Masih ingat lagi wajah comel Ryyan Nakhaie anak lelaki Siti Nordiana yang dulu, namun inilah 4 foto terbaru Ryyan pada usia 7 tahun yang bikin korang terbeliak mata
Sudah bergelar janda selama 6 tahun, penyanyi Siti Nordiana bagaimanapun masih belum terfikir soal kahwin kerana tidak mahu anaknya Ryyan Nakhaie rasa tersisih.
"Jujurnya jika bercakap soal kahwin saya tidak cukup kuat untuk mengharungi alam rumah tangga buat kali kedua selepas pernah bercerai sebelum ini. Kalau boleh biarlah perkahwinan itu nanti akan kekal sehingga akhir hayat. Kebimbangan saya juga adalah terhadap anak yang mungkin akan rasa tersisih sekiranya kemunculan lelaki lain dalam hidup kami."
Menurut Siti Nordiana yang popular dengan lagu Paling Comel bersama Achik Spin, beliau hanya akan memikirkan hal perkahwinan selepas anaknya membesar sedikit. Lagipun, bukan mudah untuk beliau bertemu dengan lelaki yang boleh menerima status beliau sebagai janda beranak satu.
"Mencari pengganti bukan mudah tambahan pula saya hadir dengan ‘pakej’ (punyai anak) namun saya tidak terlalu tertekan memikirkan perkara berkenaan kerana buat masa ini Ryyan adalah keutamaan saya. Dia hanya mengenali saya sebagai ibu dan bapanya dan biarlah dia besar sedikit dahulu sebelum saya fikir soal kahwin."
Siti Nordiana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Faizal Yusop dan bercerai sekitar tahun 2009. Faizal selepas itu sudah berkahwin sekali lagi sebelum meninggal dunia pada 11 Januari 2011 akibat serangan jantung.
Anak adalah harta yang paling berharga bagi setiap wanita yang bergelar ibu, meskipun kehadiran seorang lelaki itu perlu untuk membelah sunyi didalam hati tetapi kalau mereka tidak boleh menerima anaknya tiada guna juga.
Sumber: Beautifulnara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment