Setelah Seminggu Berdiam Diri Kes Video Viral Rusuhan Tudung Fareeda Akhirnya Fizo Omar Dedahkan Punca Sebenar Kejadian Tersebut


KUALA LUMPUR - "Hanya mahu kongsikan kejayaan perniagaan Fareeda dengan peminat sahaja," demikian kata Fizo Omar dalam sidang media sebentar tadi.


Menurutnya, niat awalnya berkongsi video itu di laman Facebook hanya mahu berkongsikan kejayaan perniagaan Fareeda sahaja. Bukannya mahu menunjuk atau riak seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak di media sosial. 

Fizo juga menafikan dakwaan kononnya 'rusuhan' yang berlaku pada hari tersebut telah dirancang bagi menampakkan penjualan produk Sweetlove mendapat sambutan hangat.

Menjawab mengenai tindakan admin laman Facebook Fareeda Nyata Jelita, Fizo tidak menafikan bahawa komen pengendalinya agak kasar. Namun ia tidak dapat dielakkan berikutan komen yang dilemparkan ada yang agak kasar dan keterlaluan menyebabkan maklumbalas yang diberikan agak 'keras'. 

Dalam pada masa yang sama, Fizo juga terkilan dengan tindakan sesetengah netizen yang mengkritik mereka dengan melampau sehingga membabitkan orang tuanya. 

Jelas individu yang turut hadir bersama pasangan berkenaan di sidang media itu, selepas viralnya video tersebut, premisnya yang dibuka di Johor Bahru, menerima banyak sambutan dari pelanggan baru terutamanya pelanggan dari Singapura. 

Justeru, Fizo berharap penjelasan yang diberikan hari ini dapat menjernihkan keadaan dan berharap orang ramai tidak lagi melemparkan dakwaan dan tohmahan yang bukan-bukan. - PIXEL MEDIA

No comments:

Post a Comment