Bekas Mufti Johor NAMPAK Muka Allahyarham Mohamad Thaqif Ada…. Subhanallah !!!

Bekas Mufti Johor NAMPAK Muka Allahyarham Mohamad Thaqif Ada…. Subhanallah !!!| Datuk Nooh Gadut, bekas mufti johor yang melihat wajah Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi sebagai bercahaya, tersenyum, berseri serta luar biasa. Beliau melawat jenazah Thaqif bersama beberapa pegawai Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Hospital Sultan Ismail memuji kebesaran Allah serta fadhilat membaca Al-Quran yang diamalkan oleh pelajar tahfiz tersebut seperti yang dilaporkan oleh Mstar Online.

“Saya lihat wajah Allahyarham memang luar biasa. Betullah seperti yang diperkatakan bahawa Al-Quran adalah cahaya. Cahaya bukan sahaja dalam tetapi terserlah di wajah Allahyarham. “Saya melihat dengan sahabat-sahabat yang lain wajahnya tersenyum, berseri dan macam orang hidup lagi. Itulah kelebihan (orang yang membaca Al-Quran),”

Saya berharap kisah ini ada hikmah, ada rahsia yang akan dijadikan kesedaran semua pihak, pihak sekolah dan lain-lainnya,” Datuk Nooh Gadut juga kagum apabila diberitahu hasrat Allahyarham yang ingin menghafal 30 juzuk Al-Quran. Beliau juga turut terharu melihat ketabahan ibu bapa Mohamad Thaqif yang menerima ujian tersebut sebagai qada dan qadar.
Sumber:KakiShare

No comments:

Post a Comment