PELIK PAGI² BUTA ORANG KAMPUNG BERKUMPUL DEPAN RUMAH. APA YANG TERJADI BUAT AKU TERCENGANG !!!

 

on PELIK Pagi² Buta Orang Kampung Berkumpul Depan Rumah. Apa Yang Terjadi Buat Aku TERCENGANG !!!
Kisah yang aku nak kongsi ni terjadi semasa aku ditugaskan di Alor Setar, Kedah. Aku bekerja sebagai (rahsia) dan telah diarahkan untuk membuat pemerhatian di sekitar Alor Setar. Entah kenapa aku dihantar begitu jauh sekali sedangkan aku bukan orang utara tetapi disebabkan tanggungjawab, aku pergi saja.
Pada hari pertama aku sampai di Alor Setar, Manager aku mengarahkan aku supaya tinggal dan menyewa di kawasan kampung. Tanpa berfikir panjang, aku hanya mengikut arahan orang atasan dan mula mencari rumah kosong yang boleh di sewa sekitar Alor Setar dan tak kisah mana-mana kampung pun.
Setelah puas mencari bersama pakcik teksi, akhirnya aku terjumpa tanda ‘Sewa’ di sebuah rumah di tengah-tengah sebuah kampung (rahsia). Aku tanpa membuang masa terus berhenti dan bertanya pada orang sekitar rumah tersebut, tetapi yang menghairankan saat aku menghampiri rumah tersebut semua penduduk kampung tersebut memerhati aku seperti aku ni mat salleh. Aku hanya mengendahkan sahaja dan terus ke rumah tersebut.
Tiba aku di hadapan rumah tersebut, seorang lelaki sebaya aku keluar dari rumah tersebut. Aku terus bertanya dan menyatakan hajatku untuk menyewa buat beberapa hari dirumah tersebut. Dia menjemputku untuk masuk ke dalam rumah sebab diluar agak panas.
 
Tengah menuju masuk ke rumah, aku bertanya kepadanya, kenapa orang dikampung tersebut memandang aku seperti aku ni ‘orang luar’. Dia menjawab, “mereka memang begitu, biar sahaja”, dengan nada suara yang garau dan marah. Aku terus terdiam dan masuk kedalam rumah tersebut.
Di dalam, aku dan dia berbincang tentang bilik dan bayaran, dia bersetuju untuk menyewakan bilik kepadaku tetapi yang menghairankan, dia tidak mahu aku membayar sesen pun kepadanya. Bagi aku, itu adalah rezeki dan jimat la duit aku. Pada malam pertama aku di rumah itu, aku merasakan rumah tersebut seperti ada yang tak kena. Tetapi aku tidak peduli asalkan aku ada tempat untuk berteduh.
Saat aku nak tidur, aku perasan yang tingkap dibilikku tidak tertutup, seperti ada yang membukanya, aku berdiri dan terus ke tingkap untuk menutupnya dan aku melihat sekitar luar tingkap rumah tersebut. Kelihatan beberapa orang kampung melintas sambil melihatku dari luar. Aku bertambah hairan dan untuk mengelakkan buruk sangka aku terus menutup tingkap dan terus tidur.
Pada keesokan harinya, aku bangun sebelum subuh untuk menyediakan barang yang perlu di bawa ke tugasanku. Ketika tengah berkemas, aku mengikat tali pada sebuah kotak. Aku hendak memotongnya tetapi aku baru teringat yang aku lupa membawa pisau atau gunting, jadi aku pun keluar dari bilik untuk mencari tuan rumah untuk meminjam gunting atau pisau.
Tetapi dia tidak berada di rumah, entah kemana dia menghilang, mungkin ke pasar atau ke masjid mungkin. Aku pun ke ruang tamu untuk mencari pisau atau gunting tetapi tidak menjumpai apa-apa pun. Rumah tersebut tidak mempunyai apa-apa selain bilik dan katil, malah di dapur pun tidak ada peti sejuk ataupun dapur masak. Mungkin rumah sewa disini begini mungkin atau rumah sewa bajet katakan. Setelah siap mengemas barang aku pun terus keluar dari rumah tersebut.
Saat aku keluar dari rumah tersebut, orang kampung berkumpul ramai datang ke arahku. Aku terkejut dan takut kerana mungkin aku telah melakukan kesalahan tanpa aku sedari.
Salah seorang dari mereka menjerit, “apa kau buat disitu?”, aku menjawab “saya menyewa disini pakcik”, dia membalas, “kau dah gila ke?”, saya membalas, “kenapa pakcik? Apa salah saya menyewa disini?”, di menjawab dengan suara yang lantang, “mana ada orang menyewa di kubur, sudah keluar dari situ sekarang”. Aku bertambah hairan, seakan-akan bermimpi dan berfikir orang kampung ni gila sebab menuduh aku tidur di tanah perkuburan. Kemudian aku menjawab, “pakcik tak nampak ke rumah ni” sambil tangan aku menunjuk ke belakang dan menoleh ke belakang.
Alangkah terkejutnya aku apabila ditoleh, rumah yang aku sewa tadi merupakan tanah perkuburan. Aku terus berlari ke arah orang kampung dan bertanya, “di mana rumah kat sini?”. Meraka membalas, “tak ada rumah di sini”. Habis tu, siapa yang bercakap dengan saya semalam dan saya tidur di dalam rumah tu semalam, siap ada katil lagi”.

Kredit : FS
Sumber : sinarhariani
Mereka membalas, “semalam cik kiah tengok kau cakap sorang-sorang, nak tegur tapi dia tak kenal kau, lepas tu pak hamid nampak kau tengok dia malam tadi saat dia melepasi kubur ini, dan ramai orang cakap kau tidur kat sebelah kubur jamil tu, budak kampung ni yang mati dibunuh”. Terkejut aku mendengar kata-kata orang kampung tersebut. Tanpa berlengah, aku terus meminta orang kampung untuk menghantar aku terus ke lapangan terbang. Tak sanggup aku nak teruskan tugas aku di sini.

No comments:

Post a Comment