Komen Pedas Dollah Salleh Kepada Pemain Harimau Malaya Setelah Diaib Oleh Palestin
Kuala Lumpur: Pengendali negara Dollah Salleh tidak akan meletak jawatan walaupun anak buahnya dibelasah 0-6 ditangan Palestin malam tadi.
Bekas pemain kebangsaan itu menegaskan beliau bukan pengecut.
"Saya bukan pengecut. Saya tidak faham kenapa pemain berputus asa selepas kena tiga gol pada babak pertama.
"Apa yang diperkatakan selepas itu, seolah-olah tidak memberikan kesan dari penjaga gol sehingga penyerang," katanya selepas perlawanan.
Dollah turut menolak andaian keputusan perlawanan berkenaan diatur.
"Kita sudah kalah, saya tidak mahu cakap pasal atur perlawanan atau sebagainya. Saya tidak mahu menuduh sesiapa.
"Saya tidak panik dengan keadaan sekarang. Namun kecewa dengan apa yang ditunjukkan," tambahnya.
Pelawat mendahului tiga gol pada babak pertama dan terus gagal mengekang asakan pelawat yang meledak tiga lagi gol.
Ia adalah kekalahan pertama skuad negara dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 selepas terikat 1-1 menentang Timor Leste.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment