Setelah Dibelasah Palestin Inilah Komen Dari Ong Kim Swee

 
 

KOMEN KETUA JURULATIH SEMENTARA MALAYSIA, DATUK ONG KIM SWEE

"Ternyata kami cukup sukar untuk menangani bola hantaran jauh dan tinggi pasukan lawan. Itu yang menyebabkan kami dibolosi pada 10 minit terakhir babak pertama dan ia berlaku lagi pada baki lima minit terakhir babak kedua.

 "Gol kedua hadir terlalu cepat selepas seminit kami dibolosi gol pertama. Saya rasa kami sudah bertahan dengan cukup baik pada 30 minit pertama dan pada masa sama turut memiliki beberapa peluang.

 "Kurangnya tumpuan menuju penghujung babak pertama terutama gol kedua yang hadir terlalu cepat telah membunuh kami dan apabila ketinggalan 3-0 pada babak pertama, ia meletakkan kami dalam situasi cukup sukar.

 "Sudah tentu saya tak menjangka yang kami akan tewas dengan jaringan besar lagi seperti apa yang berlaku sebelum ini. Ia keputusan yang teruk.

 "Tapi pada masa yang sama, Palestin memang beraksi dengan cukup baik. Kami cuba menyaingi mereka tetapi ternyata kami masih jauh. Kami tewas kepada pasukan yang lebih baik.

 "Apa pun pemain sudah beri segalanya tetapi masih belum mencukupi. Margin gol yang kami bolos cukup teruk dan seperti apa yang anda lihat, banyak perkara yang perlu kami perbaiki.

 "Apa yang penting sekarang, kami perlu pandang ke hadapan untuk perlawanan berikutnya bertemu UAE di Stadium Shah Alam, Selasa ini. Apa saja perubahan yang perlu dibuat, kami akan buat.

 "Saya tahu UAE bukan lawan yang mudah tetapi pemain perlu segera bangkit daripada kekalahan ini."

No comments:

Post a Comment