Pengarah Ini Tampil Dedahkan Perkara Sebenar Kenapa Beliau Menumbuk Ika Nabila
Selaku pengarah yang didakwa memukul pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran, Azma Aizal menyatakan apa yang dilakukannya itu adalah bersebab malah percaya Tuhan menyebelahinya di dalam situasi itu.
Ada sebab saya berbuat demikian. Saya pun baru sahaja memberi keterangan kepada pihak polis dan siasatan kini sedang dijalankan. Apabila kes selesai, saya akan menceritakan hal sebenar apa yang berlaku
Bagaimanapun, cerita yang sudah menjadi viral di laman sosial itu sudah ditokok tambah. Saya akan berdepan sahaja isu ini dalam apa-apa situasi pun. Allah sentiasa di sisi
Dalam pada itu, saya juga bersyukur kerana diberi ketenangan dalam menangani masalah ini. Biarlah pihak sana berkicau, jelasnya kepada mStar Online. Azma Aizal Yusoof sebelum ini pernah mengarahkan beberapa siri drama popular seperti Kerana Terpaksa Aku Relakan dan Teman Lelaki Upahan.
Jika bersebab pun, apakah perkara yang membuatkan naluri seorang lelaki tergamak untuk menumbuk muka seorang wanita. Apa pun, pastinya pengikut industri seni tanah air juga mahu mengetahui apakah perkara sebenar yang berlaku di lokasi tersebut. (rtky/s)
SUMBER
mstar online
mstar online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment