TERBONGKAR Identiti Sebenar Gadis Ini, Patutlah Dia Berani Tanya Soalan Macam Tu Pada Dr. Zakir !



Adik ini ialah classmate anak perempuan sahabat saya, Doktor Shaiful Zaman. Dia adalah pelajar perubatan tahun 1 Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Indera Mahkota Kuantan., 

Adik ini cemerlang semasa di Sekolah Menengah dan Foundation. Cuma adik ini berasa kecewa kerana setelah bertungkus lumus berusaha dan berjaya memasuki Fakulti Perubatan UIA, sebuah IPTA yang sangat berprestij, tiba-tiba tiada biasiswa yang disediakan JPA untuknya seperti para-para senior dan juga para pelajar unvirsiti yang lain. 

Kita jangan terus melatah, sebaliknya perlu menyelami perasaan mereka yang bukan datang dari keluarga yang senang. Yuran RM3,600 itu banyak bagi orang kampung. Dan ia tidak termasuk dengan kos sara hidup. Semoga kita semua mengerti, jangan aibkan orang, tak baik. 

Adik, nanti jumpa abang ye. Tak apa dik, esok adik dah lulus jadi doktor, adik tolong ramai orang. Adik jadi doktor pakar, tolong selamatkan nyawa ramai orang yang mengata pada adik hari ini. Biarkan dik, mereka tak faham. - Baharuddin Mohamed

No comments:

Post a Comment