Setelah Tewaskan JDT 3-1 Inilah Nasib Yang Bakal Diterima Pasukan Pahang



[SIARAN MEDIA] TIADA TEMPAT BAGI MEREKA YANG TIDAK MENGAMALKAN SEMANGAT KESUKANAN
-----------------
Football Malaysia LLP (FMLLP) telah dimaklumkan di dalam perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Ta’zim di Stadium Darul Makmur pada hari Sabtu, 1 April 2017, didapati pasukan tuan rumah (PTR) tidak mempamerkan semangat kesukanan dengan tidak memainkan lagu rasmi negeri pasukan pelawat (PL) serta tidak membenarkan penyokong pelawat memasuki stadium. Selain itu, fasiliti media yang disediakan tidak mencapai standard minimum pertandingan.

FMLLP akan mendapatkan laporan penuh daripada Komisioner Perlawanan serta pegawai yang terlibat dan akan membuat penyiasatan terhadap perkara ini.

Jika terbukti dakwaan ini benar, FMLLP akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Ini kerana tiada tempat di Liga Malaysia di alaf era baru ini bagi mereka yang tidak mengamalkan semangat kesukanan kepada pasukan dan penyokong pasukan pelawat.

No comments:

Post a Comment