MASIH INGATKAH ANDA KISAH WANITA INI AKHIRNYA WANITA INI TELAH BERNIKAH
Wina Lia, 40, memberitahu dia kini sudah berkahwin dengan seorang jejaka berusia 38 tahun yang dikenali sebagai M Abdillah.
Lebih menarik lagi, M Abdillah tidak membeli rumah Wina dan mereka berkahwin atas dasar cinta.
Saya kali pertama berjumpa dengan Abdillah ketika mahu menjual rumah saya pada September lalu.
Abdillah adalah ejen hartanah yang membantu saya menjual rumah dan kali ini tiada syarat pembeli dapat berkahwin dengan saya, katanya.
Ujarnya, sejak pertemuan itu Abdillah yang berstatus duda sering mengajaknya keluar.
Pertemuan yang pada mulanya atas dasar perniagaan kemudiannya menjadi bibit-bibit cinta.
Saya menyukai Abdillah kerana dia baik, penyabar dan penyanyang.
Pada 20 Oktober lalu Abdillah meminang saya dan kami bernikah pada hari itu juga, katanya.
Wina memberitahu, perkahwinannya berlangsung sederhana di rumahnya di Sleman dan hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat. – Agensi
Sumber: mynewsvibes
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment