Inilah Sebab Kenapa Rakyat Sabah Sayangkan Tunku Abdul Jalil (25 Foto)
Kami rasa sebak melihat gambar-gambar Almarhum Tunku Abdul Jalil melayan orang tua dengan penuh kasih sayang. Anda saksikan sendiri bagaimana Almarhum Tunku Jalil melayan rakyat dan bagaimana Baginda sanggup duduk di lantai.
Ramai yang bertanya, kenapa Tunku Jalil sangat disayangi rakyat Sabah? Anda saksikan sendiri.
10 Mac 2013, Kg Parit Punggur Darat Rengit Batu Pahat Johor - Y.A.M Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, Tunku Laksamana Johor telah berkenan berangkat melawat keluarga mangsa korban tragedi pencerobohan Lahat Datu, Allahyarham Sarjan Abd Azis Bin Sarikon(48) dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 14 Tawau.
Majlis tahlil ringkas turut dijalankan bersama-sama Tunku Laksamana, sanak saudara terdekat dan sahabat handai Allahyarham. Tunku Laksamana Johor turut menyampaikan surat penghargaan dan ucapan takziah daripada D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar(Sultan Johor) dan D.Y.M.M Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, dua naskah Al-Quran dan sumbangan wang serta barangan keperluan harian. Turut hadir bersama wakil daripada Khidmat Masyarakat Kebangsaan, Bulan Sabit Merah Malaysia Yang Berhormat (YB) Dato Hj Mohd Rashidi bin Mohd Noor.
Gambar dipetik menerusi laman page Facebook Tunku Laksamana Johor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment