Akhirnya, RAMLY MS buat pengakuan MENGEJUTKAN mengenai Zul Handy Black. Pengakuan yang terlalu JUJUR daripada Ramly MS . Sabarlah Zul Handy Black. Kami masih menyokongmu.


ramli msMemikul tugas sebagai juri sesebuah pertandingan bukan sesuatu yang mudah dan perkara tersebut diakui salah seorang juri tetap Gegar Vaganza 2 (GV2), Datuk Ramli MS. Ramli berkata, bukan mudah untuk menilai para peserta GV2 kerana kesemua mereka merupakan artis profesional.
“Untuk GV2, terus-terang saya katakan sukar untuk mencari kesalahan setiap peserta. Kami di kerusi juri perlu menilai peserta pada segenap aspek, bukanlah pada nyanyian semata-mata.
“Cuma saya ingin tegaskan peserta GV2 adalah penyanyi senior, jadi nyanyian mereka tidak boleh sumbang. Mereka bukan pendatang baru macam pelajar Akademi Fantasia (AF).
“Menyanyi salah lirik, kita boleh pejam sebelah mata, tetapi tidak ada maaf jika menyanyi sumbang. Biar menyanyi tak sedap tetapi ‘in tune’.
“Tetapi ingat pada peringkat seterusnya para peserta perlu lebih serius ketika membuat persembahan kerana ketika itu kami mencari ‘the best among the best,” katanya kepada Astro Gempak.
Mengulas mengenai penyingkiran Ezlynn dan Zul Handy Black pada minggu ini, Ramli memberitahupersembahan mereka tiada peningkatan.
“Mereka ketinggalan, peserta lain sudah jauh ke hadapan. Peluang sudah diberikan namun tahap nyanyian mereka sama,”ujarnya.
Tambahnya lagi, pada minggu ini tiga peserta telah menunjukkan peningkatan dan membuat persembahan yang sangat baik.
“Tiga peserta ini menjiwai lagu dengan baik. Walaupun menyanyikan lagu yang bukan dari genre mereka, mereka ‘deliver’.
“Haiza, Azian Mazwan Safuan dan Siti Nordiana adalah peserta ‘underdog’ tetapi lihatlah kualiti yang mereka ada pada hari ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment