melawat sekali. Mungkin sebab kami seronok sangat kot, aku pun tak berapa sedap hati waktu p sana, mungkin sebab kami gerak lewat.
Cuba husnudzhon disini. Okay skip, kami plan nak solat kat surau kg tu, tapi kami nak berwudhuk sesiap kat rumah kakak anak usrah aku ni memandangkan wudhuk perempuan kat surau tu agak terbukak. So 8 orang kami termasuk anak usrah aku ni berjemaah tunggu turn wudhuk. First CM, then aku, lepastu entah sebab ramai sangat tak nyempat nak cek sorang sorang. Oleh kerana dah malas nak p surau, kami solat teruslah kat rumah kakak anak usrah aku ni.
CM solat dalam bilik, anak usrah aku ni bentang 3 sejadah dekat ruang tamu. Aku solat kat sejadah pertama, sejadah kedua kosong, sejadah ketiga Naima solat. Yes aku dengan Naima solat sekali, then anak usrah aku ni masuk sejadah kedua, sebelah aku lah. Dan aku tau Naima dah habis solat dah, Leha pulak masuk. Depa masuk bukan cepat tapi lambat, yelar nak ambik wudhuk lah nak menyembang lah bukan senang kan. Anak usrah aku ni pun dah habis, aku perasan ada orang masuk dan aku expect tu Kak Pino sebab dia rendah pada aku. Aku habis bagi salam, *yee aku solat lambat*, aku terus dongak tengok Kak Pino & yes MEMANG MUKA KAK PINO WITHOUT SPEC 😂.
Tapi aku perasan, muka Kak Pino nampak lain. Nampak macam takda nur, macam tak bercahaya gitu. Bawah mata nampak lebam, tepi bibir pun lebam. Kak Pino baca pun tak dengar suara padahal selalu aku solat dengan Kak Pino, akan dengar suara dia sikit sikit. Kak Pino tak gelap, dia sawo matang, tapi ni memang nampak sangat muka takda cahaya. Aku pun husnudzhon lagi, mungkin sebab dah basuh muka, takdak bedak so nampak kusam kot.
Kahkahkahkah!! Nuoi tengah tunggu aku keluar dari sejadah so aku bangun & pusing belakang, Nuoi masuk sejadah 1. Aku pun pergi ambik tudung & barang mekap terus duduk membelakangkan depa, so aku tatau dah sapa yg pergi solat lepastu. For sure aku tak nampak Kak Pino yang real langsung. Dah habis bermekap dgn CM, aku pun bangun g dapur & waktu tu mungkin Kak Pino kat depan dah, aku perasan dia ada atas kerusi.
And me bla bla bla bla meronggeng pakai tudung & nampak Kak Pino betulkan tudung dia, so aku ingat dia dah habis mekap 😂 For sure kat sejadah aku time tu Nuoi, sejadah 2 Mumu. Bila aku kira balik 8 orang kami, memang ngam semua kami solat, termasuk “Kak Pino Pelesu”. Lepastu semua siap & kami p lepak belakang, dan bla bla bla pukul 8 keluar dari rumah sahabat aku ni. Waktu anak usrah aku hantar kami sampai simpang pun entah lah aku rasa tak sedap hati lagi, rasa sunyi jalan tu walaupun ada 2 3 kenderaan lalu. Aku plan nak bawa depa ronda pekan AS, tapi hati ni rasa nak balik terus, rasa macam jauh perjalanan. Tapi sebab anak anak lain datang dari jauh, aku bawa juga pergi 1 masjid tersohor kat AS ni.
