“Mungkin Dia Tumpang Solat Dan Mengaji Di Bulan Mulia Ini” Video Lembaga Hitam Bertelekung Singgah Mengaji Selepas Sahur

0
COM



 


Oleh Feyra Nasrom Sumber twitter @affaadnan
Seorang pengguna laman twitter berkongsi video yang mungkin boleh mendirikan bulu roma sesiapa yang melihatnya. Video tersebut dirakam oleh abangnya selepas waktu sahur ketika solat subuh. dimana terdapat satu lembaga yang lengkap bertelekung  sembahyang sedang duduk sambil membaca ayat suci al-quran. 
Kejadian ini berlaku di perumahan Bukit Antarabangsa dan menurut pengguna twitter tersebut, abangnya hanya berseorangan di rumah, Tambahnya lagi, makhluk itu menggunakan al –Quran yang diletakkan di ruang tamu. 
Abangnya hanya membiarkan makhluk itu selesai solat dan mengaji. Orang ramai beranggapan bahawa makhluk ini merupakan jin Islam yang datang  menumpang dan ia juga mungkin petanda akan ada sesuatu yang baik berlaku,
Apa yang lebih menyeramkan, makhluk itu mengalunkan surah Al-Baqarah  ayat 107-109 yang terjemahannya bermaksud tentang kekuasaan Allah dan kewujudan makhluk di muka bumi



Sumber : *Layan THR Gegar menerusi dengargegar.thr.fm

4 Sebab JDT Tewas Kepada Ceres Negros Sekaligus Tersingkir Awal Dalam Saingan AFC CUP 2017

0
COM


1.) Keputusan pengadil memberi penalti pada penghujung perlawanan meranapkan impian JDT untuk kepusingan seterusnya

2.) Kesilapan Benjamin Mora menurunkan Dominic Tan ketika separuh akhir pertama memberikan peluang pasukan Ceres Negro membawa bekalan 2 gol

3.) Semasa mendahului perlawananan JDT terlalu selesa hingga dihukum gol oleh pasukan lawan contoh ketika menentang Pahang di suku akhir Piala FA yang lalu


4.) Gandingan Safiq & Amirul Hadi yang kurang menjadi di bahagian tengah

Inilah 5 Kebaikan Setelah 4 Pemain Yang Bersara Kembali Menyarung Jersi Kebangsaan

0
COM


1.) Kembalinya kapten Safiq Rahim melegakan kem kebangsaan yang akan menghadapi kelayakan Piala Asia tanpa Safiq sebelum ini bahagian tengah agak buntu untuk mengatur perlawanan

2.) Ketika AFF Suzuki Cup 2016 yang lalu bahagian pertahanan sedikit kucar-kacir tanpa Aidil Zafuan

3.) Mampu membimbing pemain  muda

4.) Kemampuan Amirul Hadi yang mampu beraksi dibanyak posisi memberi kelebihan untuk skuad kebangsaan

5.) Dengan kembalinya Kunanlan yang mempunyai larian yang deras dan bijak membaca pergerakan lawan amat ditagih skuad kebangsaan

Lelaki Yg Mempunyai Pekerjaan Yang Paling TERUK Di Dunia Apa Yang Lelaki Ini Lakukan Buat Ramai TERPANA

0
COM




 

Menyelam ke dalam lubang lumpur dengan tangan kosong, Itulah yang perlu dihadapi oleh seorang pembersih pembentung di Bangladesh yang bekerja dalam bidang yang paling tidak disukai di dunia.
Lelaki itu yang merupakan pekerja Dhaka City Corporation, perlu mencuci setiap pembentung pembetung di bandar ini tanpa kelengkapan keselamatan.
Dia terpaksa menggali di bawah tanah dengan berbekalkan sebatang kayu panjang untuk membantu beliau dan tanpa sebarang topeng untuk melindungi beliau daripada wap beracun yang dikeluarkan oleh loji kumbahan.
Selain menyungkit keluar najis dengan tangan kosong, pekerja ini juga mempunyai tugas lain iaitu membuat sampah yang tersekat di lubang.
Dhaka mempunyai penduduk melebihi 14 juta dan baru-baru ini telah dilanda banjir besar disebabkan oleh hujan lebat dan sistem saliran ribut yang tidak mencukupi.
Walaupun terdapat peningkatan membimbangkan dalam jumlah kematian pekerja manhole, pembersih masih lagi tidak dibekalkan dengan peralatan yang mencukupi dan selalu terpaksa memasuki lubang pembentung tanpa perlindungan.
Sumber asal :- DailyMail
Sumber : OhMyViral



 

Pakcik Ni Nak Bank In RM 100 Tp Mesin X Terima. Dtg Lelaki & Apa Yg Berlaku Buat Ramai TERKEJUT

0
COM



 

Sampai ke saat ini, agaknya berapa jumlah sedekah paling banyak yang korang pernah sumbangkan? Rata rata rasanya mesti Rm1 Rm10. Betul tak? Kadang kita tak tahu hikmah bersedekah ni lebih besar ganjarannya dari apa yang kita beri. Mungkin ganjaran kesihatan yang baik atau kewangan kita yang diberkati.
Seperti perkongsian kali ini, membuka mata kami semua. Bayangkan bagaimana kemulian seorang pemuda yang membantu seorang pakcik tanpa soal selidik. Bagaimana pula kita hari ni?

Pakcik datang dengan baju kebun

Jadikan sedekah itu hobi

Sumber :Muhammad Ahmad& OHBULAN!
Sumber: sinarhariani




 


Nak Kahwin Tp Takde Makwe. Akhirnya Dia IKTIKAF Kat Masjid. Apa Jadi Seterusnya Amat MENGEJUTKAN !!!

0
COM



 


Gambar di atas Sekadar Hiasan.
Ada seorang kawan saya ni single lagi. Dia terfikir nak beli kereta Honda City. Rupanya dia nak beli Honday City tu untuk pikat perempuan!
Geram je saya nak bagitahu dia yang dia tak boleh buat camtu. Dia tak tahu ke kalau kita guna jaring ikan, maka yang biasanya yang terperangkap kat jaring tu adalah ikan je. Bila kita pakai jaring khas untuk udang maka kat jaring tu pun biasanya majoritinya udang je la yang berjaya ditangkap.Camtu jugak kalau kita pakai harta untuk pikat perempuan. Maka biasanya perempuan yang gila harta je la yang akan terpikat nanti. Mungkin cantik fizikalnya. Mungkin bergaya lenggok jalannya. Mungkin lentik alis matanya tapi hubungan yang terbina atas cintakan harta tak boleh kekal lama. Ianya akan jadi hubungan hipokrit yang menyakitkan.
Saya teringat seorang kawan saya. Budaknya baik. Jenis tak reti nak pikat perempuan. Mak ayah orang susah. Jadi selama dia belajar dalam bidang Polymer Engineering kat salah sebuah IPTA tu dia cuma fokus belajar je dan tak pernah pun cuba pikat mana-mana perempuan.
Satu hari tu dia rasa nak kahwin. Dah sampai seru la kot ataupun ada la tu anasir-anasir nakal yang cuba ganggu gugat iman dia kan. Dia istikharah dan keluar iktikaf kat masjid. Akhirnya ada seorang pakcik yang offer anak dia kat kawan saya ni. Tak sampai beberapa bulan lepastu dia kahwin. Duit hantaran pun ada orang sanggup sponsor.
Lebih dasyat lagi bila dah kahwin rupanya isteri dia seorang perempuan yang sangat taat pada dia dan juga taat pada agama. Saya boleh lihat raut kegembiraan pada kawan saya ni setiap kali dia bercerita tentang isteri dia. Bersinar-sinar mata dia setiap kali dia sebut tentang isteri dia padahal dah lama kahwin.
Saya rasa dia dapat isteri berkualiti camtu sebab dia pakai jaring yang berkualiti untuk ‘perangkap’ isterinya. Dia hanya berusaha jadi orang yang baik, maka Allah temukan dia dengan orang yang baik. Begitu juga kalau kita tonjolkan kemewahan dan kemegahan untuk pikat kekasih hati. Maka yang terpikat adalah mereka yang gilakan dan dambakan harta kita je lah. – DR TAUFIQ RAZIF
P/S : Semoga kisah ni jadi teladan untuk kita semua ye. Yang penting, niat kena jaga
Sumber :drtaufiqrazif



 



Teka-Teki Tamat Setelah Dikhabarkan Akan Menyertai JDT Akhirnya Inilah Tugasan Baru Tan Cheng Hoe

0
COM

BARISAN KEJURULATIHAN PASUKAN KEBANGSAAN TERKINI

Ketua Jurulatih: Nelo Vingada

Penolong Jurulatih: Tan Cheng Hoe

Penolong Jurulatih: Joao Arnaldo Correia De Carvalho

Jurulatih Penjaga Gol: Azmin Azram Abdul Aziz

Jurulatih Kecergasan: Francisco Jose Bruto Da Costa

---

LATEST NATIONAL TEAM COACHING LINE-UP

Head Coach: Nelo Vingada

Assistant Coach: Tan Cheng Hoe

Assistant Coach: Joao Arnaldo Correia De Carvalho

Goalkeeper Coach: Azmin Azram Abdul Aziz

Fitness Coach: Francisco Jose Bruto Da Costa

Demi Bola Sepak Tanah Air
#HarimauMalaya
#TheRealHarimauMalaya
#RevolusiFAM
#EraBaharu


Intai Jiran Pergi Kerja. Pakaian Sgt SELEKEH. Tp Bila Tegur Baru Tau Rupa rupanya Dia…….

0
COM



 


GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN
Nama saya Ain. Saya cantik walau tak pakai makeup. Saya merupakan fresh graduate dari salah sebuah universiti awam kat perlis ni. Lepas habis degree, saya terus apply kerja..randomly apply kerja dekat Jobstreet.
Pertengahan bulan 8 terus dapat call interview untuk jawatan Operation Executive dekat sebuah kilang di Penang. Masa pergi interview, HR terus cakap saya tak payah pakai lawa2..x payah pakai heels, makeup semua sebab saya akan duduk dekat production. Mungkin masa tu dia tengok pemakaian saya terlalu lawa..ye la kan interview..kena la nampak kemas.
Dah nak masuk 8 bulan kerja kat company ni and sejujurnya, memang bagus sebab macam2 ilmu dan pengalaman saya dapat. Boss pun supportive..kwn2 sekerja pun tak ada talam muka sangat kalau bandingkan tempat intern dulu.
Tapi masa ambil jubah harituh sebab convocation bulan 4, ramai kawan2 tanya saya kerja apa. Bila saya jawab saya ni operation exec dekat kilang, semua tak percaya sebab terlampau simple a.k.a selekeh cara pemakaian saya.
Kalau nak tahu, saya bukan perempuan yang girlish. Saya tak reti pakai kasut bertumit..kebanyakan pakai flat pumps je. Muka memang tak akan tercalit make up sebab saya memang was2 kalau air wudhu tak kena kulit muka (walaupun guna makeup remover).
Dressup? Long sleeve dengan jeans. No handbag..no shawl berbelit2.Cukup sekadar tudung bawal atau shawl double loop.
Macam mana dressup saya dekat kilang..macam itu la dressup saya kalau keluar jalan2 or keluar pergi pasar. Pakai lawa2 kalau raya dan interview sahaja. So nak dijadikan cerita, kawan2 perlekehkan saya. Terasa jugak bila dorang tak percaya saya boleh jadi executive.
Bagi dorg seorang executive mesti la nampak segak, kemas, nampak confident. Tapi kalau tengok saya..dah ade rupa macam operator kilang. Hahaha..
Ada seorang jiran lelaki ni. Nama dia Faiz. Usia lebih kurang saya. Saya memang perasan dia ni selalu je usha saya lain macam je bila pagi-pagi nak pergi kerja. Entah kenapa satu hari dia berani pula tegur saya.
Dia tanya kenapa pakai selekeh ni kerja di mana. Amboi ayat dia. Ni pikup line ke. Hodoh benar. Saya pun jawab kerja kilang. Pastu dia boleh pulak kata, “oooo kerja kilang, patut la selekeh”. Tapi sebelum saya beredar saya pun bagi business kad saya kat dia dan terus drive.
Esoknya dia tegur lagi, napa tak cakap kerja executive kilang, boleh la kita dating. Saya macam tak caya je dia leh cakap macam tu. Saya cakap no thanks. Hahaha.
Sebenarnya bukan Faiz atau jiran-jiran kawan-kawan je yang cakap saya selekeh, sedara mara pun ada tegur selekehnya pemakaian saya. Jujur la nak cakap, biar selekeh dekat mata manusia, janji saya tutup semua aurat..ikut perintah Allah. Tu je yang saya pentingkan.
Bukan pemakaian saya je dorg tegur..kereta saya pun dorg suruh upgrade. Sekarang pakai kereta kelisa..bagi mereka..executive kena pakai paling2 cikai pun honda civic or honda jazz. Konon2 nampak mewah..haihh..kat situ la yang sering buat saya tertanya2..ada apa pada jawatan?
Tak semestinya saya yang baru umur 25 tahun ni..baru 8 bulan kerja..seorang executive..kena semua upgrade. Kalau boleh, sampai bila2 pun saya nak maintain macam ni. Tak nak ada hutang.
Kereta kelisa tu dari arwah abah pakai. So mmg dah habis bayar tinggal maintain and service je. Pemakaian? Biar la saya nak pakai selekeh macam mana sekali pun..saya bukan kerja office..saya akan duduk production..monitoring machine condition/parameter semua tu. So akan comot jugak lepas balik kerja..tak guna nak berlawa pun.
Jadi buat sesiapa yang senasib saya, saya paham perasaan anda. Tapi ingat la, kita kerja dah pasang niat baik2..nak tolong family, nak cari rezeki halal dan menimba ilmu dijalan Allah. Tak payah la pikir..aku kerja sebab nak pakai honda civic baru..nak dressup lawa macam Neelofa dengan Vivy Yusof.
Boleh je dressup macam dorang, cuma biar la berpada2 dengan financial condition kita . Biar la bersesuaian dengan keadaan pekerjaan kita jugak. Tak logic rasanya nak pakai makeup tebal, heels 6 inci, shawl berbelit2 tuh jalan2 dalam production yang panas. Mungkin ada yang buat tapi bagi saya, duduk sejam dalam production line pun baju dah lencun dengan peluh. Muka jangan cakap..berminyak boleh kumpul buat goreng ayam.
Bagi saya, tak ada garis panduan dressup dengan lifestyle pun bagi seorang manager/executive/CEO. Semua terpulang pada diri masing2. Jaga la hati member yang penat2 kerja tu..tak payah la condemn dia buruk/tak sesuai dengan pekerjaan dia. Pemakaian kita tak mencerminkan pun quality kerja sesorang.
Yes saya admit. First impression tu penting. Tapi kalau kerja dah tip top, kau selekeh macam mana pun..boss tetap sayang. Cuma jangan la serabut sangat. Maybe certain akan rasa selekeh..but the thing is, kau tak ada ditempat orang tu. You tak tahu camne situasi pekerjaan dia or her self confident kalau kena pakai baju yang dia x selesa pakai.
Sumber : Cik Ain via myberitatular
Saya pelik sebab ada lagi minded macam ni. Saya lagi respect orang yang biasa2 tapi tahu2 dia owner company..or dia tu seorang usahawan yang kaya. So for certain people yang masih berpikiran macam ni, stop it guys. Tak payah kena influence sgt dr org lain..tu identiti dorg. We have to build our own identity..
Thats all dari saya, excutive yang selekeh.



 

Ghaddar Dedahkan Inilah Pemain Pertahanan Yang Paling Sukar Untuk Dilepasinya Di Liga Malaysia

0
COM


11 idaman Ghaddar
Pada mulanya, Ghaddar memilih formasi 4-3-3 sebagai formasi pilihan pasukan idamannya. Tetapi dipertengahan temuramah, beliau menukar ke formasi 3-4-3. Semuanya gara-gara seorang pemain tengah tempatan di Kelantan.
Siapa pemain tersebut? Ikuti pilihan Ghaddar dan mengapa di bawah:
Penjaga gol
1. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
“Apek mempunyai segala ramuan sebagai penjaga gol. Fizikalnya baik. Kemahirannya pun bagus. Tetapi yang paling bagus sekali tentang Apek adalah cara beliau menyusun organisasi pertahanan kami di Kelantan.”
Pertahanan tengah
2. Marcos Antonio (JDT)
“Siapa nama pemain JDT yang berjersi no.6?” tanya Ghaddar kepada kami. Ternyata beliau masih belum kenal nama semua rakan sepasukannya yang baru. “Yes. Yes. Marcos. Pemain hebat!” kata Ghaddar sebaik sahaja kami menjawab soalannya.
“Badannya dibina seperti kereta kebal. Saya beruntung Marcos kini merupakan rakan sepasukan saya. Bukan lawan saya.”
3. Mamadou Danso (Kelantan)
“Semasa di Kelantan, saya sengaja memilih untuk bermain menentang Danso dalam latihan. Danso memberi saya peluang untuk mendapat situasi perlawanan sebenar ketika dalam latihan. Sukar untuk melepasinya.”
4. Khairul Helmi Johari (Kedah)
Sama ada Ghaddar banyak minum air semut atau beliau memang tak pandai ingat nama orang, penyerang baru JDT ini sekali lagi bertanya, “Siapa kapten Kedah yang bermain di pertahanan?”
“Keon,” jawab kami.
“Oh ya. Bagi saya beliau adalah pemain pertahanan terbaik pernah saya hadapi di Malaysia. Kelebihannya adalah dia bijak mengagak strategi saya.”
Sayap kanan
5. Baddrol Bakhtiar (Kedah)
“Teknik beliau antara yang terbaik pernah saya lihat di Malaysia. Hantaran lintang, sepakan percuma, rembatan jarak jauh, hantaran pendek, hantaran jauh – semuanya dilakukan oleh beliau dengan sempurna.”
Tengah
6. Margaro Gomis (Kelantan)
“Margaro adalah sebab utama saya tak perlu risau tentang pertahanan ketika saya bermain di Kelantan. Memiliki Margaro umpama memiliki polisi insuran dalam pasukan.”
7. Safiq Rahim (JDT)
“Dalam latihan, Safiq tidak pernah menurunkan intensitinya. Apa yang anda lihat semasa perlawanan, itulah Safiq semasa latihan.”
Sayap kiri
8. Indra Putra Mahyuddin (Kelantan)
Indra adalah satu-satunya pemain yang membuatkan Ghaddar mahu bertukar dari 4-3-3 kepada 3-4-3 sebagai formasi pilihannya.
“Boleh tak saya pilih 3 pertahanan sahaja?” tanya Ghaddar kepada kami. Sudah tentulah kami membenarkannya. “Sebab saya tak boleh tinggalkan Indra dalam senarai pilihan saya,” jelasnya lagi.
“Perkara yang saya paling suka tentang Indra adalah beliau pemain lengkap. Beliau ada teknik, fizikal, laju, mempunyai kekuatan mental dan boleh menjaringkan gol dari mana-mana.”
Penyerang
9. Mohammad Ghaddar (JDT)
“Saya perlu letakkan diri saya. Siapa lagi penyerang terbaik di Malaysia selain saya,” jawab Ghaddar bangga sebelum ketawa besar.
10. Matheus Alves (Pahang)
“Pemain Pahang berjersi no.29 merupakan penyerang yang sangat berbahaya. Fizikalnya kuat, tekniknya bagus dan laju pula. Beliau adalah nama pertama yang saya fikirkan bila anda (Semuanya BOLA) mahu saya buat temuramah 11 pemain idaman.”
11. Gabby Guerra (JDT)
“Gabby boleh menggelecek bola walaupun anda kawal (man-mark) beliau selama 90 minit. Saya tak sedar kehebatannya sehinggalah saya melihat sendiri apa yang beliau lakukan semasa latihan. Menakjubkan. Sangat menakjubkan.”

Masa Saya Jumpa Ayah, Saya Naik Kereta Buruk, Saya Berpakaian Selekeh. Sebab…

0
COM
 
Hari ini saya nak bercerita tentang pengalaman saya yang hidup dalam keluarga yang melalui penceraian. My mom is such a strong woman! Semua berlaku hampir 30 tahun lalu apabila ibu dianiaya ayah, ditinggal semasa mengandung tanpa satu sen duit. Ayah mencari perempuan lain. Nasib baik masa tu ibu call abang dia utk ambil dan hantar kembali ke rumah ibu bapa.
Setelah saya lahir, ibu ayah bercerai. Dan sekali lagi satu sen nafkah buat saya tidak diberi. Ibu nekad untuk mencari kerja. Ibu ke Johor dan bekerja keras mencari rezeki halal melakukan bermacam macam kerja sehinggalah dia betul2 berjaya. Ibu kini seorang ibu tunggal yg berjaya memiliki aset yg banyak. Alhamdulillah. Kegigihannya berbaloi. walaupun begitu dia sangat serik untuk berkahwin lagi.
Bayangkan saya tak sempat minum susu ibu sebab ibu terpaksa bekerja, tak mampu minum susu formula kerana susu mahal. Saya minum teh dan kopi saja. Kalau dikenang, memang sedih sebab ibu tinggalkan saya di kampung bersama opah. Opahlah yg jaga saya dan segala perbelanjaan kami ibu yang tanggung.
Macam mana dengan saya bila ibu berjaya? Ibu lupa saya? Tak. Ibu sangat baik. Ibu seorang yang sangat tegas, masa itu family kecil kami dah senang. Saya mendapat pendidikan yg terbaik dan belajar sampai universiti. Akhirnya, saya berjaya.
Saya bertemu jodoh pada akhir 20an tapi saya perlu mencari wali. Saya cari ayah. Saya pergi bertemu ayah saya. Ayah saya buat keputusan untuk bagi wali hakim. Jadi berkahwinlah saya dengan menggunakan wali hakim. Sebelum kahwin tu, menangis satu malam sebab mengenangkan nasib ayah sendiri tak sudi mewalikan saya.
Ok sebelum itu, selama hidup saya tak pernah bertemu ayah, ayah pula tak pernah cari saya sedari kecil. Sebab? Dia takut kena bagi nafkah. Masa saya jumpa ayah, saya naik kereta buruk, saya berpakaian selekeh. Sebab ibu taknak saya mendedahkan siapa sebenarnya saya. Saya juga tak bagitau pekerjaan saya dan pendidikan saya. Saya buat biasa biasa macam orang kg, yela family saya memang asal orang kg.
Ok skip.. Bila saya dah kahwin hidup bahagia, family belah ayah add saya di fb (saya jemput family belah ayah datang kenduri). Majlis kahwin memang fully sponsored oleh ibu. Sejak dari itu ayah mula “nampak” saya. Dia nak tahu kehidupan saya. Dia add saya di FB, tapi saya tak approve. Lepas itu saya tengok ada orang PM saya. Rupa rupanya ayah. Dia cakap dia rindu saya.
Apa tindakan saya? Saya hanya berdiam diri. Saya bahagia bersama family saya. Ada suami dan anak anak. Ada ibu yang berkorban segala-galanya untuk saya. Ibu? Tak pernah kahwin lagi. Dia menanti bidadara di syurga, sambil menjaga opah yang uzur. Sedangkan ayah dah berkeluarga dan anak-anaknya saya lihat sangat kurang ajar dengannya. Allahu kesian saya tengok diherdik begitu saja. Sangat tak dihormati. Sedangkan harta ayah semua diberi pada mereka. Ayah kini saya lihat susah. Tentang harta semua boleh jadi gila. Saya? Saya tak ambil tahu dan tidak mahu tahu. Sebaliknya, family belah ayah yang bercerita tentang harta itu pada saya.
Sekarang ayah dah meniti usia tua. Sibuk mencari saya. Tapi tiada kata MAAF di mulutnya. Saya hanya menanti kata MAAF yg tak kunjung tiba. Nak memaafkan.. Tapi bukan mudah melupakan.
Ayah, ketahuilah saya tidak punya rasa sayang pada ayah. Rasa itu tak pernah ada. Malah, saya awkward nak sebut “ayah” pertama kali dalam hidup. Orang kata seburuk-buruk ayah tetap ayah kita. Sebab itu saya ada rasa kasihan melihat ayah. Maaf andai tua nanti saya tak jaga ayah sebab saya kena jaga ibu. Saya doakan segala yg baik-baik utk ayah.
Buat wanita yg bergelar ibu tunggal, bangkitlah! Buat yang terbaik untuk masa hadapan. Buat lelaki, belajarlah erti tanggungjawab. Jangan sesal di kemudian hari.
Sumber : OhMyMedia.CC

Belum Habis Pantang Dah Disetubuhi. Wanita Kongsi Kisah Sayu Yang Buat Ramai SIMPATI !!!

0
COM



 

Alam rumah tangga memang banyak cabarannya. disebabkan lain orang lain cara pemikiranya, maka sikap mereka dalam menangani sesuatu masalah juga berbeza. Begitulah juga masalah seorang wanita yang meluahkan kisah rumah tangganya pada seorang pengguna facebook bernama Kak Aishah.












Bermula mengandung kali kedua minta suami mandikan, tapi…
Suami tak mahu tolong jaga anak, “Ini zuriat terakhir buatmu.”
Dikatakan ‘Pemalas’ oleh suami
Minta bersetubuh, tapi saya tak kuat lagi…
Sudah tawar hati…
Hampir bunuh diri dan anak…

Kau hanya perempuan untuk dia melampias nafsu semata…
Sumber:- Amaizing Nara



 

Mengejutkan! Setelah Baru Dilantik Jurulatih Harimau Malaya Inilah 26 Pemain Yang Dipanggil Oleh Nelo Vingada Untuk Kelayakan Piala Asia Menentang Lubnan

2
COM



Abg Motor Cuak Takde Duit Isi Minyak Lihat Siapa Allah Hantar Untuk Bantu Tak Sangka

0
COM



 

