Tak Sangka! Punca Sebenar Kedah Tolak Tajaan 30 Juta Dari Dato Aliff Syukri Terlajak Laris



Alor Setar: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak tajaan berjumlah RM30 juta untuk skuad Helang Merah daripada syarikat D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd atas sebab tertentu.
Setiausaha Kehormat KFA Datuk Aminuddin Omar berkata, setakat ini pihaknya tidak boleh mendedahkan lebih lanjut berhubung perkara berkenaan.
Menurutnya, berdasarkan perbincangan terakhir pada 27 April lalu, Jawatankuasa Pengurusan KFA mengambil keputusan untuk tidak menerima tajaan syarikat kosmetik berkenaan.
"Kita sudah meneliti terma dan syarat berkenaan untuk tidak menerima dengan konklusif dan muktamad tajaan berkenaan.
"KFA mengucapkan terima kasih kepada D'Herbs atas kesudian untuk memberi tajaan berkenaan, selain berusaha mahu meningkatkan imej Helang Merah," katanya pada sidang media di Stadium Darul Aman, di sini, hari ini.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya berharap akan dapat bekerjasama dengan syarikat berkenaan menerusi medium lain bagi mempertingkatkan imej pasukan negeri.
"Saya berharap kedua-dua pihak berkaitan tidak membuat komen lanjut berhubung isu (penolakan) tajaan," katanya.

(Tonton video dibawah)

No comments:

Post a Comment