Inilah Komen Kurang Ajar M Nasir & Ac Mizal Buat Bienda Naik Angin (Video)


Sejujurnya pada malam Gegar Vaganza menampilkan penyanyi dangdut Sheeda menyanyikan lagu Tiada Lagi bersama Aweera, kami menonton Anugerah Skrin. Namun begitu, Gegar Vaganza 2 yang baru berlangsung juga tidak lari berdepan kontroversi kerana komen-komen juri iaitu Datuk M. Nasir dan Datuk AC Mizal terhadap Sheeda pada malam itu yang dianggap oleh Bienda, anak Sheeda, sebagai mengaibkan ibunya.

Justeru, Bienda menuntut agar kedua-dua juri itu memohon maaf dari ibunya kerana baginya, komen mereka keterlaluan.
Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.
Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian.
Gambar Sheeda: The Rakyat Post
Bienda telah diminta oleh mStar Online untuk mengulas mengenai komen kedua-dua juri itu. Komen M. Nasir ialah  “putera mencari princess tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak princess”, seolah-olah memperlekehkan Sheeda yang memakai busana seperti seorang puteri raja semasa membuat persembahan dengan Aweera. Sebagai anak Sheeda, Bienda  terasa dan sedih apabila usaha ibunya untuk memasuki pertandingan tersebut tidak dihargai.
Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.
Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta.
Bienda juga menggunakan kesempatan itu untuk meminta pengikut laman sosial berhenti menghina ibunya di media sosial seperti Instagram. Katanya, perkara tersebut akan membuatkan ibunya bertambah sedih dan rasa hilang keyakinan diri.
Saya tidak faham orang yang sering menghentam ibu saya di laman sosial, mereka fikir mereka sudah terlalu baik untuk berkata demikian.
Saya tahu ibu saya bukan sedih tapi bukan kerana dia disingkirkan tetapi disebabkan komen dan ejekan yang keterlaluan pengguna laman sosial.
Sebelum ini Nabil selaku pengacara dikatakan memberi ulasan keterlaluan untuk program Gegar Vaganza, kali ini para juri pula memberi komen yang menyebabkan ada pihak terasa. Yang maintain cooldan humble Datuk Ramli MS juga. Mungkin juri-juri lain patut belajar sesuatu dari beliau.

No comments:

Post a Comment