Punca Sebenar Mario Gomez Tolak Tawaran Untuk Mengemudi Skuad Harimau Malaya Terjawab


DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Presiden FAM dalam satu siaran yang dikeluarkan oleh Four Four Two menjelaskan ada beberapa isu yang mungkin menjadi halangan.
Baginda mendedahkan bahawa Gomez menuntut jumlah bayaran sama seperti yang diperolehi oleh beliau ketika mengendalikan Johor Darul Ta’zim (JDT).“Dia mahukan bayaran yang lebih tinggi. Ia mungkin permintaan yang mustahil untuk kita tunaikan. Di FAM, kita mecari kaedah untuk menjimatkan perbelanjaan.”
“JDT adalah sebuah kelab. FAM adalah entiti yang berlainan. Kedudukan kewangan mereka adalah berlainan”. Titah Baginda dalam satu majlis bersama penulis-penulis sukan dan bola sepak di Johor.
“Akan ada kemungkinan Mario Gomez tidak akan menjadi ketua jurulatih Malaysia. Terpulang kepada Tan jika Gomez menolak tawaran FAM. Akan sentiasa ada tempat untuk beliau bersama skuad kebangsaan.” titah Baginda lagi.


Sumber : https://semuanyabola.com

No comments:

Post a Comment