TMJ Dedah Cerita Sebenar Isu Tan Cheng Hoe Dilantik Penolong Jurulatih Skuad Kebangsaan



KITA PERLU BERSATU DALAM SATU ARUS DEMI MEMULIHKAN IMEJ, KUALITI BOLA SEPAK TANAH AIR DAN BUKANNYA MENETAPKAN SERTA MELAYAN MENTALITI YANG FOKUS KEPADA ISU REMEH TEMEH
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasukan-pasukan yang berjaya memenangi perlawanan suku akhir pertama Piala FA tempohari. Kepada pasukan yang tewas, cuba lagi. Berkenaan dengan kenyataan dari pihak FMLLP sebelum ini, saya telah mengarahkan pengarah FMLLP, Kevin Ramalingam untuk berjumpa dengan saya esok. Ia berkenaan dengan isu Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) yang tidak membenarkan penyokong Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) memasuki Stadium Darul Makmur pada perlawanan yang lepas. Bagi saya ia adalah isu yang kecil dan tidak perlu diambil apa-apa tindakan. Pihak PBNP dan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) perlu duduk semeja bersama-sama berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut antara mereka supaya ia tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang. Tetapi, nasihat saya kepada ahli-ahli gabungan dan pasukan bertanding sila ikuti 'Standard Operational Procedure' (SOP) yang telah ditetapkan oleh Persatun Bolasepak Malaysia (FAM) atau FMLLP untuk tidak melanggar undang-undang atau syarat hingga terpaksa didenda. Jangan pula nanti bila dikenakan tindakan atau denda kepada pasukan dan kelab, penyokong akan menyalahkan FAM atau FMLLP. Jadi untuk isu tersebut, pada saya ia tidak perlu disiasat dan diambil tindakan. Cukup sahaja jika pihak PBNP, PBNJ dan FAM duduk semeja untuk selesaikan isu tersebut, dan pastikan isu tidak diingini seperti ini tidak terjadi lagi.
Berkenaan isu yang ditimbulkan oleh laman sosial tidak rasmi yang gemar melaga-lagakan penyokong pula seperti berita mengenai jurulatih pasukan Kedah, Tan Cheng Hoe. Untuk makluman semua, selepas saya melantik Mario Gomez sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan, saya telah berikan kebebasan kepada beliau untuk memilih sesiapa sahaja yang beliau mahu bekerja bersama tetapi dengan syarat iaitu penolong jurulatih beliau mestilah jurulatih tempatan. Dan Mario sendiri menyatakan bahawa beliau berminat dengan Tan Cheng Hoe oleh kerana dalam ramai-ramai jurulatih tempatan, Tan Cheng Hoe adalah yang terbaik baginya. Tetapi ia terpulang kepada Tan Cheng Hoe untuk menerimanya atau tidak. Selain Tan Cheng Hoe, Mario juga memilih Raul Longhi, sekarang ini adalah penolong jurulatih JDT, jurulatih penjaga gol, Azmin Azram Abdul Aziz, jurulatih kecergasan dari luar negara (Itali atau Argentina) dan koordinator pasukan kebangsaan daripada AFC. Jadi, ini bukanlah satu perancangan untuk menjatuhkan mana-mana pihak seperti mana yang telah diwar-warkan oleh laman tidak rasmi yang sehingga hari ini belum pernah berdepan dengan saya. Saya berharap penyokong pandai menilai sendiri siapa dan pihak yang mana yang selalu mewar-warkan isu kecil daripada pihak yang memainkan peranan dan memberi sumbangan serta berkongsi pendapat, berdepan untuk bersama membantu merubah landskap bola sepak tempatan. Bukan hanya tahu melaga-lagakan penyokong sahaja.
Saya akan pergi ke semua negeri untuk mesyuarat exco FAM dan sesi bersama penyokong. Kepada anda yang tidak berpuas hati boleh bertanya terus dan berkongsi pendapat dengan saya. Saya bukan individu yang suka bersembunyi dan tidak tahu apa-apa. Saya suka bersemuka dengan individu-individu seperti ini dengan cara 'gentleman' dan bersikap telus bagi menyelesaikan terus masalah atau persoalan dari anda semua demi meningkatkan mutu bola sepak dalam negara dan pasukan kebangsaan. Jika ada individu atau pihak yang suka memperbesarkan isu yang remeh temeh, melagakan orang daripada mencari jalan penyelesaian, itu terpulang kepada mereka. Mentaliti penyokong sekarang perlu diubah. Kita sepatutnya perlu bersatu dalam satu arus untuk memperbaiki imej bola sepak tanah air. Saya tiada masa untuk melayan mentaliti seperti ini dan saya ada tugas lebih penting untuk dilakukan. Dan tugas tersebut adalah meningkatkan mutu bola sepak negara dan prestasi pasukan kebangsaan demi rakyat dan negara.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
