Semoga Tomok Tabah Menghadapi Dugaan Besar Ini
INTERAKSI:
4,110
Oleh RTKY Staff pada
24 October 2015, 4:10PM
Tidak diduga, penyanyi Tomok telah tercedera dan mengakibatkan bahu kirinya patah ketika bermain bola sepak pada petang Jumaat. Perkara itu disahkan sendiri oleh kakaknya, Ismaliza Ismail kepada mStar Online.
“Tomok dibawa menaiki ambulan ke KPJ Shah Alam selepas terjatuh ketika bermain bola di sana, selepas itu dia dibawa ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan. Setakat ini selepas pemeriksaan xray, doktor mengesahkan bahu kirinya patah”
“Nasib tidak baik semalam, tengah main bola padang, saya terjatuh dan landing bahu sebelah kiri dahulu. Panik juga la sebab bunyi prakkk… masa jatuh. Ambulans kemudian bawa saya ke hospital,” katanya yang masih belum membuat keputusan sama ada ingin membuat pembedahan atau tadi. Apa pun, semoga Tomok cepat sembuh. (rtky/s)“Doktor juga ada beri pilihan untuk dia buat pembedahan atau tidak,” ujar kakaknya kepada portal berita tersebut. Sementara itu, Tomok melalui laman Instagram telah berkongsi sekeping gambar x-ray dan menjelaskan keadaan kecederaan yang dialaminya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment