Saja Tanya Abang Apam Balik. Korang Mesti TERKEJUT Jumlah Dia Simpan Kat ASB Sebulan !!!


Aku ejen unit amanah. Memang hobi aku kalau beli apa2 kat tepi jalan ke kat pasar ke aku akan tanya income dan pernah melabur ke tak. Sambil2 "memancing". Satu hari aku beli apam balik. Abang ni lekeh, motor kapcai. Tapi aku tanya gak dan terkejut apabila dia bagitau........



Dipetik dari FB Faris Addenan (LINK). Beberapa hari lepas ke Senawang untuk menziarahi adik-adik. Sebelum sampai ke rumah mereka, isteri pesan untuk beli buah tangan. Singgah di tepi jalan untuk membeli apam balik dan goreng pisang.
Jumpa sebuah gerai tepi jalan menjual apam balik. Saya parking dan keluar kereta sambil menunjuk isyarat tangan kepada brader apam balik. Nak dua biji diiringi senyuman yang ikhlas.
Sambil menunggu brader tersebut masak apam balik yang baru. Saya sempat berbual dengan beliau. Dipendekkan ceritanya adalah seperti berikut.
1. Setiap hari bekerja dari jam 1 tengahari sampai jam 7 petang.
2. Berniaga apam balik sejak dari kecil. Habis sekolah terus sambung perniagaan apam balik yang di warisi dari arwah emak.
3. Tahun ke-6 berniaga di Senawang. Dahulu berniaga di Kuala Pilah.
4. Jika berjaya jual dan habiskan satu tong bancuhan tepung. Anggaran jualan adalah sekitar RM250.
5. Selepas tolak kos dan termasuk modal untuk berniaga keesokkan harinya, beliau mampu simpan RM100-RM120 sehari.
6. Hujung bulan, selepas ditolak perbelanjaan. Beliau mampu menyimpan RM1500-RM2000 di ASB.
7. Sudah beli rumah dan disewakan.
.
.
Baik. Dari pemerhatian saya:
1. Cara hidup beliau mudah dan ringkas. Maka komitmen kewangan juga rendah.
2. Pergi kerja naik kapcai.
3. T-shirt yang beliau pakai ada tertulis perkataan ‘KL International Hotel’ (baju percuma).
4. Hari-hari pasti berniaga kecuali ada hal mustahak yang menyebabkan terpaksa cuti.
5. Ada matlamat kewangan. KREDIT FB Faris Addenan (LINK)

No comments:

Post a Comment