Kagum Dengan Cara IBU-IBU JEPUN NIH ..!! Bagaimana Ibu-Ibu Di Jepun Mampu Menyiapkan Anak Ke Sekolah Hanya Dengan 5 Minit !! KORANG PASTI TERKEJUT..



Kebanyakan anak-anak sukar dibangunkan pada waktu subuh walaupun sudah dibangunkan.

Kadang-kadang, mereka cuba untuk tidur lagi atau merengek tidak mahu ke sekolah.  Tatkala anak-anak lambat berinjak dari katil, akibatnya anda yang lambat keluar rumah dan terpaksa hadapi jalan yang sesak untuk tiba di sekolah seterusnya pejabat.
Belum lagi dikira waktu yang diperlukan untuk mandi, sarapan dan sebagainya.  Namun, percaya atau tidak seorang ibu di Jepun berjaya melakukan semua aktiviti tersebut hanya dalam masa lima minit.

Majoriti ibu-ibu Jepun melakukan semua kerjanya tanpa bantuan pembantu, meskipun dia adalah wanita yang berkejaya.  Mereka sudah terbiasa mengerjakan segala pekerjaan sendiri walaupun mempunyai anak-anak kecil yang jaraknya sangat dekat kecuali bila ada orang tua yang mahu membantu.

Namun kebanyakan para orang tua tidak mahu mengurus cucunya sementara si ibu bekerja di luar rumah.  Kerana nenek-nenek atau atuk-atuk di Jepun yang berusia 70 tahun pun masih aktif dan mereka merasa masih muda.  Mereka mempunyai aktiviti sendiri.

Ibu ibu di jepun menyiapkan tugasan rumah di awal pagi tanpa orang gaji

Orang-orang di Jepun memasak 3 kali sehari agar semua makanan yang dimakan segar. Sejak awal pagi, ibu-ibu akan menyiapkan bento (bekalan makan siang), menyiapkan anak-anak, membersihkan rumah dan jika mereka berkerja, juga menyiapkan dirinya sendiri.

Namun kebanyakan mereka memutuskan berhenti bekerja ketika sudah memiliki anak. Ketika mereka memutuskan menjadi ibu rumah tangga, maka fokusnya hanya mengurus anak dan mengatur semua urusan domestik di rumahnya.  Waktu mereka sangat efektif digunakan dan diisi dengan pelbagai aktiviti harian dalam masa 24 jam. Masa begitu bernilai di sisi mereka.

Menyiapkan semuanya secara pantas pada waktu pagi, memasak lauk tengah hari, menghantar anak ke sekolah, belanja ke pasar, bermain dengan anak di taman, menyiram pokok, berjumpa dengan rakan-rakan dan semua aktiviti hampir diselesaikan dengan baik.

Kunci bagaimana seorang ibu di Jepun menyiapkan anak-anak ke sekolah dan pada masa yang sama memasak sarapan dan menyediakan bekalan anak adalah komitmen terhadap diri sendiri dan keluarga.  Semua terjadual dan dikerjakan sesuai jadual masa tersebut.

Hanya 30 minit – mereka sudah bereskan semua kerja rumah!

Lebih ekstrim lagi khabar dari mereka yang berada di Korea dan meniliti ibu-ibu di sana.  Dalam 30 minit, mereka mampu menyelesaikan semua pekerjaan rumah.  Ya, 30 minit sahaja.  Mungkin buat anda, ia pelik bagaimana semua kerja boleh diselesaikan dalam jangka masa tersebut.

Namun, ibu-ibu di Korea sudah terbiasa dengan hal ini.  Jika memperuntukkan 1 jam untuk bersihkan rumah, masak, cuci dan jemur baju, bagi mereka itu adalah terlalu lama.

Terdapat satu video yang mesti anda tonton.  Video mengenai seorang ibu di Jepun yang menggunakan pelbagai trik mulai dari bangun tidur, membuat sarapan dan bekalan siang, menyiapkan anaknya serta menghantar ke sekolah.

Ia mampu dikerjakan dalam 5 minit.  Sementara itu, si anak juga memahami apa yang disuruh ibunya sehingga semuanya boleh dilakukan dengan baik dan membuat mereka yang melihatnya berasa kagum.

No comments:

Post a Comment