Time ni kami keluar dari rumah anak usrah aku, aku nampak macam 1 sosok panjat tepi kereta, warna kulit macam kita tapi nampak macam ala ala Smeagol dalam watak Lord Of The Rings tu tapi MUNGKIN LAMPU KOT. Husnudzhon lagi! Sampai masjid tu, memang rasa suram dan seram walaupun masjid tu famous sangat. Park pulak depan kubur, lagi suram ku rasakan cia cia cia !! Kami terus ke tempat wudhuk & waktu tu Kak Pino memang tak wudhuk pun, just tunggu toilet. Aku pun macam geram sikit sebab dah lewat tapi Kak Pino still makan angin. So aku pun tegur dengan hemahnya!
“Kak Pino tak amek wudhuk lagi?”
“Eh akak tak boleh solat lah”
“Ouh akak baru mai eyh?”
“Dah 2 3 hari dah aih akak tak boleh solat”
Me was like *Halilintar membelah kepala serta jasadku ini!!* Dan waktu tu berjuta juta soalan aku hembus Kak Pino kahkahkah! Aku siap cakap “ADIK NAMPAK AKAK SEMAYANG SEBELAH ADIK KOT!!!”, Kak Pino memang blur terus, aku lagi lah blur sampai sakit kepala waktu tu. Then naik atas kepala memang berdenyut denyut sangat, memang tak focus solat, CM jadi mangsa dihentam dengan kenyataan aku huhuhu.
Habes solat tinggal kami ja, lampu semua pakcik jemaah tu tutup kecuali 2 lampu besar kat tiang atas, memang gelap dah area kami bertemankan 1 kipas. Aku pun mekap sikit, yang lain tengah rileks sambil menyembang apa entah, tiba tiba time ni CM mai kat aku & kata “Weyh pah, aku nampak perempuan pakai telekung lalu slow ja nak p semayang, aku ingat geng kita sebab seTaw aku kita 2 last, aku kalih tengok takdak sapa!” Aku pun terus keloii anak anak semua sebab depa dah siap tapi dok nganga nyembang dalam gelap lagi.
Haihhh depa ni. Naima dah mcm peluru turun bawah, aku pun pelik tengok dia laju semacam ja. Tengah on the way go to carpark, aku tanya Mumu. “Mumu, benda ni memang ada juga kat masjid?”, dia senyum & dia kata “Benda ni tak kira tempat ibu, ada ja dia”. Tapi time balik alhamdulillah elok ja, takdak apa kot. Nak kata kereta berat memang patut sebab 7 orang, badan pun sodap sodap HAHAHAHAHA!
Cuma nak kata mungkin aku salah tengok, mungkin. Tapi sungguh aku yakin aku nampak Kak Pino kalau dak memang aku takkan macam gila dok soal Kak Pino macam2 !! Tanjat woiii tapi tak seram mana sebab ramai. Apa pun biarlah, dia nak solat ja bukan kacau aku. Aku makhluk Allah, dia pun sama.
Okay again, aku minta maaf kalau salah. Apa aku nampak aku cerita, bukan reka cerita. Bukan sekali ni aku rasa “orang lain” solat dengan aku, banyak kali dah. Selalunya kat masjid. Pernah aku solat kat masjid area SP, dah nak dekat tahiyat akhir, aku nampak kain putih melayang belakang aku p arah kiri, dupdap mak nok oiii, habis solat terus tengok belah kiri, haaaa kuboooo kau!! 😂
Pernah jugak solat masjid area sini, memang dah selalu solat sorang kat masjid tu, so kerap nampak bayang hitam jalan kat belakang, then bila sujud rasa macam ramai ikut sujud huhuhu. Selagi dia tak usik, aku tak kisah. Okay tu saja, terima kasih sudi layan kisah aku hehehehehe. Lepasni kalau solat, make sure kawan kawan yg boleh solat tu supaya takdak manusia pelesu lagi. Kohkohkoh. Akhir kalam, maafkan tuan puteri.


