“Saya dah cakap jujur dan benar, saya tak gila!” – Dina Nasir
Demikian penafian yang dibuat oleh Dina Nasir di laman Facebooknya.
Dakwaan mengatakan Dina tidak waras dibuat oleh seorang wanita yang mengaku dirinya sebagai wakil keluarga.
Baca artikel sebelum: ‘Mohd Razif bin Mohd Yusof, pulangkan anak² saya Irsyad & Qalesya!’ – Dina Nasir
Baca: Wanita malang bawa motor dari Penang ke Kajang dedah kisah sebenar dipukul suami hingga keguguran
“Minta maaf, saya wakil keluarga, dia perlukan rawatan dan sebenarnya apa yang dia cakap, tak betul dan mereka-reka cerita. Diharap semua pihak faham dan tidak lagi share dan viralkan. Pihak polis pun sedang membantu kami dan sedang mencari dia. Kami hanya ingin pulihkan dia seperti biasa. Rakyat Malaysia yang prihatin, sila beri kerjasama,” katanya.
Namun, ibu kepada dua anak itu menafikan dakwaan tersebut.
“Kak Ruby, apa hak Kak Ruby buat tuduhan macam tu? Apa buktinya? Lillahi ta’ala Razif pukul saya. Kenapa abang Am dengan Kak Ruby tergamak buat macam ni? Khianati kepercayaan yang saya beri. Saya dah cakap jujur dan benar. Saya tak sakit, saya tak gila, saya waras,” jawabnya.
Dalam ruangan comment yang sama, wanita itu mendedahkan kisah silamnya yang menyebabkan hubungannya dengan keluarga kandung khususnya bapanya menjadi rengang.
“Kalau abah saya sendiri pernah ada nak buat tak elok di bilik tidur kepada saya ketika berumur 10/11 tahun, bagaimana saya mahu benarkan mak abah kandung saya menjaga dan didik anak-anak saya?
“Abah masuk bilik malam-malam, c*** m**** nak main k****-k**** l****. Itu bukan seksual harrasment ke? Saya beritahu mak, mak tak mahu percaya. Apa punya jenis mak, sebab nak tutup aib, menafikan kebenaran.
“Mak abah kandung saya zalim, mahu bawa saya ke tempat orang gila. Tidak mustahil mak abah saya akan berikan didikan yang salah untuk anak-anak saya. Malah bekas suami pun tidak layak ke atas hak penjagaan anak-anak sebab dia pukul saya sehingga keguguran,” katanya selain mendedahkan lelaki itu suka menonton video lucah.
Menjawab mengenai dakwaan dia mendera anak-anaknya sendiri, Dina menafikan perkara itu dan mendedahkan bahawa anak-anaknya dicubit oleh oleh anak saudara yang lain.
“Saya difitnah dera anak-anak sendiri. Saya tak dera anak-anak sendiri, tetapi ada anak saudara perempuan yang suka mencubit pipi Irsyad sampai lebam,” katanya.
Sumber: THEHYPEMEDIA.COM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment