MENGEJUTKAN SHARNAAZ AHMAD AKHIRNYA TAMPIL DEDAH PUNCA SEBENAR BENGANG DENGAN FATTAH AMIN BIKIN PANAS


Sharnaaz Ahmad menjadi topik hangat apabila menghentam Fattah Amin.

Ramai yag pelik kenapa tiba tiba pelakon ini mengkritik Fattah Amin secara terbuka walhal diketahui umum Fattah amat rapat dengan bakal adik iparnya, Neelofa.

Bila ditanya mengapa dia hentam Fattah, ini jawapan dari Sharnaaz:

Bila peminat dah mengaitkan pasal family, bakal isteri saya, kau (Fattah) jangan duduk diam je.

Jangan nak tunjuk kau maksum sangat, senang cerita, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang.

Sementara itu, Sharnaaz telah memberi peringatan kepada peminat Fattah supaya jangan terlalu taksub meminati seseorang selebriti itu sehingga menganggu sesiapa sahaja yang tak berkaitan dengan aktor tersebut.

Tentang bukunya pula, walaupun dia bukanlah seorang yang pakar dalam bidang penulisan namun dia juga boleh menyuarakan pendapatnya berhubung sesuatu penerbitan buku seperti mana lazimnya dilakukan orang lain di luar sana.

Ini jelasnya:

Saya tak tahu buku ke apa (tak mahir dalam bidang penulisan), tapi bila saya baca buku ABC anak buah saya, itu lebih bagus (daripada buku Fattah).

Enggan menjelaskan dengan lebih terperinci, Sharnaaz menyatakan bahawa Fattah Amin mengetahui punca kenapa dia tidak berpuas hati dengan hero drama Suri Hati Mr. Pilot itu.

Dia juga mengesahkan tidak akan menjemput Fattah ke majlis perkahwinannya dengan kakak Neelofa, Nabila pada bulan April ini.

Saya belah sayalah (tak jemput), belah Nabila saya tak tahulah.

Sharnaaz bakal mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada 31 Mac depan dan majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan pada 2 April ini di Kuala Lumpur sementara di sebelah Sharnaaz akan berlangsung pada 16 April di G Hotel, Gurney Plaza, Pulau Pinang.



Sumber: Mynewshub

Sumber Jangan Tunjuk Maksum Sangat.. Jawapan Sharnaaz Ahmad Kenapa Dia Hentam Fattah Amin

Sumber asal: thetrendingnow.blogspot.com
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab.
Sumber: ohwhuuut

No comments:

Post a Comment