Inilah Punca Sebenar Kenapa JDT Tidak Mahu Khidmat Ronaldinho

ronaldinho-terlalu-tua-untuk-jdt
Johor Darul Ta'zim (JDT) menafikan khabar angin skuad Harimau Selatan akan bersaing dengan Pahang untuk mendapatkan tandatangan bekas juara Piala Dunia Ronaldinho yang berusia 35 tahun.
Menurut kenyataan Kapten Mohd Fahmy Bin Yahya selaku Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) daripada laman media sosial rasmi JDT, prospek menandatangani Ronaldinho tidak merupakan satu pembelian yang wajar sedangkan pemain Brazil itu, biarpun memiliki status bertaraf dunia tetapi sudah lama melepasi prestasi dan kemampuannya yang sebenar.

Sehubungan itu, Kapten Fahmy juga mengatakan bahawa bajet kewangan JDT tidak sebesar yang dimiliki Pahang sekali gus falsafah kelab lebih fokus memberi peluang kepada awang import yang lebih muda dan bertenaga.

Ronaldinho, satu nama tidak perlu diperkenalkan lagi di peta bola sepak dunia kerana pernah bergelar pemain terbaik dunia 2004 dan 2005.

Dia menjadi nadi penting  kejayaan Brazil merangkul piala dunia 2002 dan trofi liga juara-juara bersama Barcelona pada musim 2005/06.

Sumber : Astro Arena

No comments:

Post a Comment