Bagaimana Lakonan Lelaki Ini Boleh Kantoi Selepas Rogol & Bunuh Mangsa



BAYAN LEPAS: Suspek yang merupakan teman lelaki kepada pelajar tingkatan 5 yang maut dikelar dikatakan telah berlakon menangis dan meratap dengan pemergian teman wanitanya itu bagi mengaburi mata orang ramai dan pihak berkuasa.

Namun tindakannya itu tidak berjaya selepas lakonannya itu berjaya dikesan oleh ahli keluarga sebelum membongkarnya sebagai dalang yang menyebabkan kematian Intan Suraya Mawardi malam kelmarin.

Menurut ibu saudara mangsa, dia melihat suspek datang ke lokasi kejadian dengan menangis teresak-esak dan meratapi pemergian kekasihnya itu.

Namun gerak gerinya yang mencurigakan menyebabkan ahli keluarga mangsa mengesyaki sesuatu sebelum memaklumkan perkara itu kepada polis.

"Suspek datang ke rumah mangsa dan menangis..Dia juga minta untuk masuk ke dalam bagi melihat mangsa namun saya tidak benarkan kerana bimbang akan mengganggu siasatan polis.

"Bagaimanapun tidak lama kemudian beberapa jiran memaklumkan kepada saya yang lelaki berkenaan sebelum ini pernah dilihat mengganggu dan sering dilihat menunggu mangsa di luar rumah," katanya dipetik laporan Sinar Harian.


Selepas siasatan dilakukan, pihak polis mendapati lelaki berkenaan dipercayai terlibat dengan pembunuhan itu.

Menurutnya, lelaki itu juga mengaku melakukan perbuatan kejam terhadap mangsa dan menyerahkan beberapa barangan yang menjadi bahan bukti.

"Sekarang ini perkara itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Kami berharap hukuman setimpal dikenakan terhadapnya," katanya.

Semalam, suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Masjid Ridwaniah Sungai Batu di sini apabila ratusan ahli keluarga dan rakan sekolah mangsa berkumpul bagi menghadiri pengkebumiannya.

Jenazah disembahyangkan dan selamat dikebumikan kira-kira jam 5 petang. - Siakapkeli.my

1 comment:

  1. Selamat Datang Di 7LiveBet Situs Betting Terbaik Dan Terpercaya
    Dapatkan Hot Promo Hanya Di 7LiveBet(.)COM :
    * HOT PROMO NEW MEMBER
    * BONUS TURNOVER POKER 0.3%
    * BONUS CASHBACK SPORTBOOK 15%
    * PROMO UANG TUNAI 5JT
    * BONUS REFERRAL 5% SEUMUR HIDUP
    BCA - MANDIRI - BNI - BRI
    Link Resmi : www(.)7LiveBet(.)com
    Link Alrternatif : www(.)7LiveBet(.)Asia

    UNTUK INFO SELENGKAPNYA SILAHKAN HUBUNGI KAMI DI :
    PIN BBM DC71D9A0
    LINE : 7LIVEBET
    WECHAT : 7LIVEBET
    WA +6281271235854
    LIVECHAT 24 JAM

    ReplyDelete