Setelah Filem Munafik Berjaya Kutip 19 Juta Akhirnya Syamsul Yusof Buat Keputusan Yang Pasti Mengejutkan Rakyat Malaysia


Kuala Lumpur: Filem Munafik mencipta sejarah dalam industri perfileman tempatan apabila mencatat kutipan keseluruhan sebanyak RM19 juta selepas 49 hari tayangan sekali gus menjadi filem tempatan paling laris setakat ini.

Filem arahan Syamsul Yusof itu mengatasi kutipan filem paling laris sebelum ini iaitu Polis Evo sebanyak RM17.4 juta.
Syamsul, 32, berkata, semalam ialah hari terakhir Munafik ditayangkan dan dia sangka kutipannya mampu mencecah RM19 juta.
Selain Malaysia, filem berkenaan turut menjadi filem Melayu paling laris di Singapura dan Brunei.
“Kemunculan semula saya dalam industri perfileman selepas dua tahun menyepi memang menjadi. Tidak sangka karya ini diterima baik penonton di ketiga-tiga negara itu," katanya yang juga pelakon utama filem itu.
Syamsul berkata, kejayaan Munafik memberi petanda baru kepada perkembangan indusrti perfileman negara.
"Saya ingatkan masyarakat sudah tidak percayakan karya saya, sebaliknya mereka menyambut baik. Pada mulanya saya bimbang penonton tidak boleg terima dengan genre seram Islamik yang diketengahkan ini.
“Namun, apa yang dipaparkan memberi satu lagi daya tarikan baru sekali gus memberi petanda positif kepada perkembangan filem di Malaysia.
"Ia juga membuktikan penonton kita masih mahu menonton filem Melayu. Cuma apa yang membezakan adalah kualiti sesebuah filem. Disebabkan itu saya tidak pernah mengambil mudah setiap kali berkarya," katanya.
Bertitik-tolak daripada kejayaan itu, Syamsul sudah merancang menerbitkan sekuel Munafik 2 pada pertengahan tahun depan.
Filem terbitan Skop Production Sdn Bhd ini adalah filem seram kedua Syamsul selepas Khurafat pada 2011.
Selain Syamsul, Munafik turut menampilkan lakonan Nabila Huda, Pekin Ibrahim, Sabrina Ali dan ramai lagi.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2016 @ 9:29 PM



SYAMSUL Yusof. FOTO fail NSTP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/130540#sthash.uLJeGKTk.dpuf

No comments:

Post a Comment