Inilah Respon Mengejutkan Alyah Apabila Nabil Sering Usik Beliau Di Pentas Gegar Vaganza
Penyanyi Alyah mengakui tidak pernah terasa apabila pengacara Gegar Vaganza 2 (GV2) mengusik suaminya, Datuk Ramli MS dalam program tersebut.
Menurut Alyah, dia belum berkesempatan menonton program realiti tersebut, tetapi ada mendenganr mengenai Nabil sering mengusiknya dengan Ramli yang merupakan juri GV2.
“Saya belum tengok lagi GV2 kerana hujung minggu saya bekerja, tetapi tahu mengenai usikan Nabil itu menerusi kawan-kawan.
“Saya tahu Nabil seorang yang gila-gila, walaupun ada sesetengah orang berpendapat usikan Nabil itu keterlaluan tetapi saya tak pernah rasa apa-apa pun,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Alyah, suaminya juga tida pernah bercerita tentang perkara tersebut apabila pulang ke rumah.
“Datuk tak pernah pun bercerita tentang Nabil yang selalu menyakatnya, kerana kami tidak pernah mencampuri urusan kerja masing-masing,” ujarnya.
Dalam pada itu, Alyah sempat mengucapkan terima kasih kepada kru produksi GV2 yang membuat kejutan sambutan ulang tahun kelahiran Ramli baru-baru ini.
“Inilah pertama kali suami saya menerima kejutan pada hari ulangtahun kelahirannya. Pada mulanya saya risau juga dia marah atau tidak suka, tetapi rupanya dia sangat gembira.
“Terima kasih kepada ‘team’ GV2 dan saya amat menghargainya,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment