Dapat Mak Mertua Lumpuh, Lepas 6 Bulan Kahwin Tapi Aku TERKEJUT Sangat Tengok Perangai SEBENAR Dia !!!
Dapat Mak Mertua Lumpuh, Lepas 6 Bulan Kahwin Tapi Aku TERKEJUT Sangat Tengok Perangai SEBENAR Dia !!!| Assalamualaikum semua reader, admin. Saya nak ucapkan terima kasih kerana cerita ini disiarkan untuk tatapan pembaca. Saya baru berkahwin. Ada dalam 6 bulan. Suami saya, Amin, adalah pegawai kerajaan. Saya masih ade mak dan ayah yang tinggal dimuar. Selama saya kahwin, sementara menunggu rumah quarters, saya duduk dgn mak mertua saya. Mak mertua saya terkena angin ahmar lumpuh seluruh badan kecuali bahagian mukanya.
Sebelum kahwin semua indah. Mak mertua sangat baik, dan adik perempuan amin sangat hormat saya. Sepanjang pertunangan saya tak pernah buat hal. Saya tak tau kenapa berubah total 360 darjah.
Sepanjang perkahwinan saya, sedikit sekelumit kasit sayang mak mertua saya tak pernah saya rasa. Saya ibarat tunggul, batu, dan seumpanya. Ye, mak mertua saya tak suka saya dan bahkan seuruh menantunya sebelum saya. Mental mak mertua saya berkata kalau saya dan menantu2 nya ni nak ambil anaknya dari dia. Apa sahaja yang dilakukam oleh saya salah.
Kalau saya masak, yelah masakan kampung , saya dr kampung, masak asam pedas, lemak, kari, gulai, dan masakan kampung lain, sedikit tak dicubitnya. Hanya pak mertua saya dan suami makan. Adik perempuan nye hanya eei, aku tak makan makanan ni. Dlm hati saya kata, Whaat?? Kalau mak mertua saya makan makanan adik perempuan amin masak, wlhal hari tu masak makanan yang sama dengan apa yang saya masak. Mak kata geli. Saya hanya beristighfar.
Pernah satu hari, saya nak mandikan mak mertua saya sebab adik perempuan amin keluar, mak herdik saya. Bodoh punye pompan, aku tak nak mandi kau faham tak? Padahal pampers da penuh dgn tahi semua. Saya hanya menahan air mata. Dalam rumah tu sedikit pom adik perempuan amin tak tolong kemas bersihkan rumah, rumah sebesar 2 tingkat saya yang kemas bersendirian. Pinggan mangkuk , basuh baju tak boleh guna machine. Alasan saya da biasa cuci baju di pinggir sungai sebab saya budak kampung. What?? Ingat kat kampung tak ade ke ? So sy sental je la.
Bila saya minta tolong dengan adik perempuan amin bersihkan rumah dia jawab , semua menantu mak adalah bibik. Omaigod, aku ni diberi maskawen atau dibeli ? Jam 6 sehingga 12 tengah malam saya bertukang sebagai suri rumah sepenuh masa, adik perempuan die ke dapur hanya untuk masak makanan dia dan mak sahaja. Selebihnya goyang kaki dengan mak mertua saya di depan tv. Bila saya pegang phone dikatanya saya pemalas, biawak hidup dan macam lagi.
Bila suami saya utarakan nak balik muar rumah saya, mam mertua saya marah. Kerana kos nak kesana banyak pakai duit. Wait2, i said to my mak mertua, mak, nor tak pakai duit amin pon nak balik, nor pakai duit nor. Saya pulak diherdiknya sehinggan amin bertengkar dgn mak. Medan perang berlanjutan. Sepanjang perkahwinan saya, baru sekali tu saya balik kampung. Saya rindukan mak dan ayah saya.
Saya tiap hari mengadu dgn amin, tetapi die endah tak endah. Dia kata hanya perasaan sy. Saya da tak tahan lagi. Banyak cara sy da buat u tuk lembutkan hati mak mertua sy. Saya baru kahwim 6 bulan dan belum mengandung. Mak mertua saya cop saya mandul. Berat dugaan ni.
Suami saya pulak jenis tak kasi keluar rumah. Ye saya tak bekerja. Duduk rumah sepenuh masa. Saya stress sebab keadaan rumah memerlukan saya refresh di dunia luar. Contoh hangout dgn kawan, dengan saudara mara. Tapi amin tak memberi kebenaran pada saya. Dia kuat cemburu. Eventhough saya keluar dgn kawan perempuan pon tak diberinya. Dia kata, kawan perempuan saya bersubahat utk sya duakan dia. allahu, macam tu sekali die tak percayakan saya. Padahal saya da kahwin dgn dia.
Maaflah reader semua, saya minta pendapat. Ape perlu saya buat? Nak pindah, tunggu quarter dalam 2 bulan kelulusan. Pendapat yang saya inginkan adalah, bagaimana nak berhadapan dengan mak dan adik perempuan husband saya. Kredit:- Nor via IIUMC
Sumber : belogfadah
Sumber: jubahsemalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment