WOW Inilah Gaji Bulanan Ayam Tambatan Skuad Helang Merah Baddrol Bakhtiar



Nama Baddrol Bakhtiar sudah tidak asing lagi dalam arena bolasepak tempatan
Sering meniti di’bibir peminat bolasepak ekoran hasil kejayaan beliau dalam membawa pasukan Malaysia menuju kejuaraan perlawanan bola sepak yang berprestij
Dan yang terbaru foto beliau mula menghiasi muka depan majalah sukan,mahupun hiburan tempatan.Diharapkan semoga Baddrol Bakhtiar terus berjaya dalam karier bolasepak’nya
Baddrol Bakhtiar (lahir pada 1 Februari, 1988 di Sungai Petani, Kedah) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain bersama Kedah di Liga Super Malaysia. Dia selalunya dilihat bermain di bahagian sayap kanan dan pernah bermain untuk sayap kiri
Penglibatan awal
Baddrol mula mewakili Kedah pada kejohanan Piala Presiden. Dia kemudian diserapkan ke skuad Sukan Malaysia Kedah pada 2006. Sepanjang berlangsungnya Sukan Malaysia, Baddrol sering berada dalam kesebelasan utama
Kedah
Baddrol diserapkan ke skuad utama Kedah pada musim 2006/07 dan bersaing untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama Mohd Khyril Muhymeen Zambri di bahagian sayap kiri
Pada musim 2007/08, Baddrol menunjukkan prestasi yang membanggakan dan menjaringkan 14 gol keseluruhan iaitu 8 gol Liga Super, 2 gol Piala Malaysia, Piala FA dan Piala AFC
Bawah 20 Malaysia
Baddrol mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan kelayakan Belia Asia pada tahun 2005
Malaysia berjaya menumpaskan Myanmar 4-2 dan layak bermain diBangalore, India pada tahun 2006
Bagaimanapun, penampilan pertama Baddrol dalam kejohanan Belia Asia bermula dengan langkah kiri apabila dia menjaringkan gol sendiri semasa menentang Vietnam
Baddrol turut bermain di kejohanan Piala Juara Belia. Permainan yang ditunjukkannya semasa menentang Chelsea menarik minat kelab itu untuk membawanya ke Stamford Bridge
Peluang ke Stamford Bridge
Pada 6 April 2008, Pengerusi Gifted Group Jonathan Price mengotakan janjinya untuk memberi pengalaman kepada Baddrol dan rakannya Mohd Bunyamin Omar untuk mengikuti latihan selama dua minggu di Stamford Bridge
Keturunan 
Baddrol dilahirkan di Kedah tetapi ibu bapanya berasal dari kampung di Tanjung Ipoh daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Bapanya berasal dari Kampung Gemetir manakala ibunya Kampung Baru Lanjut Manis, kedua-duanya di Tanjung Ipoh, Terachi. Bapanya berketurunan Melayu-Minangkabau manakala ibunya Melayu-Mandailing

Gaji Bulanan

No comments:

Post a Comment