Video Ngeri Tindakan Pantas Francis Kone Menarik Lidah Penjaga Gol Pasukan Lawan Telah Menyelamatkan Nyawa.

0
COM

(ViraL) Allahuakbar..Bayi Menangis Tanpa Henti hingga IbuBapa Bingung, Rupa-Rupanya inilah Punca yg Mengerikan Buat Bayi ini Kesakitan yg Terlampau..Sebarkan !

0
COM
"Bayi kami menangis tanpa henti..puas kami lakukan pelbagai cara, mendukung, mengayun..malah kami merendamnya krn sangka dia panas..tiba-tiba suami sy teringatkan sesuatu, terus dgn pantas membuka stokin..alangkah terkejutnya kami, rupa-rupanya dia menangis krn jarinya luka..kami terduduk melihat kesakitannya..ibu-ibu dan bapa-bapa, anak kita menangis mesti ada sebab, jgn marahnya seperti dia bersalah.."

Allahuakbar..Bayi Menangis Tanpa Henti hingga IbuBapa Bingung, Rupa-Rupanya inilah Punca yg Mengerikan Buat Bayi ini Kesakitan yg Terlampau..Hati-Hati IbuBapa, Ambil Berat Bila Bayi Menangis..Pasti ada sebabnya..Jom Sebarkan !


Bayi yang menangis tanpa henti tidak bisa dianggap enteng.
Menjadi orangtua baru dianggap menyeramkan bagi sebagian orang.
Jika bayi terus menangis, tentu ini bisa membuat orangtua jadi stres.
Selalu ada alasan kenapa bayi menangis tanpa henti.
Biasanya mereka buang air, lapar atau demam.
Setelah mendapat banya pengalaman, orangtua belajar bagaimana cara menenangkan sang bayi.
Mereka biasanya akan tenang saat ada dipelukan sang ayah.
Bisa juga dengan menggendongnya maka tangisnya akan reda.
Namun, hal ini tak terjadi pada bayi pasangan Scoot Walker dan Jessica Walker.
Saat bayinya menangis tanpa henti, mereka melakukan berbagai cara namun tak berhasil, melansir babiesdailynews.
Mereka menggendong, mengayun, bahkan merendam bayinya karena takut ia merasa kepanasan.
Pada akhirnya, pasangan Walker ini melepas kaus kaki yang digunakan sang bayi.
Kebingungan mereka pun terjawab.
Hal tak terduga terjadi pada jari kaki sang anak.
Bukan kemasukan benda tajam atau serangga, melainkan benda yang dianggap sepele.
Sehelai rambut terlilit di satu dari jari sang bayi.
Lilitan rambut tersebut sangat kencang.
Saking kencangnya, rambut ini sampai mengores kulit sang anak hingga menimbulkan luka menganga.

Bayi Jessica mengalami hair tourniquet
Bayi Jessica mengalami hair tourniquet (babiesdailynews.com )

Saat melihat kondisi mengerikan sang anak, Jessica yang berprofesi sebagai suster, langsung bertindak cepat.
Ia langsung mengambil sebuah penjepit dan mengambil sehelai rambut tersebut.
Untung saja kedua orangtua ini menyadari kejadian ini tepat waktu.
Insiden ini biasa disebut hair tourniquet dan sering dialami para bayi.
Sehelai rambut bisa dengan mudah terlilit di jari saat bayi bergerak dengan aktif.
Semakin erat rambut melilit, maka akan memotong sirkulasi darah.

hair tourniquet
hair tourniquet (viral4real )

Kejadian ini bisa terjadi saat bayi sedang tidur atau bermain di tempat tidur.
Rambut-rambut yang tak terlihat bisa dengan mudah melilit jari mereka.
Orangtua yang tak teliti bisa langsung memakaikan kaus kaki pada sang anak.
Tanpa menyadari jari sang anak sudah terikat rambut.
Scoot dan Jessica membagikan kisah mereka agar orangtua lebih peka.
Tak hanya karena lapar atau mengantuk, hal ini juga bisa jadi penyebab bayi mereka menangis tanpa henti.
Mereka juga meminta para orangtua untuk selalu mengecek jari anak-anak mereka.
Pastikan memeriksa kaus kaki saat bayi menangis.
Hair tourniquet membuat bayi merasa sangat kesakitan.
Jika tidak segera disadari, maka bisa mengancam nyawa sang buah hati.

Ini Luahan Hati Yang Dah Lama Dipendam Sari Yanti Setelah Sah Bernikah Dengan Jep

0
COM



Kini pelakon jelita Sari yanti sah bergelar isteri kepada pelawak popular, Jep Sepahtu.
Mereka berkahwin pada Sabtu lalu. Memang gempar satu Malaysia.
Secara diam diam tanpa, banyak info yang keluar di media, akhirnya pasangan ini disatukan dalam satu majlis tertutup yang amat meriah.
 Ini pula luahan hati dari si isteri, Sari yanti setelah sah bergelar isteri kepada Jep Sepahtu.
Jom baca nukilan Sari Yanti ini:
Bismillahirrahmanirrahim.

Hidup ku. Mati ku. Cinta ku.

LILLAHITA’ALA.
SUBHANALLAH.
WALHAMDULILLAH.
WALAILLAHAILLALLAH.
ALLAHUAKBAR.

Yang aku mahu Lihat Dia.
Aku mahu diLihat Dia.

Yang mahu aku Dengar Dia.
Aku Mahu Didengar Dia.

Yang mahu Aku Tahu Dia.
Dan Aku Mahu Dia Tahu..
Dalam banyak banyak Hati ,
Dia punya Hati yang paling Cantik.

Dalam banyak banyak Rasa ,
Pada Dia ada Rasa yang Termahal.

Datang lah yang Hebat Hebat ,
Dialah yang Paling Dasyat.

Tiada Tanding Tiada Banding.
Yang paling Teristimewa.
Suami.,Si Pemilik Hati

– Sang Cinta

ASSALAMUALAIKUM
…………………………………..
Popular comedian, Jep Sepahtu, 31 years old, married beautiful actress Sari Yanti , 32 on Saturday.
Details haven’t been released, but the couple shared images from their ‘nikah’ ceremony on social media and could not contain their delight.
Congratulation to Jep Sepahtu on your success in stealing Sari Yanti’s heart.
The wedding ceremony held at Dewan Mercu Mustapha Kamal Saturday morning
The ceremony was held privately and attended by family members and close friends.
This is the second marriage for Sari. She was married to Mohd Eddy and divorced 3 years ago.
Congratulations to Jep and Sari Yanti, hopefully their marriage will last until the end of life and overflowing with happiness.
Sumber: citeheboh1.png
Sumber: citerheboh

"Saya Dah Tak Larat, Balik Sekolah 2 Petang Dah Keluar Berjalan Berniaga Bubur Kacang"

0
COM
"Saya Dah Tak Larat, Balik Sekolah 2 Petang Dah Keluar Berjalan Berniaga Bubur Kacang"


Setiap insan sudah pasti berlainan nasib yang ditentukan kepadanya, ada yang kaya, ada yang miskin, ada yang bahagia dan ada yang melalui pelbagai dugaan besar dalam hidupnya.
Ada juga antara kita diluar sana kecil-kecil sudah perlu berdikari sendiri demi mencari sesuap nasi dan mencari nafkah untuk keluarga.
Diceritakan oleh seorang pengguna facebook bernama Zarina Abdullah dimana beliau telah berjumpa dengan seorang kanak-kanak lelaki sedang duduk memeluk lutunya bersama 1 beg kain ditepi jalan.
Jom kita baca kisah yang ditulisnya.
Jalan cerita hidup kita tidak sama... Siapa yang inginkan kehidupan yang susah lebih-lebih lagi hidup di alaf ke-21 ini... Cerita hidup susah, semua cerita zaman bonda saya, Datin Hjh Rumi Bt Haji Senin, pada 1952 hinggalah dia bergelar seorang guru pada tahun 1974 (if I'm not mistaken)... Dan saya, tidak pernah kenal erti hidup kais pagi makan pagi sejak dilahirkan.. Alhamdulillah
Malam ni seusai Maghrib, tatkala saya dlm perjalanan menghantar anak kedua ke tuisyen di Bukit Rangin, terkejut melihat sekujur tubuh seorang budak lelaki berteleku memeluk lututnya bersama sebuah bakul dan 1 beg kain, duduk di atas jalan - bukan di atas kaki lima...
Saya yang masih terkejut ingin sekali berhenti dan bertanya kenapa (curiosity level very high indeed), tp saya beritahu Eusoffe, biarlah dia selamat sampai ke rumah tok guru dia dahulu dan barulah nnt saya berhenti bertanya khabar..
Anak2 penjual kuih ini mmg tak asing lagi di sekitar kawasan ini, tempat mereka mencari rezeki.. Tahun lepas saya sering membeli kuih2 dijual adik beradik ini tapi waktu itu di ptg hari semasa menghantar anak sulung saya ke rumah tok guru yang sama... Tp persoalan saya skrg, kenapa jam 7.55 malam masih di jalanan?
Baharuddin (14 tahun) menjawab dengan suara yang sedikit serak dan agak lemah "Ada lagi rm70 belum terjual...tapi saya dah tak larat.. Saya pening sebab sejak balik sekolah tadi jam 2 petang dah mula menjual... "
Kuantan mmg panas skrg.. Anak ini pelajar Tingkatan 2 di SMK Pandan.. Berpindah dari SMK Gudang Rasau kerana ibunya khuatir tentang keselamatan diri anak ke-3 ini untuk melintas 4 lane jalan besar Taman Tas - Kuantan.
Tujuan saya share posting ini hanyalah utk 2 tujuan :
1. Terima kasih kepada warga Kuantan yang berhenti membeli dengan adik2 ini.. Ada juga yang menghulurkan duit tanpa membeli apa2 tadi.. Warga Kuantan terutamanya penduduk Bukit Rangin, Permatang Badak dan Sungai Isap tk pernah jemu membantu adik beradik ini.
2. Pakat2 beli sikit seorang bubur kacang hijau, bubur biji Nangka, pengat pisang dan bubur pulut hitam yang mereka jual utk juadah minum petang anda..
Berilah mereka peluang utk pulang awal ke rumah mereka yang jaraknya sekitar 7km dari tapak jualan..rumah mereka di Batu 6 belakang Ferro Futsal.. Tak tergamak utk 'say no' pada Baharuddin bila dia merayu utk dihantar pulang kerana kurang sihat...
Sebelum dia naik kereta tadi, sempat dia beritahu pada adik dia [darjah 6 SK Fakeh]...
"Kalau tak habis jualan tu..sedekah pada masjid ye.... "
Allahu... Allahu.. Allahu.

