Ustaz Dedah Fakta ‘SERAM’ Disebalik Keindahan Foto Gerhana Matahari Yang Anda Perlu Tahu.. Jangan DOK SELFIE SANGAT OK !
Nak tahu lebih mendalam, baca penerangan dari Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak.
Peristiwa 24 Oktober 1995 berulang..
Menurut Hanafiah Abdul Razak, gerhana matahari yang berlaku pada pagi ini adalah ulangan dari 24 Oktober 1995, 21 tahun yang lalu.. Di mana Johor ketika itu mengalami kemarau sehingga menyebabkan wabak penyakit menyerang tanaman serta tumbuhan. Gerhana matahari yang berlaku pada waktu itu pada kadar 70 peratus dan bulan yang menghalang cahaya matahari itu berada pada kedudukan titik ‘simpul atas’.
Allah berfirman dalam Surah Kaf, ayat lapan yang bermaksud fenomena alam sebagai bukti kekuasaan Allah mengandungi dua nilai iaitu Tabsirah (tuntutan mengambil perhatian) dan Zikra (tuntutan mengambil peringatan).
Sebagai perhatian, gerhana matahari pada tahun 1995 (1416 Hijrah) menyaksikan Johor diuji dengan kemarau sehingga membawa kepada wabak penyakit yang menyerang tanaman dan tumbuhan.
Tambah Hanafiah lagi, gerhana matahari sekali lagi berulang hari ni (9 Mac 2016) jam 8.23 pagi (waktu Dhuha) dengan kadar gerhana 90 peratus. Manakala kedudukan bulan yang menghalang cahaya matahari berada pada kedudukan titik ‘simpul bawah’
Semoga ulangan gerhana matahari 21 tahun ini memberi limpahan hujan yang seragam untuk kesuburan negeri Johor.
‘Taburan hujan akan berkurangan’
Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim berkata bahawa pihaknya maklum berhubung perkara itu dan mengesahkan menerima laporan berhubung perkara itu daripada Bahagian Falak, Jabatan Mufti Johor.
Saya juga mendapat maklumat daripada Jabatan Meteorologi mengatakan gerhana matahari yang berlaku menyebabkan peningkatan suhu hingga 2 darjah Celsius selain taburan hujan yang akan berkurangan.
Rakyat diminta berjaga-jaga dan dinasihatkan jangan terlampau terdedah pada cahaya matahari kerana panas terik yang berlaku kali ini tidak seperti hari biasa.
Daripada segi wabak penyakit pada tumbuhan hingga kini masih belum ada tanda dan dikenal pasti, tetapi seperti kebiasaan suhu panas yang melampau sememangnya akan menjejas dan merosakkan tanaman berbuah seperti kemarau pada tahun lalu.
Sumber: Berita Harian Online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment