Empat Pemain JDT Kembali Wakili Skuad Kebangsaan



Saya sedang cuba memujuk Safiq Rahim, Aidil Zafuan, S. Kunanlan dan Amirulhaadi untuk kembali ke skuad negara tahun hadapan. Kerana saya lihat pasukan kebangsaan tiada konsep. Pemain bagus tetapi tiada arah tuju. 

Saya telah memberi sumbangan untuk dua tahun berturut-turut bagi membantu ranking pasukan kebangsaan tetapi itu tidak cukup kerana kita ada jurulatih seperti OKS. Kita perlu tunggu jurulatih daripada Spain datang mengendalikan pasukan kebangsaan. Falsafah bola sepak skuad kebangsaan pasti akan berubah. Tetapi awak kena ingat apabila kita melakukan perubahan bukan serta merta kita boleh menang. Bola sepak perlukan masa. Argentina contohnya mempunyai pasukan terbaik dalam Piala Dunia 2002 tetapi gagal melepasi suku akhir. Pasukan tersebut pula adalah pasukan yang paling mantap dalam sejarah bola sepak Argentina.

- TMJ -

No comments:

Post a Comment