Kubur Gadis Yg Baru Ditanam BERBUNYI. Apa Dijumpai Slps Gali Semula Buat Ramai PENGSAN !!!

1
COM

 

Kubur Gadis Yg Baru Ditanam BERBUNYI. Apa Dijumpai Slps Gali Semula Buat Ramai PENGSAN !!! | Penduduk disebuah kampung di La Entrada, Barat negara Honduras terkejut apabila mendengar suara daripada kawasan perkuburan di kampung mereka.

Sekadar Gambar Hiasan.
Suaminya Rudy Gonzales terdengar jeritan dan rayuan dari kubur ketika menziarah pusara berkenaan membuatkan penduduk kampung bertekad untuk menggali kembali kubur tersebut.
Apabila digali kembali kubur Neysi Perez, 16, berkenaan yang dikebumikan dalam keranda dan simen konkrit sebelum ini, ahli keluarga mangsa mendapati Neysi tidak lagi bernyawa manakala kaca pada kerandanya telah pecah.



Lihat Video:-


TERKEJUT Bakal Suami Tak Solat. Ini Tindakan BERANI Isteri Yg Buat Suami Terus Rajin Solat !!!

0
COM
TERKEJUT Bakal Suami Tak Solat. Ini Tindakan BERANI Isteri Yg Buat Suami Terus Rajin Solat !!! | Saya nak kongsi yang ramai isteri post tentang suami diorang tak solat/malas solat. Tak kurang juga suami saya. Saya kenal dengan suami masa tu kami masih muda.. saya masih di university, manakala suami pula terus kerja lepas SPM. Kenal melalui satu event. Suami nampak matang dari umurnya. Dan untuk umurnya masa tu, memang dia sangat matured berbanding rakan-rakan lelaki sebaya saya.
First time keluar dengan suami, kami pergi pavilion. Masa tu.. kebetulan saya uzur. Dah pukul 3 lebih, saya tanya suami, awak tak gi zohor ke? Dia tersenyum tersipu sipu malu. Rupanya dia tak solat. Or hanya solat kadang2. Saya terkejut tapi saya tak cepat menghakimi dia. Siapa lah saya nak menghakimi dia kan, saya pun manusia biasa.
Sejak dari tu saya tak putus hantar sms, (time tu takda whatsapp lagi) call dia bila hari jumaat. Bayangkan lah, solat jumaat pun kadang2 saya yang gerak dia bangun. Berkali kali call, baru bangun. Lepas kenal keluarga dia, baru saya tahu, yang bukanlah salah dia sepenuhnya dia tak pentingkan bab agama. Keluarga dia memang tak menitik berat kan hal agama. Berbeza sangat dengan keluarga saya, umur 7 tahun tak solat dah kena marah, umur 10 tahun tak solat dah kena sebat. Tak kira lah lelaki ke perempuan.
Pernah dia bawa saya ke kenduri kahwin belah keluarga dia, 90% tak solat. Waktu zohor berlalu gitu je.. mak abah dia dah tua, duduk pun atas wheelchair. Jadi nak solat di luar, memang agak kekok, saya faham. Dan mak dia bila balik rumah, mak dia qada balik solat tu. Tapi adik beradik lain, anak anak buah, baik lelaki mahupun perempuan, semuanya buat tak tahu je. Sedih saya masa tu. Paling benci orang abaikan solat. Saya tegur suami, dia cakap, family saya memang suka enjoy akhir2 nak habis kenduri tu ada karaoke. Saya cakap la, tak salah nak enjoy, tapi takkan sampai abaikan solat dia diam..