1.jpg

GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN
Sejak petrol turun naik harga saya tak pandai nak anggar harga petrol nak isi dalam cik bibah. Tadi tank masih ada dua bar. So saya agak ada la kat dlm 10-15 rggt je. So saya bayar di kaunter untuk isi RM50. Rupanya bila rm42 dah penuh.. saya pump juga sampai rm45. Takut nak isi lagi.. sebab pernah terjadi melimpah2 keluar petrol.
Saya malas nak gi masuk dalam minta refund lagi rm5. Nak burn je sayang pulak. Saya pegang nozzle sambil perhati kot2 ada motor masuk.. takde pon. Saya hampir nak letak balik sebab nak tutup lubang tempat isi minyak kat kereta, tapi saya cuba pegang nozzle tu sambil tutup lubang minyak tu.. buat lambat sikit. Niat nak tunggu kot2 ada motor masuk.
Selesai je, hampir saya nak letakkan nozzle, ada satu motor datang ke pump sebelah. Budak muda, awal 20an saya kira. Saya panggil dia suruh tolak motor ke pump ni, saya cakap ada rm5 lagi, ambillah. Dia tolak motor ke tempat saya, dia seluk poket nak bayar, saya cakap tak payah, saya pass nozzle ke dia.
Saya cakap ..
ambillah akak malas nak refund ke dalam..
Dia cakap terima kasih. Dia tunduk, nampak sedih. Dia tunduk betul2 macam tak sanggup pandang kita, atau tunduk syukur pada Allah gitu. Cam speechlesss gitu..
Saya tanya dia, eh apesal?
Dia jawab dalam menahan sebak.
Saya doa akak murah rezeki, tak tau nak cakap macam mana. sebenarnya saya belum gaji, duit sy ada 10 ringgit je ni, dok fikir isi minyak 3rggt, tinggal 7 rggt. Dok atas motor tadi saya dok fikir pasal duit je.. saya serah pada Allah je. Rupanya Allah nak bagi rezeki saya dapat minyak motor free,
Saya pula sedih.. saya senyum je dan cakap.
Dah tertulis rezeki awak,
Saya masuk kereta, terus jalan. Dari jauh nampak dia lambai tangan tanda terima kasih. Saya yang cengeng dah banjir dlm kereta. YA Allah.. bila hambaMu tawakal padaMu. Ada rezeki yang dah KAU janjikan.
Dan rencana Allah tu pasti. Saya sepatutnya nak drive terus balik Putrajaya, dan isi minyak di Petronas, sebaliknya Allah gerakkan hati saya belok ke Petron di Besraya. Jarang saya berhenti di situ isi minyak, hari ni tergerak hati nak isi kat situ..
Dan patutnya tadi saya guna debit kad, isi penuh ja.. tetapi saya pi masuk bayar rm50 kat dalam, teragak nak isi rm45 sahaja, tapi hati kata rm50 baru penuh.. rupanya betul cuma rm45 sahaja.. rm5 tu bukan hak saya, hak orang lain. Allah dah susun dan atur cantik2.
Itulah yang dikatakan dalam rezeki kita ada hak orang lain, yang kita kena kembalikan semula. Teratur hari ini dalam bahagian saya ada bahagian adik itu. Semuanya dari Allah. Niat kita juga penting.. saya benar niatkan nak kasi je baki petrol dah bayar tu pada sesiapa pun, dan dalam hati terdetik, biarlah dapat pada orang benar-benar layak. Maka Allah temukan kami.
Sumber: thedaunmedia
Saya menangis sambil drive sebab saya semakin kuat dan yakin konsep tawakal pada Allah. Benar2 serahkan segala-galanya padaNya. Menulis ini pun saya sebak. Kredit FB Pnut Syafinaz




 

Bapa Tak Muncul Jemput Anak Ini Di Tadika Bila Guru Periksa Beg Anak Ini Apa Yang Dia Jumpa Amat MENCURIGAKAN

0
COM



 

Anak adalah anugerah bagi setiap pasangan tetapi kalau ada ibu bapa yang sampai hati meninggalkan dan membiarkan anak mereka seolah-olah mereka itu satu objek ianya sangat mendukacitakan. Memetik kisah dari LobakMerah.com Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun ditinggalkan bapanya di tadika. Ibu kanak-kanak itu juga dikatakan telah meninggalkannya bersama bapa sebulan lalu.
Xiao Rong tinggal di Zhejiang, China bersama bapanya dan belajar di sebuah tadika di kawasan itu. Pada 16 Mei lalu, bapa Xiao menghantarnya ke tadika tersebut pada waktu pagi seperti biasa, dan itu adalah kali terakhir dia berjumpa bapanya.

Pada waktu petang, bapanya yang juga sentiasa menepati masa tidak muncul di tadika untuk menjemputnya. Selepas menunggu selama setengah jam, Xiao mula meraung. Gurunya, Looi cuba hubungi bapanya namun telefon bimbitnya dimatikan. Guru itu malah cuba menghubungi bapanya melalui aplikasi WeChat, namun gagal.
Ketika guru tersebut membuka beg sandang kanak-kanak itu, mereka mendapati ianya dipenuhi dengan pakaian musim sejuk yang tebal. Merasakan sesuatu yang tidak kena, gurunya membawa Xiao pulang ke rumah dan mendapati pintu rumah dikunci tanpa ada sesiapa di dalam.

Xiao Rong kemudian dengan tenang memberitahu gurunya, Bapa saya sudah pulang ke Gui Zhou. Selepas itu, dia berhenti menangis seolah-olah sudah menerima kenyataan bahawa bapanya telah meninggalkannya. Guru itu kemudian membuat laporan polis dan menjaga Xiao Rong, buat sementara waktu.

