TERKINI! GEMPA BUMI KUAT 8.3 SKALA RICHTER Landa Sumatera.. Berpontensi TSUNAMI

Gempa Bumi Sumatera.png
TERKINI! GEMPA BUMI KUAT 8.3 SKALA RICHTER Landa Sumatera.. Berpontensi TSUNAMI
Gempa bumi dengan kekuatan 8.3 Skala Richter melanda kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, Indonesia, pada jam 8.49 malam tadi (waktu Malaysia).
Indonesia mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi kuat dan cetek di luar pesisir pantai barat Sumatera, kawasan yang teruk dilanda tsunami pada 2004.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), Pusat gempa ialah kira-kira 808 kilometer ke barat daya Padang pada kedalaman 10 kilometer.
Setakat ini, belum ada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan.
Ekoran itu, MetMalaysia mengeluarkan laporan, gegaran itu mungkin dirasai di Shah Alam, Subang dan Klang di negeri Selangor & di Johor. Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dikeluarkan untuk Malaysia.
Gempa Bumi.jpg

No comments:

Post a Comment