Punca Sebenar Dollah Salleh Digantung 18 bulan Dan Denda RM30,000 Oleh FAM



KUALA LUMPUR: Kelantangan pengendali Pahang, Dollah Salleh, mengkritik mutu pengadilan membawa padah apabila digantung 18 bulan dan didenda RM30,000 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Hukuman berkuat kuasa mulai semalam, selepas diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM menerusi mesyuarat kelmarin.
Keputusan itu diumumkan menerusi kenyataan media di laman rasmi badan induk itu, sebentar tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu, berkata Dollah didapati melanggar Artikel 61 Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 Statut FAM.
Katanya, tindakan Dollah membuat kenyataan di ruangan media berhubung isu membabitkan FAM tanpa kebenaran badan induk itu, secara terus boleh memberi impak negatif ke atas nama baik serta reputasi FAM.
Bekas pengendali skuad kebangsaan itu turut dihukum kerana mengecam urusan pentadbiran hal-ehwal FAM membabitkan pengadilan Liga Malaysia (Liga M) selepas perlawanan Pahang bertemu FELDA United, pada 1 Julai lalu.
Pahang tewas 1-2 kepada FELDA United pada perlawanan itu.
"Jawatankuasa memutuskan untuk menggunapakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM yang mana defendan dikenakan penggantungan sembilan bulan pertama (dari 21 Julai 2017 hingga 20 April 2018) manakala baki sembilan kedua (21 April 2018 hingga 20 Januari 2019) ditangguh.
"Ia tertakluk kepada kepada kelakuan baik defendan dan jika kesalahan sama berulang dalam tempoh 12 bulan selepas penggantungan pertama, hukuman penggantungan sembilan bulan kedua akan dikuatkuasakan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Baljit mengesahkan hukuman itu boleh dirayu.

Sumber Berita Harian



1 comment:


  1. NAGAQQ | AGEN BANDARQ | BANDARQ ONLINE | ADUQ ONLINE | DOMINOQQ TERBAIK

    Yang Merupakan Agen Bandarq, Domino 99, Dan Bandar Poker Online Terpercaya di asia hadir untuk anda semua dengan permainan permainan menarik dan bonus menarik untuk anda semua

    Bonus yang diberikan NagaQQ :
    * Bonus rollingan 0.5%,setiap senin di bagikannya
    * Bonus Refferal 10% + 10%,seumur hidup
    * Bonus Jackpot, yang dapat anda dapatkan dengan mudah

    * Minimal Depo 15.000
    * Minimal WD 20.000

    Memegang Gelar atau title sebagai AGEN BANDARQ Terbaik di masanya

    Games Yang di Hadirkan NagaQQ :
    * Poker Online
    * BandarQ
    * Domino99
    * Bandar Poker
    * Bandar66(NEW GAMES)

    Dengan Link alternatif resmi :
    - http://nagaone.net/
    - http://nagaone.org/
    - http://nagaone.info/

    Info Lebih lanjut Kunjungi :
    Website : NAGAQQ
    WHATSAPP : +855967014811
    Line : Cs_nagaQQ

    BACA JUGA BLOGSPORT KAMI YANG LAIN:
    https://dragonqq99.blogspot.com/
    https://nagaqqone.blogspot.com/
    https://winnernagaqq.blogspot.com//

    ReplyDelete