Inilah Pekerjaan Heroin Kau Aku Kita Sebelum Bergelar Artis Yang Pasti Memeranjatkan Anda


Biodata Janna Nick Heroin Drama Syurga Nur | Nama Janna Nickmungkin baru, ini kali pertama aku tengok lakonannya dalam dramaSyurga Nur di Slot Akasia yang menggantikan drama Dia.. Isteri Luar Biasa. Agak cantik orangnya dan matang tapi umur masih muda gituw. Meh layan biodata Janna Nick. Teringin nak dengar Janna cakap bahasa utara mesti comelkan. 







Biodata Janna Nick :


Nama Penuh : Nurul Jannah Binti Muner

Nama Komersial : Janna Nick

Umur : 20 Tahun (2015)

Tempat Lahir : Sungai Petani, Kedah

Adik Beradik : Anak ke 2 daripada 4 beradik

Adik Perempuan : Nurul Balqish (11 Tahun) menjadi School Cheerleaders

Keturunan : Cina, Pakistan & Thai

Pendidikan : Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang

Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas

Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota (SPM - kerana tidak minat aliran sains)

Pencapaian Akademik : Mendapat 6A 2B+ dalam SPM

Profil Rasmi Facebook : https://www.facebook.com/pages/Janna-Nick

Profil Rasmi Twitter : https://twitter.com/jannanick95

Profil Rasmi Keek : https://www.keek.com/profile/janna_nick

Profil Rasmi Instagram : https://instagram.com/jannanick/?hl=en

Drama : Jodoh, Jodoh 2, Anak Ke-5, Keluarga Karaoke, Hidayahmu Ramadhan, Puasa Oh Puasa (Astro Ceria & Maya HD),  Syurga Di Wajahmu, Abang Sado Jemur Kain (Iris TV3), Syurga Nur

Telemovie : Ikatan (RTM), Cinta Vlog (TV9 - 2012) 

Klip Video : Mikraj Cinta & Kayangan - Hyper Act



- Janna Nick bermula dengan iklan komersial dan video korporat. Ketika itu, usia dalam 5 hingga 7 tahun tetapi mengambil keputusan berhenti kerana mahu fokus belajar. Janna mendapat tawaran menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau tetapi menolak kerana ingin menumpukan kepada bidang lakonan. Dia merancang meneruskan pengajian di ibu negara.


Berminat berlakon sejak kecil dan sering memaksa mak membawa kemana ke mana-mana sesi uji bakat diadakan. Memang cita-cita mahu menjadi pelakon dan usahawan berjaya. Selepas mendapat keputusan A dalam semua subjek, Janna terus memohon keluar dari MRSM untuk bersekolah harian biasa.


Mengenai bekalan pendinding diri supaya tidak menjadi mangsa dan tersasar jalan, Janna menjaga solat dan banyakkan doa. Solat itu tiang agama dan ia pendinding terbaik buat kita. Dia tidak pernah tinggal solat walaupun di lokasi penggambaran. Tidak dinafikan, Janna jenis gila-gila dan tidak suka duduk diam tetapi apabila bersolat, orang sekeliling akan hormat dan jaga batas mereka. Mereka juga tidak cakap benda merepek. Andai tidak jaga solat, dengan sikap gila-gilanya, mungkin orang akan fikir Janna jenis murahan. 

No comments:

Post a Comment