Alhamdulillah 4 tahun kemudian, kami bertunang dan kahwin.. solat suami nampak semakin ok berbanding masa single dulu. Rumah kami dekat dengan masjid, bila datang hari rajin dia, sebelum subuh dia dah bangun bersiap untuk jemaah di masjid. Hati isteri mana tak sejuk tengok suami macam tu.  Adakalanya masa otw balik kerja, dalam kereta dia cakap, hari ni nak jemaah maghrib kat masjid lah sejuk hati..
Tapi, ada masa dia sangat2 malas nak solat, terutamanya solat isya. Kadang saya rasa seolah dia sengaja tido sebelum solat. And dia cakap nak bangun pukul 3/4 pagi tapi saya tahu dia takkan bangun. Ada masa sampai saya menangis merayu supaya dia bangun solat. Sedihlah hati tengok suami lalai macam tu. Kadang sampai bergaduh, sampai dia maki and tinggi suara. Paling sedih bila dia cakap kubur kita lain lain, yang awak nak sebuk kenapa hrmmmm.. kadang saya rasa, faktor kawan sangat2 mempengaruhi. Dia dapat kawan yang tak solat, dapat kawan yang sindir bila dia nak pergi solat, jadi dia yang sememangnya iman turun naik, senang terpengaruh.
Jadi saya selalu ajak dia solat isya jemaah, saya hanya bentangkan sejadah, dan takkan solat selagi dia tak datang. Alhamdulillah cara tu berkesan. Sejak saya mengandung, saya dah berazam tak nak menangis pasal ni dah. Jadi saya hanya gerak sekali dua, kalau nak bangun, bangun lah. Kalau tak nak terpulang. Saya tak nak baby saya terkesan bila saya emosi.
Yang pelik, dia bangun pulak bila gerak sekali dua tu. Sebelum ni bukan main payah. Disamping tu saya selalu ingatkan dia yang dia ni ketua keluarga. Kalau bukan dia yang akan bimbing saya dan anak, siapa lagi? Saya juga selalu ingatkan, penat2 kerja tapi tak dapat apa kalau tak solat. Keberkatan semua takda. Dia diam je..
Saya harap, isteri2 diluar sana, janganlah berputus asa ye. Ada sebabnya Allah utuskan kita untuk jadi pasangan buat suami. Kita kena kuat dan sentiasa mendorong suami untuk solat, untuk mengaji, untuk dekatkan diri dengan Allah selalu.. janganlah perli or kondem or paksa dia. Ingat! ALLAH yang bagi petunjuk dan hidayah untuk dia.. kita ni sebagai pendorong je. Kena banyakkan bersabar dan berdoa supaya Allah buka hati dia. 
Baru baru ni, suami tanya dekat saya, kat mana ada kelas mengaji, dia nak pergi belajar. Saya hanya tersenyum.. Sungguh Allah tu dengar apa yang kita doakan.. inshaAllah. Wallahualam. Kredit:- KRT

Koleksi Video Skill & Gol Dari TMJ Setaraf Cristiano Ronaldo

0
COM