Setelah Beraksi Hambar Inilah Import Terbaru Yang Menggantikan Apache Assasin



Pada 6 Februari 2017, pihak FMLLP menerima permohonan dari pasukan Johor Darul Ta'zim untuk membuat satu perpindahan di antara pasukan Johor Darul Ta'zim dan Johor Darul Ta'zim II yang termaktub di bawah peraturan 'Feeder Club' ..
Ini melibatkan perpindahan pemain Johor Darul Ta'zim, Jerónimo Barrales (FAM0000784-M) dengan Gabriel Guerra (FAM00001016-M) dari Johor Darul Ta'zim II ..
Permintaan ini telah diteliti dan telah diluluskan pada hari ini di mana perpindahan pemain ini dikuatkuasa untuk perlawanan pada 11 Februari 2017 .. Dengan ini, pasukan Johor Darul Ta'zim telah menggunakan satu kebolehannya untuk membuat perpindahan bagi pemain import dan 3 perpindahan yang belum digunakan selebihnya hanya untuk pemain tempatan sahaja ..



No comments:

Post a Comment