KISAH ISTERI MENGANDUNG YANG TAK TAHAN DENGAN PERANGAI SUAMI YANG

Kisah Isteri Mengandung Yang Tak Tahan Dengan Perangai Suami Yang !!!| Assalamualaikum. Nama saya Aisyah. Saya seorang graduan Masscom dari salah sebuah Universiti tempatan & sekarang berumur 25 tahun. Saya sudah berkahwin pada 2 tahun lepas & baru je disahkan mengandung pada Disember 2016 haritu. Saya & suamilah manusia paling happy didunia bila dapat tahu berita pregnancy ni. Yelah, mana taknye, kami dah 2 tahun mencuba & terus mencuba dan akhirnya usaha kami membuahkan hasil.
                                                  (Gambo Hiasan)

Tetapi kisah saya bermula macam ni. Macam mana ya    nak mulakan. Saya perasan perangai suami mula berubah sejak saya mengandung ni. Suami saya jadi suka sangat tengok tv & kurang memberi perhatian kepada saya. Tiba-tiba rasa membosankan bila suami balik kerja terus duduk depan tv. Paling awal mandi pukul8 malam kalau tidak pukul 10/11 malam baru mandi. Balik kerja pukul 3/4petang. Lepas tu dh siap mandi sambung balik tengok tv.
Kita ni sorang sorang macam orang bodoh nak kan perhatian dari suami. Jangankan nak tanya kita ni mengidam apa apa ke. nak minta tolong sapukan minyak pada kita yang tengah mengandung ni pun susah entahla hari hari lalui perkara yang sama sekarang dah mula rasa bosan dengan kehidupan macam ni. Terasa diri ini kurang sangat perhatian dari suami.
Bila dia nak kan kita baru masuk bilik awal. Cakap-cakap manis, pujuk-pujuk, barulah start nak manja-manja. Tapi bila dah lepas hajat keluar balik tengok tv sampaikan tertido terus dekat sofa dan nak subuh baru masuk bilik kalau tidak pukul 2/3 pagi baru masuk bilik. Kita ni dah rasa bosan duduk je lah terperuk dalam bilik macam org bodoh.
Ape pandangan korang ? Ade ke alami benda yang sama.
Sumber: Kisah rumah Tangga Fans
The post Kisah Isteri Mengandung Yang Tak Tahan Dengan Perangai Suami Yang !!! appeared first on KISAH BENARKU.
Sumber: kisahbenarku

No comments:

Post a Comment