AKHIRNYA Terjawab juga misteri penyanyi Azian Mazwan tinggalkan Dunia Hiburan Malaysia selama 20 tahun sebelum muncul semula di Konsert Gegar Vaganza 2




Segelintir pihak yang menganggap timbul kesukaran menjaga anak ramai lebih-lebih lagi di Kuala Lumpur ternyata tidak benar kerana ada kaedah menguruskan sebuah keluarga besar.

Penyanyi era 80-an, Azian Mazwan Sapuwan, 38, yang mempunyai tujuh orang anak berkata, suami-isteri perlu peka dalam mengatur perbelanjaan harian dan hendaklah berjimat cermat.

"Ketika di usia muda, saya pernah berasa risau untuk mendapat anak keempat ketika itu. Risau kerana takut duit tidak cukup. Tetapi ternyata saya salah. Anak-anak adalah penambah rezeki keluarga sebenarnya.

"Susah macam mana sekalipun, duit kita takkan putus. Tetapi saya dan suami mengambil pendekatan untuk menabung agar duit tersebut dapat digunakan ketika terdesak.

"Sayangnya kami menabung apabila dah ada anak sedangkang kita patut menyimpan wang sejak awal lagi," katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis - mStar Online.


Bekas finalis Bintang RTM 1986 itu berkahwin dengan Mohammad Ahrar Zulkarnain, 42, pada 1995 dan dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Mohammad Ashraf, 20, Nur Athirah Hanim, 19, Mohammad Azrail, 18, Mohammad Aqil, 16, Mohammad Amil, 14, Mohammad Adib, 11, dan Anastasia Ayra, 9.

Sementara itu, kata Azian, sebagai seorang ibu dia juga perlu berkorban masa dan keinginan untuk memberi fokus menjaga anak-anaknya itu.

"Sebelum ini, saya agak susah untuk jaga anak pertama dan kedua sehinggakan terpaksa menghantar mereka ke kampung. Tetapi selepas mempunyai anak ketiga, mereka mula berada bawah jagaan saya.

"Memang bukan senang, tetapi saya dapat mengharunginya dengan baik. Selain bijak menguruskan perbelanjaan keluarga, kita juga pelru bijak menguruskan masa.

"Diakui, memang saya tidak ada masa nak meluangkan masa bersama kawan-kawan. Masa banyak dihabiskan bersama anak-anak.

"Tetapi apabila anak dah besar, barulah saya ada masa sedikit untuk beriadah dengan rakan-rakan, tetapi kasihan pula dekat mereka kerana ada yang masih menjaga anak kecil pula," tuturnya.


Sepanjang kariernya, Azian sempat merakamkan tiga buah album dengan yang terakhir pada 1991 berjudul Impian.

Azian juga pernah bertanding di peringkat akhir Muzik-Muzik pada tahun 1993 menerusi lagu Rumah Kecil Tiang Seribu sebelum mengundurkan diri daripada dunia hiburan.

Menerusi program Gegar Vaganza episod keempat yang akan berlangsung Ahad ini, Azian bakal mempersembahkan lagu Cinta, berduet dengan penyani Jaclyn Victor.

Azian bekerja sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan) di sebuah agensi kerajaan.

No comments:

Post a Comment