Rintihan Siti Nordiana & Razlan Kristal Kenangan SILAM Penuh Memori Berkasih amat memilukan!
Lebih menyentuh perasaan apabila ada di antara peminat berkongsi kenang-kenangan mereka bersama Nana dan Allahyarham Achik di laman sosial.
Persembahan Siti Nordiana bersama pasangan duetnya vokalis kumpulan Kristal, Razlan menerusi lagu Memori Berkasih di konsert keempat Gegar Vaganza 2 (GV2) menjadi viral dan sebutan netizen di laman sosial.
Persembahan Siti Nordiana atau lebih mesra dengan panggilan Nana itu sememangnya dinantikan oleh para peminatnya sejak konsert ketiga program GV2 lagi.
Kemunculan Nana bersama Razlan di konsert minggu keempat bertemakan ‘Berdua Lebih Baik’ itu menjadikan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) riuh buat seketika.
Selain menyanyi bersama, ada di antara penonton mengalirkan air mata mungkin kerana terimbau kembali nostalgia ketika Nana menyanyikan lagu Memori Berkasih bersama vokalis kumpulan Spin, Allahyarham Abdillah Murad Md. Shari atau Achik.
Gandingan Nana dan Razlan pada malam Ahad lepas turut mendapat perhatian netizen dan ramai juga yang menonton persembahan mereka berulang kali.
Lebih menyentuh perasaan apabila ada di antara peminat berkongsi gambar kenang-kenangan mereka bersama Nana dan Allahyarham Achik di laman sosial.
Sementara itu di Instagram Nana, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah dan memuji kehebatan persembahannya bersama Lan yang menggamit memori itu.
Siti Nordiana ketika ditemui Astro Gempak memberitahu, dia menahan rasa sebak sepanjang menyanyikan lagu tersebut bersama Razlan di pentas GV2.
“Memang tak sama ‘feel’ menyanyi dengan Razlan dan arwah...Tapi perasaan sedih tu tiba-tiba datang di atas pentas tadi.
“Mujur saya dapat mengawal emosi dengan baik, kalau tidak pasti saya akan rosakkan persembahan hari ini,” katanya.
Achik meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) pada April 2010.
Selain Memori berkasih, Nana dan Achik juga popular menerusi lagu Gurauan Berkasih dan Paling Comel.
Untuk anda semua, Astro Gempak kongsikan video persembahan Memori Berkasih yang telah disampaikan dengan cukup baik sekali oleh Nana dan Lan pada Ahad lepas:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment