Inilah 4 Pemain Bintang Yang Digugurkan Oleh Pasukan Terengganu Untuk Musim 2016

DSC_6165
Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) hari ini ‘melepaskan’ dua orang pemain yang masih mempunyai kontrak bersama Terengganu sehingga musim depan.
Dua orang pemain pertahanan berpengalaman, Helmi Remeli dan Muhaimin Omar diberitahu bahawa mereka bebas untuk mencuba nasib bersama dengan pasukan-pasukan lain untuk musim 2016 nanti.
Selain dari dua orang pemain ini, beberapa orang pemain yang kontrak mereka akan tamat hujung tahun ini juga telah dimaklumkan bahawa PBSNT tidak akan menawarkan kontrak baru kepada mereka.
Pemain-pemain tersebut ialah penjaga gol, Hafidz Romly dan pemain pertahanan, Azlan Zainal.

No comments:

Post a Comment