Keesokan harinya, guru lain di tadika itu cuba menghubungi ibu Xiao Rong tetapi respon yang diberi wanita itu sangat mengejutkan.
Ibu Xiao bukannya segera pulang mendapatkan anaknya itu, malah dia melepaskan tanggungjawab kepada bapanya, mengatakan dia mungkin akan dipukul jika pulang ke rumah.
Bapanya pula berkeras dan berkata jika ibunya tidak pulang ke rumah, dia tidak akan peduli tentang anak lelaki mereka. Dah kenapa dua-dua ni?!
Pada hari ketiga, pihak polis tempatan berjaya mengesan kedua ibu bapa Xiao Rong. Mereka mendapati bahawa keluarga itu mempunyai masalah kekeluargaan. Pihak polis juga mendapati bahawa ibu kanak-kanak itu mendapat pekerjaan di Gui Zhou manakala bapanya pula pulang ke kampung halaman.
Kedua ibu bapanya berjanji mahu datang ke balai polis untuk berdamai dan membawa Xiao pulang. Bagaimanapun, semalam, mereka masih tidak muncul.
Sehingga hari ini, Xiao Rong sudah ditinggalkan selama 8 hari dan apa yang menyedihkan adalah, dia seolah-olah sudah membiasakan diri hidup tanpa kedua orang tuanya.
Sumber:- eksidenz & lobakmerah
Kes sebegini sangat menyentuh hati apatah lagi berlaku kepada kanak-kanak yang masih memerlukan kasih sayang serta perhatian ibu bapa. Semoga anak ini mendapat kebahagiaan suatu hari nanti dan ibu bapa Xiao dapat selesaikan masalah dan berdamai supaya dia tidak lagi menjadi mangsa keadaan!



 

BAPA MUDA TERUJA BASUH URI ANAK. BILA BUKAK BUNGKUSAN DIA TERUS TERDUDUK KERANA…

0
COM



 


GAMBAR DI ATAS SEKADAR HIASAN
Isteri saya tanya saya hari tu, perlu ke nak cuci uri (placenta) baby yang baru lahir dengan limau nipis, garam dan lain-lain macam yang orang kampung biasa buat kan. Saya bagitahu la sebenarnya tujuan kita nak cuci uri ni sebab taknak bagi busuk dan sebagai tanda penghormatan je sebelum uri tu ditanam.
Dalam Islam takde dijelaskan secara khusus pun bab cara nak uruskan uri. Yang penting jangan kita anggap uri ni benda yang mistik dah la. Siap nak tanam dengan paku, pensil dan lada hitam. Boleh tergadai akidah. Cuma uri tu kan dah teman baby kita selama dalam kandungan isteri. Apa salahnya kita uruskan dengan cara yang terbaik kan.
Kepada para suami yang mungkin takde anak lagi ataupun mungkin belum pernah handle uri anak lagi korang kena tahu dulu apa sebenarnya uri ni. Korang jangan terkejut pulak bila buka plastik uri yang hospital bagi lepas baby dah selamat dilahirkan. Memang bagi yang tak biasa tengok darah dan daging segar akan rasa nak pitam la. Ianya bukan ‘pemandangan’ yang menarik untuk orang yang fobia dengan darah (haemophobia).
Ada satu kisah ni seorang kawan sangat teruja nak basuh sendiri uri anaknya. Excited lain macam. So mak mertua dia pun bagi la kat dia untuk diuruskan. Bukak je bungkusan uri tu, kawan ni terus terduduk. Tak cukup dengan tu terus pengsan. Rupa-rupanya dia ada “penyakit” takut darah. Bila dia dah stabil sedar semua bila tanya dah tau takut darah kenapa buat berani nak basuh. Dia jawab apa, “ingatkan uri tu macam ketulan daging kat pasar tu je, bila tengok tak tau lak ada darah semua“. Huhu.
Antara fungsi uri ni sebenarnya adalah :
+ Uri ni la yang bekalkan zat bermanfaat untuk bayi dalam perut tu. Darah dari ibu akan mengalir masuk ke baby melalui uri ni la. Darah yang mengalir tu ada oksigen, glukosa dan zat yang penting untuk perkembangan baby
+ Uri ni juga fungsinya macam paru-paru orang dewasa sikit. Melalui uri la baby kita dapat oksigen dan melalui uri la juga baby kita buang karbon dioksida dari tubuhnya
+ Dari uri ni la juga sumber hormon oestrogen dan progesterone yang penting untuk ibu dan baby dan banyak lagi fungsinya yang lain
Jadi sebagai tanda penghargaan kita pada jasa uri ni sebaiknya kita cuci dan tanam dengan cara yang mulia. Kalau kita tak amik uri yang pihak hospital bagi tu uri tu akan dianggap sebagai ‘medical waste’ dan akan dibakar. Sanggup ke kita tengok uri baby kita dibakar camtu je bersama sisa-sisa hospital yang lain?
Senang je nak cuci uri ni. Sini saya ajar sikit cara nak cuci uri.
+ Bawa balik uri tu ke rumah. Kalau terpaksa tunggu lebih 24 jam sebelum boleh balik untuk tanam uri tu boleh simpan uri tu dalam peti ais supaya uri tu tak membusuk
+ Beli garam kasar kat kedai. Boleh juga nak pakai limau purut kalau urinya dah agak membusuk. Limau ni cuma untuk hilangkan bau je. Bukan nak iktiraf kepercayaan khurafat tau
+ Buka plastik uri tu depan paip air yang mengalir. Basuh uri dan darah pada uri tu dengan garam dan limau tadi sampai la darah mengalir tu dah hilang semua
+ Bungkus balik uri tu dan bawa la ke tempat kita nak tanam. Pastikan tanah yang kita nak tanam uri tu lembut supaya senang nak cangkul. Simpan tenaga tu sikit sebab seminggu pertama baby lahir korang akan pakai tenaga korang sehabis mungkin untuk jaga baby dan ibunya sekali. Takkan suami pandai ‘beranakkan’ isteri je kan? Kena la juga pandai jaga isteri dalam pantang. Baru la isteri sayang
+ Cangkul tanah tu dalam sikit supaya binatang liar tak boleh hidu bau uri tu. Kalau susah sangat, cari batu besar dan tindih atas tempat uri tu ditanam supaya bintang liar tu tak boleh gali balik tanah tu
+ Masa tanam tak perlu menghadap kiblat, tak perlu nak baca mantera. Tak perlu nak buat apa-apa ritual. Cukup la dengan Bismillah dan Selawat pada Nabi. Cukup la dengan rasa syukur pada Tuhan yang bagi pinjam uri tu sekejap sebagai peneman baby kita di alam rahim sana
Kepada para suami semua. Waktu isteri berpantang ni adalah waktu yang sangat istimewa untuk suami dan isteri. Waktu ni la kita sebagai suami boleh rasa kepenatan isteri yang jaga anak kita selama ni. Waktu ni la kita boleh rasa kelelahan isteri menjaga makan minum dan pakaian kita selama ni sebab masa berpantang ni la kita kena amik alih tugas isteri semua.
Memang kita sebagai suami akan penat dengan karenah baby yang meragam, keperluan isteri dan baby yang perlu kita sediakan tetapi waktu ni la kita boleh menginsafi betapa besarnya pengorbanan seorang isteri. Waktu ni la kita dapat rasa betapa cintanya isteri kepada kita. Mungkin dia tak luahkan dengan kata-kata tetapi cukup la dengan kepenatan dia menguruskan rumahtangga sebagai tanda cinta isteri kepada suaminya. – DR TAUFIQ RAZIF
P/S : Saya Taufiq Razif berharap sangat berkongsian dan info ni dapat dibaca bakal suami dan suami di seluruh dunia sebab saya tahu ramai suami yang belum tahu cara nak uruskan uri dengan betul dan untuk elakkan suami terkejut besar bila pertama kali berdepan dengan uri nanti. Jom sayangi isteri kita semua dan sebarkan info ni pada semua ye
Sumber :drtaufiqrazif



 



Tendang Perut Wanita Muslim Berkali² Hingga GUGUR Anak Kembar. Lelaki Rasis Ini Terima PADAH !!!

2
COM

 

Tendang Perut Wanita Muslim Berkali² Hingga GUGUR Anak Kembar. Lelaki Rasis Ini Terima PADAH !!! | Seorang lelaki rasis dihukum penjara selama hampir empat tahun kerana berulang kali menendang perut seorang wanita Islam mengandung dan menyebabkan kandungan kembarnya keguguran. David Gallacher menyerang Samsam Haji-Ali dan suaminya Abdullah Sulamain di tempat letak kereta Co-op di Bletchley, Buckinghamshire pada Ogos tahun lepas.
Lelaki berusia 37 tahun itu menyerang Samsam semasa dia berada di dalam kereta, dengan menendang perutnya walaupun dia menjerit “Saya hamil”. Dia kemudian menyerang Mr Sulamain, dengan memukulnya di kepala.
Pendakwa Christopher Wing berkata Gallacher menghina samsam dengan mengatakan: “Kamu datang ke sini dengan pakaian badut”, “you f***ing people, you are the f***ing problem in this place”.
Mahkamah diberitahu, Sulamain cuba menenangkan Gallacher, tetapi dia dipukul di kepala dengan botol wain dan beg ais. Sulamain mendapat jahitan sepanjang empat inci di kepala.
Hakim Francis Sheridan berkata: “(Dia) mengayunkan botol ke arahnya sebelum dia menendangnya.
‘Wanita itu memberitahunya yang dia mengandung, tetapi lelaki itu tetap menendang perutnya.’
Wanita itu ditinggalkan terbaring di lantai dalam kesakitan, dan mengalami keguguran pada 24 Ogos tahun lepas.
Beliau menambah: ‘Kandungannya baik sebelum dia ke kedai itu dan defendan menendang perutnya berkali-kali walaupun telah diberitahu dia mengandung.
Dia meneruskan: “Dia dibiarkan bergolek di atas tanah dalam kesakitan dan kemudian mendapati terdapat pendarahan sebelum dia kehilangan bayi. ‘
Hakim Sheridan berkata beliau akan menyerahkan kepada orang lain untuk membuat keputusan sama ada bukti perubatan mahkota diperlukan untuk membuktikan hubungan antara serangan dan keguguran, atau sama ada akal mencukupi.
Beliau mengakui dua tuduhan perkauman dan menyebabkan kemudaratan tubuh badan, dan tiga tuduhan mencederakan seorang pegawai polis semasa dia ditangkap pada 14 September tahun lepas.
Beliau dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan tujuh bulan bagi serangan perkauman, dan empat bulan untuk serangan terhadap pegawai. Apabila ditangkap Gallacher agresif, meludah pada pegawai, dan cuba untuk menggigit mereka, dan memberitahu mereka dia mempunyai Hepatitis B.
Sumber:- DailyMail