Syarat Kalau Korang Nak Jadi Bakal Suami Si Mira Filzah..


Lately ramai geng adam kat luar sana yang suka guna ayat-ayat manis mengayat pelakon wanita baru, iaitu Mira Filzah kat laman sosial.. Biasalah wanita manis ayu, menutup aurat dan menjaga batas pergaulan.., banyaklah lelaki yang suka.. 

Bila ramai lelaki dok tergila-gilakan Mira ni, sebagai seorang ibu kepada Mira.. Ibu Mira dah tampil memberi beberapa syarat untuk kaum adam kat luar sana..

Syarat utama nak jadi imam untuk anaknya, adalah lelaki itu mesti mampu menjadi imam untuk solat Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh.. 

Mak Mira dah bagi ‘green light’, kalau u’olls rasa diri dah cukup semua syarat yang dinyatakan oleh mak Mira tu, boleh la kot isi borang mencalonkan diri sebagai salah seorang bakal imam Mira.. Hahaha.. 

Menurut Mira, family dorang memang selalu solat berjemaah.. So, bakal calon Mira ini bukan saja jadi imam untuk Mira .. Kami rasa maksud sebenar mak Mira tu, u’olls pun kena jadi imam untuk family Mira.. Mampu ke korang?? Hehehe.. 

Apapun, kehadiran Mira Filzah dalam industri hiburan tanah air sebagai seorang pelakon wanita, yang berlakon tanpa melakukan sebarang sentuhan dengan pelakon lelaki memang menarik minat netizen.. Kami respect dengan mak ayah Mira, yang berjaya mendidik anaknya itu dengan baik. 

No comments:

Post a Comment