----
WE NEED TO STAY UNITED IN THE SAME DIRECTION TO RESTORE MALAYSIAN FOOTBALL'S IMAGE AND QUALITY. NOT STICKING TO AND WORRYING ABOUT THE MENTALITY OF FOCUSING ON SMALL ISSUES.
I would like to take this opportunity to congratulate teams that won in the first leg of the FA Cup quarter-finals. To those that lost, try again. In regards FMLLP's earlier statement, I have instructed FMLLP's director Kevin Ramalingam to see me tomorrow. It involves the issue of Pahang Football Association (PBNP) not allowing Johor Darul Ta'zim FC (JDT) fans to enter the Darul Makmur Stadium for a match. To me, it's a small matter and doesn't require any action. PBNP and Johor Football Association (PBNJ) need to sit down together to discuss and solve any problems between them to prevent such events from happening again. However, I advise all affiliates and competing teams to follow the Standard Operational Procedure (SOP) set by the Football Association of Malaysia (FAM) or FMLLP to avoid breaking any rules and regulations, and of course being fined. Let's not let the fans blame the FAM or FMLLP when any actions are taken or fines issued to a team or a club. So in this particular case, I personally believe that it doesn't require any investigation or action. It's sufficient as long as PBNP, PBNJ and FAM can sit down together to solve it and make sure it never happens again.
Now, regarding issues brought up by several unofficial social media pages that enjoys provoking fans by playing up unsubstantiated news about Kedah head coach, Tan Cheng Hoe. For your information, after I appointed Mario Gomez as national head coach, I have given him the freedom to pick whoever he wants to work with, with the condition that his assistant coach must be a local. With this, Mario himself said that he's keen on Tan Cheng Hoe as among all the local coaches, Tan Cheng Hoe is the best to him. But it's up to Tan Cheng Hoe if he wants to accept it. Besides Tan Cheng Hoe, Mario has also picked JDT assistant coach Raul Longhi, goalkeeping coach Azmin Azran Abdul Aziz, a fitness coach from overseas (Italy or Argentina) and a national team coordinator from the AFC. With this, there isn't any ploy to bring down any team as claimed by these unofficial sites that have never met me at all. I hope the fans are able to see with their own eyes and realize who or which side enjoys to make a big deal out of things. Conversely, they should be able to make those comparisons to those who are responsible in making contributions as well as sharing opinions, facing up to the task in changing the landscape of the local football together, instead of only knowing how to provoke the fans.
I will go to every state for FAM's exco meetings and sessions with the fans. To those who are unhappy, you can step forward and share your opinions with me. I'm not someone who likes to hide and I'd like to think that I know a thing or two about football. I'd like to face these individuals like gentlemen and to sincerely address the problems or questions from you all to improve the quality of football in the country and the national team. If there are any individuals or sides that want to make a big deal out of small matters, and in doing so, prevent others from finding solutions, it's up to them. The mentality of fans needs to change now. We have to stay united in the same direction to fix the image of Malaysian football. I have no time for such a mentality and I have more important matters to attend do. Those matters includes improving the quality of Malaysian football and the national team for the people and the country.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor

No comments:

Post a Comment