Komen Pedas TMJ Untuk Nuri Apabila Tidak Mahu Menyertai JDT

nurridzwan-tiada-karakter
"Nurridzwan tiada karakter," itu penjelasan Penaung Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai keenganan pemain tengah Perak itu menyertai Johor Darul Takzim.
"Nuri daripada Perak enggan datang kerana takut tak dapat tempat. Bila pemain ada rasa takut, kita tak perlu ambil. 

Sebab apa? Itu sahaja dah menunjukkan dia dah mengalah. Saya nak pemain yang ada rasa nak masuk, kemudian berjuanglah untuk mendapat tempat," jelas TMJ.

"Kita mahu pemain yang ada keyakinan yang tetap akan bersaing bagi merebut tempat skuad utama," tambahnya lagi.

Namun, TMJ menegaskan pemain anak jati Johor sentiasa menjadi keutamaan walaubagaimanapun sudah pasti yang berkualiti saja akan mendapat tempat.

Sumber Astro Arena

No comments:

Post a Comment