GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN
Nama saya Ain. Saya cantik walau tak pakai makeup. Saya merupakan fresh graduate dari salah sebuah universiti awam kat perlis ni. Lepas habis degree, saya terus apply kerja..randomly apply kerja dekat Jobstreet.
Pertengahan bulan 8 terus dapat call interview untuk jawatan Operation Executive dekat sebuah kilang di Penang. Masa pergi interview, HR terus cakap saya tak payah pakai lawa2..x payah pakai heels, makeup semua sebab saya akan duduk dekat production. Mungkin masa tu dia tengok pemakaian saya terlalu lawa..ye la kan interview..kena la nampak kemas.
Dah nak masuk 8 bulan kerja kat company ni and sejujurnya, memang bagus sebab macam2 ilmu dan pengalaman saya dapat. Boss pun supportive..kwn2 sekerja pun tak ada talam muka sangat kalau bandingkan tempat intern dulu.
Tapi masa ambil jubah harituh sebab convocation bulan 4, ramai kawan2 tanya saya kerja apa. Bila saya jawab saya ni operation exec dekat kilang, semua tak percaya sebab terlampau simple a.k.a selekeh cara pemakaian saya.
Kalau nak tahu, saya bukan perempuan yang girlish. Saya tak reti pakai kasut bertumit..kebanyakan pakai flat pumps je. Muka memang tak akan tercalit make up sebab saya memang was2 kalau air wudhu tak kena kulit muka (walaupun guna makeup remover).
Dressup? Long sleeve dengan jeans. No handbag..no shawl berbelit2.Cukup sekadar tudung bawal atau shawl double loop.
Macam mana dressup saya dekat kilang..macam itu la dressup saya kalau keluar jalan2 or keluar pergi pasar. Pakai lawa2 kalau raya dan interview sahaja. So nak dijadikan cerita, kawan2 perlekehkan saya. Terasa jugak bila dorang tak percaya saya boleh jadi executive.
Bagi dorg seorang executive mesti la nampak segak, kemas, nampak confident. Tapi kalau tengok saya..dah ade rupa macam operator kilang. Hahaha..
Ada seorang jiran lelaki ni. Nama dia Faiz. Usia lebih kurang saya. Saya memang perasan dia ni selalu je usha saya lain macam je bila pagi-pagi nak pergi kerja. Entah kenapa satu hari dia berani pula tegur saya.
Dia tanya kenapa pakai selekeh ni kerja di mana. Amboi ayat dia. Ni pikup line ke. Hodoh benar. Saya pun jawab kerja kilang. Pastu dia boleh pulak kata, “oooo kerja kilang, patut la selekeh”. Tapi sebelum saya beredar saya pun bagi business kad saya kat dia dan terus drive.
Esoknya dia tegur lagi, napa tak cakap kerja executive kilang, boleh la kita dating. Saya macam tak caya je dia leh cakap macam tu. Saya cakap no thanks. Hahaha.
Sebenarnya bukan Faiz atau jiran-jiran kawan-kawan je yang cakap saya selekeh, sedara mara pun ada tegur selekehnya pemakaian saya. Jujur la nak cakap, biar selekeh dekat mata manusia, janji saya tutup semua aurat..ikut perintah Allah. Tu je yang saya pentingkan.
Bukan pemakaian saya je dorg tegur..kereta saya pun dorg suruh upgrade. Sekarang pakai kereta kelisa..bagi mereka..executive kena pakai paling2 cikai pun honda civic or honda jazz. Konon2 nampak mewah..haihh..kat situ la yang sering buat saya tertanya2..ada apa pada jawatan?
Tak semestinya saya yang baru umur 25 tahun ni..baru 8 bulan kerja..seorang executive..kena semua upgrade. Kalau boleh, sampai bila2 pun saya nak maintain macam ni. Tak nak ada hutang.
Kereta kelisa tu dari arwah abah pakai. So mmg dah habis bayar tinggal maintain and service je. Pemakaian? Biar la saya nak pakai selekeh macam mana sekali pun..saya bukan kerja office..saya akan duduk production..monitoring machine condition/parameter semua tu. So akan comot jugak lepas balik kerja..tak guna nak berlawa pun.
Jadi buat sesiapa yang senasib saya, saya paham perasaan anda. Tapi ingat la, kita kerja dah pasang niat baik2..nak tolong family, nak cari rezeki halal dan menimba ilmu dijalan Allah. Tak payah la pikir..aku kerja sebab nak pakai honda civic baru..nak dressup lawa macam Neelofa dengan Vivy Yusof.
Boleh je dressup macam dorang, cuma biar la berpada2 dengan financial condition kita . Biar la bersesuaian dengan keadaan pekerjaan kita jugak. Tak logic rasanya nak pakai makeup tebal, heels 6 inci, shawl berbelit2 tuh jalan2 dalam production yang panas. Mungkin ada yang buat tapi bagi saya, duduk sejam dalam production line pun baju dah lencun dengan peluh. Muka jangan cakap..berminyak boleh kumpul buat goreng ayam.
Bagi saya, tak ada garis panduan dressup dengan lifestyle pun bagi seorang manager/executive/CEO. Semua terpulang pada diri masing2. Jaga la hati member yang penat2 kerja tu..tak payah la condemn dia buruk/tak sesuai dengan pekerjaan dia. Pemakaian kita tak mencerminkan pun quality kerja sesorang.
Yes saya admit. First impression tu penting. Tapi kalau kerja dah tip top, kau selekeh macam mana pun..boss tetap sayang. Cuma jangan la serabut sangat. Maybe certain akan rasa selekeh..but the thing is, kau tak ada ditempat orang tu. You tak tahu camne situasi pekerjaan dia or her self confident kalau kena pakai baju yang dia x selesa pakai.
Sumber : Cik Ain via myberitatular
Saya pelik sebab ada lagi minded macam ni. Saya lagi respect orang yang biasa2 tapi tahu2 dia owner company..or dia tu seorang usahawan yang kaya. So for certain people yang masih berpikiran macam ni, stop it guys. Tak payah kena influence sgt dr org lain..tu identiti dorg. We have to build our own identity..
Thats all dari saya, excutive yang selekeh.
No comments:
Post a Comment