Kantoi! Punca Sebenar Lisa Surihani & Yusry Tidak Mahu Upload Gambar Anak



Setiap selebriti mempunyai cara yang tersendiri untuk mengawal anak-anak untuk memastikan mereka sentiasa selamat dan tidak diganggu oleh orang lain.  Begitu juga dengan Lisa dan Yusry yang mengambil keputusan untuk tidak berkongsi gambar anak mereka kerana takut disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini Yusry dan Lisa pernah  berkongsi sekeping gambar di laman sosial dan terbukti ada pihak yang mengambil peluang untuk menggunakan gambar tersebut bagi tujuan promosi mahupun servis.  Paling mengejutkan, banyak akaun palsu telah dicipta termasuk mereka  yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama Yahaira bagi tujuan brandingsesetengah produk.

Perkara ini cukup merisaukan setiap pasangan yang mempunyai cahaya mata dan adalah amat merbahaya jika perkara seperti ini terus berleluasa di media sosial. Diharapkan semua pihak lebih bertanggungjawab di dalam penggunaan media sosial agar tidak menjejaskan keselamatan pihak yang menjadi mangsa.

No comments:

Post a Comment