Mengapa Calonkan Zainal Yang Tiada Sebarang Pencapaian Untuk Tahun Ini? - TMJ



KEIKHLASAN TMJ. Wartawan: Tahniah Tunku, kerana JDT telah mendominasi anugerah bolasepak kebangsaan 2015. Adakah Tunku berasa bangga dengan kejayaan pemain JDT?
TMJ: Sudah tentu, dan saya ingin mengucapkan tahniah kepada para pemenang, tetapi saya tidak mengambil serius anugerah ini, kerana ianya dilihat dipengaruhi politik. Sepatutnya pengiktirafan diberikan kepada yang layak, bukan untuk menjaga hati pihak-pihak tertentu.
Wartawan: Jadi adakah Tunku mengiktiraf anugerah ini?
TMJ: Tidak. Semasa saya dimaklumkan pihak FAM berkenaan pencalonan, saya tertawa sendiri. Bagi saya, sekiranya hendak mencalonkan anugerah jurulatih terbaik, pilihlah yang mempunyai pencapaian seperti Mario Gomez, Mehmet dan Tan Chen Hoo, yang telah membuktikan kemampuan dengan pencapaian masing-masing. Mengapa calonkan Zainal yang tiada sebarang pencapaian untuk tahun ini? Manakala untuk anugerah penyokong terbaik pula, mengapa Pahang yang menerimanya, sedangkan stadium mereka tidak sentiasa penuh seperti di Larkin? Bagi saya, yang layak menerima anugerah tersebut adalah penyokong Kedah, kerana stadium mereka sentiasa penuh dari awal hingga ke akhir tahun. Berkenaan hal ini pun, saya telah memberikan nasihat kepada FAM, tetapi apakan daya, nasihat saya bukan boleh mengisi kocek sesiapa pun.
Wartawan: Menjunjung kasih, Tunku, kerana meluangkan masa untuk sesi temu bual ini. Ada sebarang pesanan yang ingin Tunku sampaikan?
TMJ: Selamat bercuti hujung minggu.

No comments:

Post a Comment